Tidak dapat dinafikan bahawa gaya hidup makan yang sihat memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu, terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes jenis 1. Sekiranya anda baru sahaja didiagnosis dengan diabetes jenis 1 dan keliru mengenai apa yang hendak dimakan, inilah diet untuk diabetes jenis 1 yang anda patut tahu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Apa yang perlu saya makan?
Perkara pertama yang membuatkan seseorang individu tertanya-tanya apabila mereka telah didiagnosis dengan diabetes jenis 1 adalah apa yang mereka harus makan untuk mengawal tahap glukosa darah mereka? Sebenarnya, anda tidak perlu untuk mengelakkan diri anda daripada makan apa sahaja jenis makanan.
Anda boleh menikmati makanan seperti orang lain selagi mana anda memantau saiz bahagian pemakanan, gula, kalori, pengambilan karbohidrat dan sebagainya.
Pada masa lalu, individu yang menghidap diabetes harus mengelakkan makan banyak makanan dan mengikuti diet yang ketat untuk mengawal keadaan mereka.
Walau bagaimanapun, dengan peningkatan ketersediaan dan fleksibiliti insulin, diet yang ketat ini telah lama tidak diaplikasi.
Adakah terdapat jenis atau diet untuk diabetes yang perlu saya elakkan?
Peraturan pertama diet untuk diabetes ialah mengelakkan minuman manis. Elakkan daripada mengambil minuman bergas, jus yang diproses atau minuman ringan supaya paras glukosa darah anda tidak meningkat secara melampau.
Minuman manis biasanya membuatkan glukosa darah meningka dengan cepat. Ini menjelaskan mengapa minuman bergula boleh digunakan untuk merawat hypo (tahap glukosa darah yang rendah). Anda disarankan untuk memilih minuman diet atau rendah gula daripada minuman bergula biasa.
Minum lebih banyak air jika boleh. Teh dan kopi juga masih boleh diminum.
Pantau pengambilan karbohidrat anda
Makanan karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik rendah (GI rendah) lebih perlahan dicerna dan menghasilkan peningkatan kadar glukosa darah yang lebih beransur-ansur, membantu untuk mengekalkan lebih banyak tahap glukosa darah.
Makanan GI yang lebih rendah termasuk:
- Roti bijirin penuh
- Bijirin penuh
- Pasta
- Nasi
- Kekacang
- Susu, yogurt
- Buah – epal, aprikot, pisang, mangga, oren, pear, plum, pic
- Sayuran – jagung, pisang hijau, taro, keladi
Pengambilan gula
Makanan yang mengandungi banyak gula sering menawarkan nilai nutrisi yang rendah, tinggi lemak dan menambah banyak kandungan karbohidrat kepada diet anda. Perkara-perkara ini akan membuat paras gula darah anda meningkat secara drastik.
Makanan yang tinggi gula termasuklah sirap, madu, buah-buahan didalam tin, kek, puding, biskut manis, susu pekat manis, coklat, aiskrim, kordial minuman, minuman ringan, jus buah-buahan, bir, dan gula yang digunakan secara berlebihan didalam sesuatu hidangan dan snek.
Produk ‘bebas gula’, seperti biskut dan coklat juga tidak diperlukan. Produk tersebut mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan juga lebih mahal.
Pantau pengambilan alkohol anda
Satu peringatan mesra adalah bahawa alkohol tidak mempunyai kalori tetapi ia boleh mengganggu ubat anda.
Alkohol yang disyorkan untuk mereka yang menghidap diabetes adalah kurang daripada satu minuman sehari untuk wanita dan tidak lebih daripada dua kali sehari untuk lelaki.
Makan makanan yang betul boleh membuat anda lebih sihat dan mengelakkan sebarang komplikasi yang berkaitan dengan diabetes seperti penyakit jantung dan strok.
Pergilah berjumpa pakar pemakanan atau berbincang dengan doktor untuk mengetahui pelan pemakanan yang paling sesuai untuk kesihatan dan keperluan anda.
Adakah terdapat sebarang diet untuk diabetes jenis 1 yang boleh diikuti?
Kanak-kanak masih memerlukan nutrisi yang mencukupi agar mereka dapat membesar dengan sihat.
Setiap hari, kanak-kanak perlu mendapatkan antara 10% hingga 20% kalorinya daripada sumber protein. 25% hingga 30% kalori pula diperoleh daripada sumber lemak sihat. Manakala 50% hingga 60% kalori yang lain daripada sumber karbohidrat.
Pengambilan karbohidrat dalam diet untuk diabetes kanak-kanak
Untuk keperluan karbohidrat, cuba elakkan kanak-kanak yang mempunyai diabetes jenis 1 daripada mengambil karbohidrat mudah seperti roti putih atau pasta. Begitu juga dengan bijirin yang telah diproses dan juga gula-gula.
Karbohidrat mudah ini boleh menaikkan paras gula darah dengan lebih cepat.
Pengiraan karbohidrat
Ada keluarga yang memastikan diet untuk diabetes dalam kadar gula darah anak mereka tetap stabil dengan menghitung jumlah karbohidrat yang dimakan setiap kali makan. Kemudiannya, mereka akan menyesuaikan dos insulin untuk anak mereka.
Pada makanan yang dibungkus, jumlah karbohidrat setiap hidangan akan disenaraikan pada label.
Anda boleh menolak nilai serat makanan yang dinyatakan kerana ia tidak dicerna. Kemudian kalikan jumlahnya dengan berapa bahagian makanan yang dimakan anak anda.
Sekiranya anda memasak di rumah atau makan di luar, anda boleh melihat jumlah karbohidrat dan saiz makanan secara dalam talian.
Elakkan makanan ini untuk anak anda
Individu yang menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Oleh kerana itu, ada lebih baik untuk anda menjauhkan anak anda daripada jenis makanan berlemak yang mengandungi kolesterol, lemak tepu, dan lemak trans. Ini adalah antara peraturan diet untuk diabetes yang penting untuk kanak-kanak.
Elakkan juga makanan yang tinggi garam. Pengambilan garam yang terlalu banyak boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
Hadkan makanan bergula seperti gula-gula, biskut atau minuman bergula yang boleh menaikkan gula darah dengan cepat.
[embed-health-tool-bmi]