Penyakit kencing manis jenis 1 lebih tertumpu pada golongan kanak-kanak dan jika anak anda juga ada menghidapnya, ibu bapa perlu tahu contoh menu makanan untuk diabetes jenis 1.
Ini kerana penderita penyakit diabetes perlu untuk mengawal makanan dan minuman mereka agar kadar gula dalam darah serta insulin berada pada kondisi terbaik.
Persoalannya, apakah antara senarai makanan untuk pesakit kencing manis jenis 1? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!
Diet & diabetes jenis 1
Sekiranya anda atau anak anda telahpun disahkan menghidap penyakit kencing manis jenis 1, sudah pasti akan wujud rasa bimbang untuk memilih makanan.
Sebenarnya, penderita mungkin tidak perlu terlalu risau tentangnya kerana anda masih boleh mengambil apa sahaja jenis makanan namun dengan mengikut panduan.
Panduan yang dimaksudkan di atas tadi adalah anda perlu lebih berwaspada terhadap setiap kandungan gula, kalori dan lain-lain makanan yang diambil.
Dalam pada itu, ada satu lagi perkara yang anda perlu beri perhatian lebih iaitu kondisi insulin dalam badan kerana ia adalah faktor penentu untuk penyakit itu.
Jadi, sentiasa berhubung dan berbincang dengan doktor untuk lebih jelas tentang perkara yang perlu dijaga jika ada diabetes terutamanya diet dan insulin.
Keperluan setiap kelas makanan
Meskipun dikatakan ‘bebas’ untuk mengambil semua jenis makanan, pesakit diabetes perlu lebih peka terhadap komposisi pengambilan makanan mengikut kelasnya.
Berikut adalah cadangan komposisi pengambilan makanan harian mengikut kelas untuk pesakit kencing manis jenis 1 buat orang dewasa ataupun kanak-kanak:
Gula: Tidak lebih daripada 50 gram sehari.
Karbohidrat: Sekitar 46% – 65% daripada jumlah pengambilan kalori harian.
Lemak: Sekitar 20 – 25% daripada keperluan pengambilan kalori harian.
Protein: Sekitar 10 – 20% daripada jumlah pengambilan kalori harian.
Serat: Sekitar 20 – 35 gram sehari.
Natrium: Tidak kurang daripada 2,000 miligram sehari.
Aspek pengawalan pengambilan makanan mengikut kelasnya ini adalah sangat penting bagi memastikan ia tidak lebih dan tidak kurang daripada yang sepatutnya.
Dalam pada itu, anda juga mungkin mahu tahu apakah terdapat beberapa contoh menu makanan untuk diabetes jenis 1. Ya, kami ada senarai yang anda inginkan itu.
Contoh menu makanan untuk diabetes jenis 1
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, sebenarnya mungkin tidak wujud sebarang senarai makanan untuk pesakit kencing manis jenis 1 yang khas.
Ini kerana secara umumnya anda boleh mengambil semua jenis makanan ekoran kewujudan rawatan berbentuk suntikan insulin yang boleh mengawal glukosa.
Pun begitu, itu bukanlah bermakna anda boleh makan dan minum sesuka hati tanpa memikirkan kondisi diri kerana diet anda perlu sentiasa sihat dan seimbang.
Meskipun begitu, masih juga ada beberapa contoh menu makanan untuk diabetes jenis 1 yang telah kami sediakan sebagai panduan umum untuk pesakit. Senarainya seperti berikut:
Apa contoh makanan yang perlu elak?
- Aiskrim
- Kek
- Biskut
- Pai
- Donat
- Kerepek
- Keropok
- Gula-gula
- Coklat
- Minuman tenaga
- Susu berperisa
- Soda
- Jus
- Eggnog
- Lemonade
Apa contoh makanan yang perlu ambil?
- Sayur-sayuran
- Buah-buahan
- Kekacang
- Rempah
- Herba
- Telur
- Daging
- Air kosong
- Susu segar
- Minuman tanpa gula
Pun begitu, harus diingatkan bahawa senarai makanan untuk pesakit kencing manis ini hanyalah sekadar contoh menu makanan untuk diabetes yang anda boleh cuba.
Untuk lebih pasti tentang pengawalan diet dan insulin bagi menguruskan penyakit kencing manis jenis 1 yang dihadapi, sila bertanya hal ini pada doktor atau pakar diet.
Kawal kencing manis dengan waktu & saiz makanan
Berdasarkan contoh menu makanan untuk diabetes jenis 1 yang kami telah nyatakan di atas tadi, mungkin anda sudah mendapat idea tentang diet pemakanan.
Namun ketahuilah bahawa bukan sahaja ‘apa’ yang anda makan itu akan beri kesan pada kondisi bahkan juga ‘bila’ dan ‘berapa banyak’ makanan yang diambil.
Kenapa kedua-duanya ini penting? Ini adalah bertujuan memberi anda ruang dan peluang untuk mengukur kadar gula dalam darah dengan lebih tepat lagi.
Sebagai contoh, mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit namun kerap sepanjang hari akan membuat proses mengukur glukosa itu lebih mudah.
Oleh itu, sila kawal kencing manis dengan waktu dan saiz makanan selain cuba ambil contoh menu makanan untuk diabetes jenis 1 yang telah kami sediakan di atas tadi.
Konklusinya, mungkin tidak wujud sebarang isu yang akan berbangkit mengenai pemilihan diet pemakanan khas buat pesakit diabetes jenis 1 ini.
Makanlah seperti individu sihat lain, cuma perlu lebih peka dengan aspek saiz dan waktu hidangan agar kondisi anda itu dapat dikawal dengan lebih baik.
[embed-health-tool-bmi]