backup og meta

Ini Rawatan Paling Berkesan Jika Anda Menghidap Diabetes Jenis 2

Ini Rawatan Paling Berkesan Jika Anda Menghidap Diabetes Jenis 2

Bagi penghidap diabetes, terdapat beberapa jenis kaedah rawatan dan ubat kencing manis paling berkesan yang tersedia untuk merawat keadaan anda. Ada yang melibatkan penggunaan ubat kencing manis hospital melalui mulut, dan ada juga yang perlu disuntik.

Malah, ada juga yang memerlukan perubahan pemakanan dan pembedahan. Oleh itu, apakah rawatan atau ubat kencing manis paling berkesan?

Adakah ia melibatkan ubat kencing manis hospital?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini

Kaedah rawatan dan ubat kencing manis paling berkesan untuk pesakit kencing manis jenis 2

Untuk pengetahuan anda, rawatan bagi pesakit kencing manis jenis 2 terbahagi kepada 4 kaedah iaitu ubat-ubatan mulut, suntikan, perubahan pemakanan dan juga pembedahan.

Berikut adalah penerangan berkenaan jenis-jenis rawatan untuk pesakit diabetes jenis 2:

Ubat kencing manis paling berkesan #1. Suntikan insulin

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan daripada organ pankreas. 

Pankreas merupakan sejenis kelenjar yang terletak di belakang perut. Ia berfungsi menggerakkan sel tubuh anda untuk menggunakan gula atau glukosa daripada aliran darah bagi dijadikan sumber tenaga. 

Setiap kali selepas kita makan, saluran penghadaman akan menguraikan karbohidrat yang kita makan dan menukarkannya menjadi glukosa. 

Glukosa ini kemudiannya diserap ke dalam aliran darah anda melalui lapisan yang terdapat pada usus kecil. 

ubat kencing manis paling berkesan

Apabila glukosa telah berada dalam aliran darah, maka insulin akan membuatkan sel tubuh menyerap kandungan glukosa tersebut dan menukarkannya menjadi tenaga. 

Selain itu, insulin juga membantu menyeimbangkan tahap gula darah. 

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam aliran darah, ia akan memberi isyarat kepada tubuh badan agar menyimpannya di bahagian hati. 

Stok simpanan glukosa ini tidak akan digunakan melainkan pada waktu tubuh anda mengalami kekurangan glukosa. 

Bagi penghidap diabetes jenis 2, suntikan insulin diberikan sebagai pengganti kepada insulin tubuh anda.

Sekiranya penghidap diabetes jenis 2 tidak berkemampuan untuk mengawal paras gula darah, mereka mungkin memerlukan suntikan insulin bagi tujuan tersebut. 

Terdapat beberapa jenis suntikan insulin iaitu:

  • Rapid-acting insulin: Insulin ini akan bertindak kira-kira 15 minit selepas ia disuntik. Kesannya boleh bertahan antara 3 hingga 4 jam dan biasa digunakan sebelum waktu makan
  • Short-acting insulin: Insulin jenis ini akan mula bertindak sekitar 30 hingga 60 minit selepas disuntik dan ia bertahan antara 5 hingga 8 jam. Ia juga disuntik sebelum makan
  • Intermediate-acting insulin: Insulin ini akan bertindak kira-kira 1 hingga 2 jam selepas disuntik dan kesannya akan bertahan antara 14 hingga 16 jam 
  • Long-acting insulin: Insulin ini agak lambat bertindak iaitu kira-kira 2 jam selepas ia disuntik. Kesannya boleh bertahan sekitar 24 jam atau lebih lama

#2. Pengambilan ubat kencing manis hospital paling berkesan

ubat kencing manis paling berkesan

Untuk jenis ubat-ubatan, terdapat dua kategori iaitu ubat-ubatan yang dimakan dan ubatan yang perlu disuntik. Kedua-dua kategori ini adalah ubat kencing manis paling berkesan di hospital:

Ubat kencing manis paling berkesan di hospital

  • Metformin: Metformin digunakan untuk menurunkan glukosa darah dengan cara mengurangkan penghasilan glukosa hepatik dan tidak merangsang penghasilan insulin. Antara kesan sampingan ubat-ubatan ini ialah loya tekak, anoreksia dan cirit birit. Namun, kesan sampingannya boleh dikurangkan jika ubat ini diambil semasa atau selepas makan. Salah satu manfaat sampingan ubat ini adalah dapat menurunkan berat badan dengan ketara
  • Sulphonylureas: Ubat jenis ini berfungsi mengurangkan plasma glukosa dan meningkatkan penghasilan insulin. Kesan sampingan yang paling utama ialah hipoglisemia, iaitu keadaan di mana paras gula darah berada pada tahap yang terlalu rendah. Risiko ini akan menjadi lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, sirosis hati dan juga warga emas
  • Ubat kencing manis paling berkesan Meglitinides: Ubat ini berfungsi seperti sulphonylureas, iaitu merangsang pankreas bagi menghasilkan lebih banyak insulin. Ubat jenis ini amat pantas memberi kesan dan kesannya terhadap tubuh adalah lebih pendek. Antara kesan sampingan ubat ini adalah menyebabkan paras gula darah yang rendah selain pertambahan berat badan
  • Alpha-Glucosidase Inhibitors (AGIs): Ubat ini berfungsi merendahkan glukosa selepas bersalin tanpa menyebabkan keadaan hipoglisemia. Antara kesan sampingan bagi ubatan jenis ini adalah menyebabkan kembung perut, rasa tidak selesa pada badan dan cirit-birit
  • Thiazolidinediones: Ubatan ini berfungsi menjadikan tisu badan lebih sensitif kepada insulin. Antara kesan sampingan ubatan ini adalah menyebabkan pertambahan berat badan, peningkatan risiko kegagalan jantung berserta penyakit anemia
  • Dipeptidyl Peptidase-4 (DPP-4) Inhibitors: Ubatan ini pula membantu mengurangkan paras gula darah tetapi masih mempunyai beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan ubatan ini adalah kesakitan pada bahagian sendi dan juga peningkatan risiko untuk mendapat pankreatitis
  • SGLT2 inhibitors, ubat kencing manis paling berkesan: Ubatan ini pula mengelakkan buah pinggang daripada menyerap kembali glukosa ke dalam aliran darah. Sebaliknya, ia akan membuatkan glukosa tersebut disingkirkan melalui air kencing. Antara kesan sampingan ubatan ini adalah menyebabkan jangkitan yis pada faraj, jangkitan salur kencing dan tekanan darah rendah. Namun, ia juga boleh mengurangkan risiko untuk mendapat serangan jantung dan juga strok bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit tersebut

Ubat kencing manis hospital melalui suntikan

  • Glucagon-like Peptide-1 (GLP-1) Receptor Agonists: Ubat suntikan ini berfungsi memperlahankan penghadaman selain merendahkan paras gula darah anda. Antara kesan sampingan bagi ubatan ini ialah loya tekak dan juga peningkatan risiko untuk mendapat pankreatitis. Ia juga boleh menyebabkan penurunan berat badan disebabkan kesannya yang menyebabkan rasa kenyang

#3. Pembedahan bariatrik, satu lagi ubat kencing manis paling berkesan

Secara umumnya, pembedahan bariatrik adalah kaedah pembedahan yang dilakukan bagi merawat obesiti kelas 3 dan ke atas

Sekiranya anda mempunyai diabetes jenis 2 dan indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada nilai 35, anda mungkin sesuai untuk menjalani pembedahan bariatrik. 

Terdapat perubahan yang mendadak pada paras gula darah dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2 setelah mereka menjalani pembedahan ini. 

Namun, bagi pembedahan seperti ini, ia mungkin memerlukan kos yang agak tinggi selain beberapa risiko lain. 

Ia juga memerlukan anda untuk menjalani perubahan gaya hidup yang drastik. Antara komplikasi jangka masa panjang yang mungkin berlaku adalah kekurangan nutrisi pada tubuh dan juga osteoporosis atau penyakit kerapuhan tulang. 

#4. Pemakanan

ubat kencing manis paling berkesan

Salah satu ubat kencing manis yang paling berkesan adalah melalui penjagaan aspek pemakanan.

Pesakit diabetes perlu mengehadkan pengambilan lemak keseluruhan (25-35% pengambilan tenaga), lemak tepu (kurang 7% pengambilan tenaga), lemak trans yang sedikit (kurang 1% pengambilan tenaga) dan kolesterol makanan (kurang 200 mg/hari).

Ini untuk mengelakkan sebarang risiko bagi penyakit kardiovaskular. 

Selain itu, banyakkan pengambilan jenis makanan yang sihat seperti kekacang, oat, sayur-sayuran dan protein soya kerana ia amat bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular anda. 

Elakkan juga pengambilan garam, gula yang berlebihan dan amalkan diet tinggi fiber.

Ia bukan hanya melibatkan garam, tetapi produk-produk lain yang tinggi kandungan garam seperti kicap soya, sos, pes masakan, MSG, makanan berjeruk dan makanan yang diproses. 

Bagi keperluan vitamin dan mineral, pesakit diabetes mempunyai keperluan yang sama banyak seperti mereka yang tidak menghidap diabetes. 

Bagi pesakit diabetes yang tidak mempunyai masalah buah pinggang, pengambilan protein harian sebanyak 15 hingga 20 peratus hanya memberikan sedikit kesan terhadap kawalan glisemik. 

Anda digalakkan untuk mengambil jenis protein tanpa lemak seperti ayam tanpa lemak, ikan, daging tanpa lemak dan juga protein soya. 

Kesimpulan

Bagi penghidap diabetes, keempat-empat cara ini merupakan kaedah yang paling sesuai dalam merawat kencing manis jenis 2 anda dan juga merupakan ubat kencing manis paling berkesan.

Jika anda masih mencari ubat kencing manis paling berkesan, maka inilah senarai ubat diabetes yang perlu diberi perhatian dan diikuti. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Management of Type 2 Diabetes Mellitus. (http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/Endocrine/3a.pdf). Accessed Nov 5, 2021. 

Type 2 diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/diagnosis-treatment/drc-20351199#:~:text=Metformin%20. Accessed Nov 5, 2021.

Standards of medical care in diabetes. http://care.diabetesjournals.org/content/suppl/2015/12/21/39.Supplement_1.DC2/2016-Standards-of-Care.pdf. Accessed Nov 5, 2021.

Understanding medicine. https://www.nhs.uk/conditions/type-2-diabetes/understanding-medication/. Accessed Nov 5, 2021.

Diabetes Medicines. https://medlineplus.gov/diabetesmedicines.html. Accessed Nov 5, 2021.

 

Versi Terbaru

26/07/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jika Anda Menghidap Diabetes Jenis 2, Ambil Tahu Cara Penjagaan Ini

Kenali Tanda Diabetes Jenis 2, Jika Muncul Simptom Ini, Jangan Berlengah Jumpa Doktor


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan