Anda tahu tak apakah gejala prediabetes? Tapi sebelum itu, mari kita bincang secara lebih lanjut berkaitan dengan keadaan tersebut menerusi perkongsian dalam artikel ini.
Prediabetes bukanlah satu keadaan penyakit tetapi ia adalah tanda amaran bahawa anda mungkin mempunyai diabetes jenis 2 dalam waktu terdekat kerana ia melibatkan tahap gula dalam darah yang tinggi.
Walaupun mempunyai gejala prediabetes dan berisiko untuk mempunyai diabetes jenis 2 dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, namun anda masih dapat menghalang perkembangan tersebut daripada berlaku.
Berikut adalah beberapa maklumat yang mungkin dapat membantu anda dalam mencegah diabetes.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Gejala prediabetes yang perlu diberi perhatian
Biasanya, pesakit tidak mempunyai gejala prediabetes atau tanda-tanda tertentu sehingga anda berada dalam keadaan diabetes yang serius.
Walau bagaimanapun, acanthosis nigricans boleh menjadi isyarat awal. Ia adalah keadaan yang membuatkan kulit menjadi gelap sekitar kawasan leher, ketiak, siku, lutut dan ruas buku jari.
Anda harus berjumpa doktor jika prihatin terhadap diabetes atau sekiranya mengalami tanda-tanda diabetes jenis 2 seperti kerap kencing, keletihan dan penglihatan kabur.
Faktor risiko prediabetes?
Faktor risiko untuk prediabetes adalah serupa dengan diabetes jenis 2, termasuk berat badan berlebihan, mempunyai pinggang yang besar, gaya hidup yang tidak aktif, usia yang lebih tua, sejarah kencing manis dalam keluarga, kencing manis semasa hamil, polycystic ovary syndrome dan kurang tidur.
Ujian mendiagnosis prediabetes
Prediabetes dapat dikesan dengan menggunakan ujian Glycated hemoglobin (A1C), yang meneliti purata tahap gula dalam darah anda selama beberapa bulan yang lalu.
Ujian A1C boleh menjadi tidak tepat jika anda hamil atau mempunyai bentuk hemoglobin yang jarang (dikenali sebagai varian hemoglobin). Dalam kes tersebut, terdapat beberapa alternatif:
- Fasting blood sugar test. Dalam ujian ini, sampel darah akan diambil selepas anda berpuasa selama sekurang-kurangnya lapan jam atau semalaman
- Oral glucose tolerance test. Ujian ini direka khusus untuk wanita hamil. Oral glucose tolerance test juga memerlukan anda untuk berpuasa. Anda akan mengambil Fasting blood sugar test, diikuti dengan minuman manis. Tahap gula darah anda akan diuji secara berkala selama beberapa jam.
Anda masih boleh menjauhkan diri daripada diabetes jenis 2 dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu, anda disyorkan untuk memastikan amalan diet yang seimbang, menurunkan berat badan yang berlebihan dan mula bersenam secara teratur serta berhenti merokok.
Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau masalah kolesterol, sila ambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan doktor.
[embed-health-tool-bmi]