Ibu Bapa, Ini 5 Sebab PENTING Kenapa Si Manja Anda Wajib Ambil Vaksin!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi setiap ibu bapa, tiada apa yang lebih penting berbanding keselamatan dan kesihatan anak mereka. Disebabkan itu, kita sewajarnya memberikan vaksin kepada bayi dan kanak-kanak untuk memastikan mereka kekal sihat, kuat dan berkemampuan untuk melawan penyakit.

Pun begitu, masih wujud golongan ibu bapa yang tidak mahu atau degil untuk memberikan vaksin kepada anak kecil mereka. Khas untuk anda, sila baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengapa ia perlu diberikan kepada bayi dan kanak-kanak!

Apa itu vaksin bayi dan kanak-kanak?

Vaksin merupakan satu bahan kimia yang mengandungi antigen. Antigen ini diperolehi daripada sebahagian mahupun keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dilemahkan atau dimatikan.

Mutakhir ini, kebanyakan vaksin disatukan dalam bentuk kombinasi. Beberapa jenis vaksin digabungkan menjadi satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan atau imuniti daripada penyakit.

Menurut pakar pediatrik, suntikan vaksin atau vaksinasi merupakan cara paling efektif untuk melindungi anak-anak daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit yang boleh membawa kematian.

Prosedur ini merupakan cara yang paling mudah, selamat dan berkesan untuk membentuk imuniti dalam tubuh anak-anak sekaligus melindungi mereka daripada pelbagai jenis jangkitan penyakit berbahaya.

Mengapa vaksin untuk bayi dan kanak-kanak penting?

vaksin

#1. Tubuh badan kanak-kanak tidak mampu untuk melawan penyakit

Seperti yang kita sudah sedia maklum, badan kanak-kanak adalah sangat lemah dan masih belum mempunyai sebarang imuniti di dalam badan.

Imuniti semulajadi dalam badan kanak-kanak hanya akan dibentuk sejurus anak anda mendapat sesuatu penyakit dan sembuh daripadanya.

Proses ini sangat berisiko dan kadang-kadang boleh membawa maut. Oleh itu, suntikan vaksin pada seawal usia anak anda merupakan cara terbaik bagi mengelakkan mereka menderita penyakit tersebut kelak!

#2. Anak anda yang masih kecil sangat mudah dijangkiti penyakit

Anak-anak yang masih kecil mempunyai sistem imun yang sangat lemah kerana sistem imun mereka belum lagi berkembang sepenuhnya.

Oleh itu, suntikan vaksin sangat membantu dalam pengembangan sistem imun lantas menguatkannya.

Program Imunisasi Kebangsaan (jadual imunisasi kanak-kanak) menyarankan kanak-kanak diberi suntikan vaksin seawal kelahiran lagi untuk memastikan mereka selamat dari segala kemungkinan penyakit.

#3. Anak anda masih berisiko mendapat penyakit meskipun kelihatan sihat

Anda tidak boleh menilai tahap kesihatan anak anda berdasarkan luaran sahaja. Meskipun kelihatan sihat dan kuat, penyakit-penyakit berbahaya boleh menyerang mereka bila-bila masa sahaja.

Oleh itu sebagai tindakan berjaga-jaga, ibu bapa seharusnya memastikan anak mereka mendapatkan suntikan vaksin seawal usia lagi bagi menjamin kesihatan anak sepanjang mereka membesar kelak.

#4. Perlindungan imuniti yang diperolehi daripada ibu tidak mencukupi

Pada beberapa minggu terakhir kehamilan, ibu mampu memindahkan imuniti yang berbentuk antibodi-antibodi dalam badan mereka kepada anak dalam kandungan mereka.

Namun begitu, proses ini hanya boleh berlaku sekiranya ibu tersebut pernah dijangkiti sesuatu penyakit dan sembuh daripadanya lantas menghasilkan imuniti. Imuniti ini juga boleh dipindahkan melalui susu ibu.

Walau bagaimanapun, imuniti ini hanya bersifat sementara kerana imuniti ini bukan dihasilkan oleh anak tersebut!

#5. Merupakan cara paling efektif melindungi anak daripada serangan penyakit

Suntikan vaksin ini merupakan cara paling efektif kerana mencegah lebih baik daripada mengubati penyakit.

Selain itu juga, vaksin turut berfungsi baik bersama dengan ubat-ubatan global lain contohnya antibiotik dan tidak mempunyai kesan sampingan yang lain.

Sentiasa peka untuk ambil dos penggalak dari masa ke semasa

ibu bapa

Imuniti yang terdapat dalam badan anak anda akan berkurangan dan lemah dari masa ke semasa.

Disebabkan itu, berwaspada dan sentiasa peka dengan waktu yang sesuai untuk mengambil dos penggalak. Ini bertujuan untuk merangsang kembali sistem imun yang sedia ada dalam badan agar lebih efektif.

Tuntasnya, suntikan vaksin merupakan cara yang paling mudah, selamat dan efektif dalam usaha menangani serangan penyakit berjangkit yang berbahaya.

Oleh itu, ibu bapa diingatkan untuk peka dan mengambil peduli tentang setiap suntikan vaksin yang boleh didapati di mana-mana pusat perubatan demi menjamin kesihatan anak-anak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Selepas bersalin, perkara apa paling difikirkan oleh ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Ramai yang percaya bahawa pendingin hawa bahaya untuk bayi. Tapi, betul ke? Penggunaan penyaman udara sebenarnya boleh buatkan bayi tidur dengan lebih lena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan