backup og meta

Tip Mengurus dan Mengawal Anak Tantrum

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/07/2023

    Tip Mengurus dan Mengawal Anak Tantrum

    Betul-betul menguji kesabaran bila berdepan anak yang tantrum, betul tak?

    Tantrum biasanya merupakan kemarahan atau perikalu yang tidak munasabah seperti menangis menjerit, mengamuk dan membuang objek dalam tempoh masa yang singkat.

    Keadaan ini boleh mengecewakan mana-manaibu bapa. Tetapi jika dilihat dari sudut lain seperti menganggap ia sebagai satu ujian, merawat tantrum boleh juga menjadi satu peluang pendididikan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa kanak-kanak mengalami tantrum?

    Tantrum sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak 1 hingga 4 tahun. Ini kerana kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak mula berkembang pada usia ini.

    Mereka tidak dapat menyatakan emosinya. Mereka inginkan kebebasan tetapi dalam masa sama takut berpisah daripada anda.

    Jadi tantrums adalah salah satu cara kanak-kanak menyuarakan dan menguruskan perasaan, dan cuba memahami atau mengubah apa yang berlaku di sekeliling mereka.

    Punca anak tantrum biasa disebabkan oleh:

    • Letih
    • Lapar
    • Berasa diabaikan
    • Bimbang atau gelisah

    Kanak-kanak yang lebih muda mungkin tidak dapat memberitahu anda bahawa mereka cemas dan mereka mungkin menangis, menjadi manja dan tantrum

    Bagaimana menguruskan anak yang tantrum?

    Jeritan kanak-kanak boleh membimbangkan. Anda juga mungkin berasa marah dan malu sekiranya ia berlaku di tempat awam atau dihadapan orang lain.

    Baca juga:

    Oleh itu, adalah sangat penting untuk menetapkan peraturan tertentu supaya anak anda boleh belajar cara untuk menangani emosinya.

    Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan untuk kanak-kanak tantrum:

    Jangan cuba menenangkan anak yang tantrum

    Abaikannya, melainkan dia membahayakan diri sendiri atau orang lain secara fizikal.

    Memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada mereka tidak akan menyelesaikan sesuatu keadaan.

    Sebaliknya membiarkannya beberapa minit tetapi masih dalam perhatian anda.

    Sekiranya anak anda mula memukul, menendang, menggigit, atau melemparkan sesuatu benda, hentikannya dengan serta-merta dan keluarkannya daripada keadaan itu.

    Jelaskan bahawa kelakuan itu adalah tidak baik.

    Bercakap dengan lembut

    Semakin tinggi suara anak anda menjerit, anda perlu bercakap dengan lembut. Anak anda akan meninggikan suaranya kerana inginkan perhatian anda.

    Mereka mungkin berasa kecewa atau sedih tetapi anda perlu kekal tenang. Jika dia tidak mendapat sesiatu yang diinginkan, alihkan perhatiannya kepada pilihan lain.

    Keadaan ini biasanya membantu terutama jika kurang kawalan disebalik kemarahan.

    anak yang tantrum

    Berikan ganjaran

    Dalam keadaan tertentu, anda juga perlu berikan ganjaran kepada anak anda atas kelakuannya yang baik sepanjang berada di restoran atau di tempat awam.

    Cara ini juga boleh membantu anak anda mengawal emosinya supaya kekal bertenang sementara menunggu ganjaran yang bakal diperolehinya.

    Sesetengah orang mungkin menganggap ia satu rasuah, tetapi selagi anda mampu mengawalnya ia boleh membantu pembentukan tingkah laku anak supaya lebih bersabar, berdisiplin dan mampu mengawal emosinya.

    Berikan pelukan pada anak yang tantrum

    Ini mungkin perkara terakhir yang anda mahu lakukan apabila anak anda mengamuk, tetapi ia benar-benar dapat membantunya bertenang.

    Pelukan membuat anak-anak berasa selamat dan biarkan mereka tahu bahawa anda mengambil berat terhadapnya, walaupun anda tidak bersetuju dengan tingkah laku mereka.

    Ini juga dapat menstabilkan semula emosi mereka.

    anak yang tantrum

    Bawa keluar anak yang tantrum

    Dapatkan anak anda daripada keadaan tantrum dan bawanya keluar. Ia juga merupakan strategi berkesan.

    Jika anda anda tertarik kepada mainan atau gula-gula, alihkan perhatiannya kepada benda lain sehingga dia benar-benar menenangkan dirinya.

    Disiplin dengan memukul bukan caranya

    Apabila kali anda merasakan keinginan untuk memukul, ambil nafas panjang dan pertimbangkan apa yang anda mahu anak anda belajar.

    Tindakan ini mungkin boleh membantu anda anda mengawal kelakuannya tetapi lama kelamaan anak anda juga boleh meniru cara anda mendidiknya.

    Ini kerana keadaan tersebut juga boleh mendorong anak anda menjadi lebih agresif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan