4 Perkara Yang Anak Anda Perlukan Di Saat Mereka Sambung Belajar

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Suatu hari nanti, si kecil anda akan membesar menjadi dewasa serta meninggalkan rumah, kan? Hakikatnya, mereka sendiri perlu belajar hidup berdikari apabila tiba masanya. Sebagai ibu bapa, jangan sesekali anda menghalangnya, tetapi berilah galakan kepada mereka, ya!

Sambung belajar ke peringkat lebih tinggi

Sebagai langkah pertama menuju alam kedewasaan, kebanyakan anak muda akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma, ijazah dan seterusnya. Ini adalah satu usaha yang sangat murni demi mereka membina asas kehidupan yang kukuh.

Pun begitu, ia mungkin akan mengundang kebimbangan kepada ibu bapa terutamanya jika anak mereka tidak pernah berenggang dengan rumah. Jika yang sudah biasa tinggal di asrama semasa sekolah rendah atau menengah, mungkin kegusaran ini akan sedikit kurang.

Jadi, ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu di saat anak anda ingin atau sedang menyambung pelajaran. Apakah ia?

Apa yang anak anda perlu di saat mereka sambung belajar?

#1. Kewangan yang stabil

Duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit termasuklah untuk menyambung pelajaran. Ini kerana yuran pengajian di universiti, kolej atau mana-mana pusat pengajian adalah agak mahal. Tidak kira awam atau swasta, kedua-duanya adalah berkos tinggi. Jadi, ibu bapa perlu bersiap sedia dengan menabung sejak anak masih kecil lagi. 

Pun begitu, kita sebagai anak juga tidak sewajarnya bergantung sepenuhnya kepada mereka. Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk menampung biaya pengajian. Antara yang boleh dipertimbangkan adalah pinjaman dari badan seperti PTPTN, MARA atau usaha lebih untuk biasiswa seperti JPA dan lain-lain.

#2. Hubungi mereka secara berkala

Tidak dinafikan, anak muda terutamanya perempuan sudah pasti akan merindui rumah mereka apabila berada di hostel tempat mereka belajar. Jadi, tidak salah untuk anda hubungi mereka secara berkala seperti seminggu sekali, bukan? 

Lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi kini, anda boleh melakukan panggilan video secara percuma sahaja! Gunakan peluang ini untuk berborak dengan mereka tentang kehidupan mereka di sana. Perbuatan ini sudah pasti akan mengubati kerinduan dalam diri mereka.

#3. Kunjungi mereka sekali-sekala

Apa salahnya jika anda datang secara mengejut untuk memberi suprise kepada anak anda, bukan? Alang-alang datang, apa kata jika anda bawa sekali hadiah, buah tangan atau sekadar makanan kegemaran mereka. Sudah tentu anak anda yang homesick ini akan berasa terharu. Namun, jangan pula terlalu kerap ya? Nanti segan pula dia dengan rakan sebiliknya.  

#4. Sokong mereka dari jauh

Anda perlu tahu bahawa anak anda kini bukan lagi seorang budak kecil. Jadi, jangan terlalu memanjakannya. Paling utama, beri sokongan dari jauh. Setiap kali dia menghubungi atau mengunjungi anda di rumah ketika cuti semester, dengar setiap luahan mereka. 

Sebagai ibu bapa juga, jangan sesekali memarahinya kerana gred rendah atau masalah lain. Sebaliknya, beri mereka cadangan dan panduan untuk mereka berkembang menjadi siswa atau siswi yang lebih baik. Ibu bapa mana yang tidak mahu lihat anaknya berjaya, bukan?

Konklusi

Kesimpulannya, anda sebagai ibu bapa tidak perlu terlalu over di saat anak anda ingin atau sedang menyambung pelajaran di menara gading. Cukup sekadar menyediakan keperluan asas dan sokongan moral. Biarkan mereka belajar berdikari sendiri agar mereka lebih mengenali jerih-perih kehidupan ketika hidup bersendiran di hostel.

Jadi, jangan pula anda berteriak dan bersedih ketika mereka melangkah meninggalkan rumah untuk sambung belajar kelak, ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alamak! Sikap Ibu Bapa Boleh Jadi Punca Wujud Anxiety Pada Anak?

    Tahukah anda, sikap ibu bapa boleh mempengaruhi tahap emosi anak? Tak tahu, bukan? Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 07/10/2019 . 2 minit bacaan

    Aaron Aziz Tersentak Bila Anak Tanya Gaji untuk Sejam, Ini 5 Cara Luang Masa Berkualiti dengan Anak

    Anak bongsu Aaron Aziz pernah bertanya kepada isterinya berkenaan jumlah bayaran yang diterimanya dalam tempoh sejam. Sebagai ibu bapa, apa perasaan anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 18/09/2019 . 3 minit bacaan

    Kebahagiaan Masyarakat: Negara-negara yang Membantu Pelajar Kurang Berkemampuan ke Universiti Mempunyai Warganegara yang Lebih Bahagia

    Satu kajian menunjukkan, dasar pendidikan yang membantu pelajar kurang berkemampuan mendaftar ke universiti, boleh mewujudkan kebahagiaan masyarakat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 08/04/2019 . 3 minit bacaan

    Bantu Anak Anda Dapatkan Postur Badan Yang Sihat

    Postur badan yang betul mengurangkan tekanan atau beban berlebihan pada bahagian badan tertentu. Bebanan ini memberi kesan pada bentuk tubuh badan. Pernahkah anda terfikir postur apa yang terbaik untuk anak anda. Punca ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 12/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pembelajaran online

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    waktu berkualiti

    “Dah Ada Anak” – Ini Bukan Alasan Untuk Anda Elak ‘Berdating’ Dengan Pasangan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/03/2020 . 3 minit bacaan
    wujudkan-hubungan-sihat-dengan-ibu-bapa

    Mak Ayah ‘Kaki Kontrol’? Ketahui 7 Tip Wujudkan Hubungan Sihat Dengan Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 3 minit bacaan
    penghidap sindrom down

    Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2019 . 2 minit bacaan