Ibu Bapa Bercerai: Tip Penjagaan Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ibu Bapa Bercerai: Tip Penjagaan Anak

Menurut kajian 20 tahun yang diterbitkan oleh pakar psikologi, Constance Ahrons dan kajian meta-analisis oleh Profesor Michael Lamb dari Universiti Cambridge, 80 peratus kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang bercerai tidak menunjukkan apa-apa kesan terhadap prestasi akademik, kesihatan mental dan hubungan sosial. Walaubagaimanapun, para pengkaji percaya kenyataan ini hanya dapat disimpulkan sekiranya ibu bapa yang bercerai ini dapat mengawal kestabilan emosi mereka. Bukan mudah untuk berinteraksi dengan pasangan anda yang telah bercerai, oleh itu berikut merupakan 4 tip untuk pasangan ibu bapa yang telah bercerai menjaga anak mereka.

1. Menggalakkan anak anda berinteraksi dengan ibu atau bapanya

Selepas penceraian, kebanyakan ibu atau bapa akan mengelakkan bekas pasangan mereka berjumpa dengan anak mereka. Tetapi harus diingatkan kehadiran kedua-dua ibu bapa amat penting bagi memastikan mereka tidak merasa kehilangan.

2. Mengelakkan konflik dan perbincangan tentang penceraian di hadapan anak anda

Pertelingkahan kebiasaannya terjadi bagi pasangan yang berada di ambang penceraian. Walaubagaimanapun, tindakan ini akan mengakibatkan kesan yang negatif terhadap perkembangan minda anak anda. Tambahan itu, anda tidak seharusnya bercakap tentang penceraian di hadapan anak anda kerana anak anda layak menerima perhatian yang secukupnya daripada kedua-dua belah pihak ibu bapa.

3. Membuat perancangan dan peraturan dengan bekas pasangan

Perbezaan pendapat dan pandangan merupakan faktor utama keretakan rumahtangga. Tidak dinafikan, sukar untuk anda dan bekas pasangan membuat perancangan yang sempurna. Namun, berkompromi dan membuat rutin baharu dalam struktur kehidupan baru anda adalah lebih baik selain membuat perancangan agar tidak timbul masalah pada masa hadapan kelak. Selain itu, anda perlu bersikap lebih terbuka dan fleksibel dalam meluangkan masa dengan anak agar semua pihak merasa adil dan gembira.

4. Jangan memburukkan bekas pasangan di hadapan anak anda

Tidak semua penceraian berakhir dengan baik. Kekecewaan, kebencian dan kemarahan akan membuat anda mengkritik dan menyalahkan bekas pasangan anda di belakang mereka, mengharapkan anak anda menyebelahi anda. Walaubagaimanapun, menurut pakar penjagaan anak-anak, komen yang buruk terhadap bekas pasangan hanya akan membawa kepada ketakutan, kebimbangan serta perasaan tidak selamat di dalam minda anak-anak. Dalam beberapa kes, tindakan ini hanya akan berpaling semula kepada anda kerana anak-anak yangg membesar kelak akan menyalahkan anda kerana telah menyebabkan mereka melalui zaman kanak-kanak yang menyakitkan.  

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Selalu Terkena Renjatan Elektrik Apabila Menyentuh Tombol Pintu? Ini Jawapannya!

    Pernah tak anda mengalami momen terkena renjatan elektrik apabila bersalaman dengan seseorang? Ia juga berlaku apabila anda menyentuh sesuatu barang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

    Setiap orang akan mengalami kulit leher berkedut & menggeleber akibat penuaan. Jadi jom kita sama-sama baca untuk tahu 3 cara untuk mengurangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Rasanya ramai individu yang mempunyai bulu hidung serabai & serabut bukan? Tenang, ini ada 3 cara mudah untuk membuangnya! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tiroid dan menopaus

    Sedang Mengalami Fasa Menopaus Yang Teruk? Hati-Hati! Anda Mungkin Ada Penyakit Tiroid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    hpv adalah

    Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan