TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aplikasi TikTok boleh dikatakan sebagai platform media sosial yang popular masa kini. Namun adakah ia selamat untuk kanak-kanak atau sebaliknya? Ikuti penjelasan ini.

Apa itu aplikasi TikTok?

TikTok yang menjadi kegilaan anak remaja pada masa kini ini umumnya merupakan sebuah aplikasi perkongsian video. 

Jika anda tidak pernah mendengar atau mengetahui tentang kewujudannya, ia adalah aplikasi ke-4 paling banyak dimuat turun pada tahun 2018 di seluruh dunia. 

Secara ringkasnya, ia digunakan untuk membuat hantaran video gerakan bibir (lip-synching) atau tarian berlatarbelakangkan muzik popular berdurasi antara seminit atau kurang. 

Bukan sekadar itu sahaja, jika membuat carian di YouTube bagi kompilasi video TikTok, dalam beberapa minit anda akan melihat beberapa jenis kandungan dalam platform tersebut.

Bahaya TikTok?

Ada video yang tidak masuk akal. Bahkan, terdapat juga video dengan kandungan seksual yang tidak sesuai untuk tontonan. 

Terbaru, telah tular video TikTok yang menyaksikan sepasang remaja bercium mulut di tempat awam.

Yang lebih membuatkan video itu viral adalah si pelaku perempuan dikatakan mirip anak kepada seorang penyanyi wanita.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh ada sesetengah kandungan yang bukan sahaja membuatkan aplikasi ini bahaya buat si pelakunya, tetapi juga si penonton terutama yang di bawah umur.

Aplikasi ini dikatakan dinilai untuk individu 12 tahun dan ke atas, pun begitu tiada cara untuk mengesahkan usia pengguna. Maka sesiapa sahaja boleh memuat turunnya. 

Seperkara yang perlu anda ketahui, penilaian aplikasi media sosial bukanlah kaedah terbaik untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dan selamat untuk kanak-kanak atau tidak!

Jadi persoalan utama kini, memandangkan ia platform yang paling digilai ramai, adakah aplikasi TikTok ini selamat untuk kanak-kanak menggunakannya?

aplikasi tiktok

5 perkara tentang aplikasi TikTok perlu diketahui

Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa ketahui jika anak anda merupakan salah seorang pengguna TikTok ini:

  1. Kanak-kanak boleh menjadi sasaran pemangsa

TikTok membolehkan pengguna menghubungi sesiapa sahaja di dunia dan sudah tentu kelebihan ini mempunyai bahayanya yang tersendiri.

Seperti platform media sosial lain yang mempunyai fungsi mesej langsung atau komen, ada kemungkinan anak anda boleh berbual dengan sesiapa sahaja, termasuk individu asing.

Ini pastinya memudahkan pemangsa menggunakan sanjungan dan pujian bagi menjadikan mereka berasa istimewa dan selesa. 

Hakikatnya, ia sebenarnya cara untuk memasuki kehidupan kanak-kanak!

  1. Terdapat banyak kandungan yang tidak sesuai

Walaupun tetapan akaun diubah kepada peribadi, anda mungkin masih terdedah kepada kandungan seksual atau ganas yang dihantarkan ke suapan awam (public feed).

Aksi seksual secara terang-terangan hingga ke lagak fizikal berbahaya, merupakan antara jenis kandungan terdapat dalam aplikasi TikTok ini yang mungkin ingin dihasilkan semula oleh anak anda. 

Malahan, ulasan yang diberikan oleh pengguna lain juga cenderung bersifat perkauman dan diskriminasi

  1. Sifat aplikasi boleh menyebabkan kegelisahan pada kanak-kanak

TikTok mendorong penciptaan kandungan, kerana pengguna dapat menggunakan fungsi “Reactions” untuk membalas kepada video yang digemari dengan aksi rakaman diri sendiri. 

Ia boleh mendorong kreativiti dan seni dalam diri anak. Pun begitu, dalam masa yang sama ia boleh menyebabkan wujudnya kegelisahan. Kenapa?

Ini kerana anak mungkin berdepan tekanan untuk menghasilkan kandungan video yang lebih banyak dan menarik. 

Keadaan tersebut sudah pastinya akan timbul rasa gelisah, terutamanya jika kandungan ciptaan mereka tidak mendapat sambutan hangat atau popular.

Lebih membimbangkan jika anak anda mengejar populariti tersebut sehingga sanggup mengambil bahagian dalam cabaran dengan melakukan aksi berbahaya

  1. Pengguna mungkin menjadi mangsa buli siber

Tidak seperti Twitter atau Facebook, aplikasi TikTok mungkin tidak selamat untuk kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan buli siber dan trolling.

Ia membuka peluang kepada pembuli untuk membuat kacau. 

Dalam aplikasi ini, mana-mana individu boleh membuat banyak akaun palsu dan menggunakannya dengan menyasarkan kepada mereka yang tidak disukai.

Trolling popular di TikTok, terutamanya melalui fungsi “Reactions”.

  1. Anak boleh gunakan TikTok tanpa membuat akaun 

Anak anda mungkin tidak boleh membuat hantaran video tanpa akaun, tetapi mereka boleh membuat carian dan menonton hampir kesemua video yang terdapat dalam aplikasi TikTok ini.

Anda membuat sekatan memuat turun aplikasi pada anak? Percayalah, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk sesiapa pun menonton video TikTok. 

tiktok

TikTok selamat untuk kanak-kanak?

Kedengaran agak klise, pun begitu cara terbaik untuk menjaga keselamatan anak anda dari sisi gelap TikTok adalah dengan melarang mereka memuat turun aplikasi ini.

Ya, perlu diakui ia bukanlah keputusan yang praktikal untuk dilakukan. 

Ini kerana melarang anak daripada 1 aplikasi ini tidak dapat menentukan bahawa mereka akan kekal selamat dalam talian. 

Sekiranya anak anda merupakan pengguna bagi sebarang platform media sosial, pastikan anda sebagai ibu bapa mengetahui dan memahami tentang platform yang digunakan itu. 

Anda disarankan untuk muat turun aplikasi itu sendiri dan lihat apakah ia sebenarnya, anda juga boleh bertanya kepada anak tentang apa yang mereka lihat di aplikasi tersebut.

Sebaiknya, lakukan perbincangan secara terbuka dan bersesuaian dengan usia anak-anak anda.  

Bincangkan mengenai bahaya internet dan mengapa penting untuk melindungi maklumat peribadi – walaupun menggunakan aplikasi mudah alih seperti TikTok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin. Tetapi adakah semua ibu berisiko?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

Jika anda sedang mencari tip keibubapaan berkaitan cara mendidik anak hiperaktif atau ADHD, ini ada 11 kaedah yang boleh dijadikan sebagai panduan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

Berbicara mengenai keselamatan anak, perkara paling merisaukan adalah mengenai kes penculikan. Tapi pernah tak anda mendengar tentang penculikan digital?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Selepas bersalin, perkara apa paling difikirkan oleh ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tidur dalam kerusi bayi

Suka Biarkan Si Manja Tidur Dalam Car Seat Lama-lama? Bahaya! Ini Sebabnya…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
keselamatan anak

Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
ibu bekerja

Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan