Bagaimana Membesarkan Anak Tanpa Gajet

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kita semua tahu bahawa penggunaan gajet dan pendedahan kepada skrin elektronik yang berlebihan boleh membahayakan bayi dan kanak-kanak, bahkan boleh memberi kesan kepada anak anda yang lebih dewasa. Pasti tiada ibu bapa di luar sana yang mahu anak-anak mereka bergelut dengan masalah seperti obesiti, ADHD atau masalah perkembangan kognitif dan bahasa. Tetapi masih ramai anak kecil yang dibiarkan menggunakan gajet kerana ibu bapa mahukan penyelesaian mudah. Gajet kini menjadi pengasuh atau puting digital untuk mendiamkan anak.

Malah ada ibu bapa yang berada dalam penafian, mereka cuba meyakinkan diri mereka sendiri bahawa pendedahan awal kepada skrin digital ini boleh mendidik anak mereka. Sedangkan literasi digital yang bermanfaat adalah kesan kurikulum berstruktur, bukannya kartun dan hiburan dalam talinan. Bagaimana anak kecil yang belum berkembang kemahiran sosialnya boleh mendapat faedah dengan gajet jika mereka hanya terpaku di hadapan skrin digital tanpa interaksi fizikal yang sebenar?

Bagaimana membesarkan anak tanpa gajet

Pengasuhan anak memerlukan perhatian, kesabaran dan tenaga yang banyak. Hakikatnya ramai ibu bapa yang bergantung harap kepada skrin digital untuk mengalihkan perhatian anak mereka kerana mereka sudah terlalu penat. Penyelesaian yang bijak sebenarnya ialah dengan membiarkan anak anda bermain sendiri.

Bermain sendiri atau secra bebas bermakna permainan yang dipilih, dimulakan dan diarahkan oleh anak anda sendiri. Apabila anak anda tahu bermain sendiri, mereka akan kurang memerlukan perhatian anda pada setiap masa. Anda bukan lagi menjadi sumber hiburan anak anda. Anda boleh duduk dan hanya memerhatikan apa yang sedang diterokai anak anda. Anda mungkin dapat membaca, menyemak e-mel, bekerja, makan atau melakukan apa sahaja semasa anak anda sedang bermain dan meneroka.

Menggalakkan penerokaan secara bebas dan sendiri bukan sahaja memberikan anda kerehatan yang anda perlukan. Bermain sendiri membina keupayaan emosi, keyakinan, disiplin diri dan kemahiran menyelesaikan masalah.

anak bermain gajet

Pendedahan kepada skrin digital mengurangkan motivasi anak anda meneroka dan bermain sendiri. Apabila anak anda kerap menonton hiburan daripada gajet, mereka menjadi lebih bergantung kepada keperluan untuk dihiburkan dan mengurangkan minat untuk meneroka. Jadi lebih banyak anak anda menonton televisyen atau telefon pintar, lebih teruk kemahiran bermain sendiri mereka. Oleh itu, ikuti beberapa tip untuk menggalakkan kemahiran bermain sendiri dalam anak anda:

Tutup TV

Sesetengah keluarga mendapati melarang penggunaan televisyen sama sekali paling berkesan manakala sesetengah yang lain mengurangkan secara beransur-ansur. Ia juga bergantung kepada umur anak anda. Berikut merupakan panduan mudah pendedahan maksimum kepada skrin digital menurut pakar:

  • 0-18 bulan: tiada masa skrin (kecuali untuk perbualan video)
  • 18 bulan – 2 tahun: media boleh menjadi sumber pendidikan daripada usia 18 bulan, tetapi keberkesanannya sangat diragui
  • 2-5 tahun: tidak lebih daripada 1 jam sehari
  • 5 tahun dan seterusnya : tetapkan had yang konsisten

Wujudkan persekitaran yang selamat dan menarik

Cara anda mengatur persekitaran anak anda bergantung kepada banyak faktor tetapi terdapat beberapa panduan untuk anda mulakan.

Keselamatan adalah keutamaan nombor satu. Jika anda ingin meninggalkan bilik atau menumpukan perhatian anda pada tempat lain, persekitaran anak anda mestilah 100% selamat. Ini termasuklah memagar kawasan larangan atau memagar sebahagian kecil ruang tamu untuk anak anda menikmatinya. Sekiranya anda mempunyai ruang luar rumah, itu lebih baik.

anak bermain

Aturkan ruang permainan anak anda supaya kelihatan menarik dan teratur. Kanak-kanak sangat sensitif terhadap gangguan. Pastikan ruang permainannya kondusif agar anak anda boleh fokus.

  • Daripada meletakkan mainan ke dalam kotak mainan besar, letakkan dalam bakul-bakul kecil atau dalam rak. Ini memudahkan mereka melihat dan memilih mainan.
  • Pastikan semua mainan boleh diakses oleh anak anda tanpa bantuan anda.
  • Jangan melambakkan mainan untuk anak anda. Berikan mainan yang mencukupi tanpa berlebih-lebihan agar anak anda tidak keliru dan terlebih ransangan. Jika terdapat terlalu banyak mainan, anak anda akan bermain satu permainan dalam masa yang singkat Anda boleh menyimpan kotak-kotak lain dan berikan apa yang diminatinya waktu itu. Apabila dia mendapat kotak mainan yang lain pada esoknya, dia akan berasa seperti mempunyai mainan baru!

Meja dan kerusi bersaiz kanak-kanak adalah tambahan hebat kepada ruang permainan. Apabila seorang kanak-kanak duduk pada kerusi saiznya, dia lebih yakin dan dapat memberi tumpuan kepada aktivitinya. Perabot saiz kanak-kanak mungkin mahal tetapi anda boleh berjimat dengan membeli yang terpakai atau mengubahsuai benda sedia ada.

Pilih mainan yang tidak kompleks yang dapat memupuk imaginasi dan penerokaan berbanding mainan yang bergerak atau membuat bunyi. Malah, cabut bateri pada semua mainan yang berbateri. Mainan aktif membuatkan kanak-kanak pasif manakala mainan pasif menjadikan kanak-kanak aktif. Oleh itu, beri mereka mainan seperti bekas tutup buka, kertas dan krayon, buku, alat muzik, dapur dan alatan mainan, blok mainan, kereta mainan dll.

Galakkan anak bermain sendiri

anak bermain

  • Jangan selalu melibatkan diri dalam permainan anak anda. Sebagai contoh, biarkan anak anda belajar sendiri penggunaan sesutau mainan berbanding anda menunjukkannya. Sekiranya mainan tersebut sesuai dengan usianya, anak anda akan dapat menggunakannya tanpa bantuan anda.
  • Jangan mengganggu. Kanak-kanak melakukan kerja yang sangat penting apabila mereka bermain. Apabila anda membiarkan mereka meneroka persekitaran mereka, mereka belajar untuk menerokai perkara yang mereka minati sepenuhnya.
  • Percayalah kepada anak anda. Biarkan dia memutuskan apa yang hendak dimainkan, bagaimana untuk bermain dengannya, dan berapa lama. Ada waktu yang dia bermain satu mainan untuk masa yang lama, sementara waktu lain mungkin dia melompat daripada satu mainan ke yang lain. Yang penting ialah dia belajarmengembangkan keupayaan untuk mengarahkan permainannya sendiri untuk jangka waktu panjang.

Apabila anak anda sudah tahu bermain sendiri dan belajar fokus pada permainannya, anda akan mendapati bahawa anda akan mempunyai kelapangan waktu yang banyak untuk menguruskan rumah berbanding melayan anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, tanpa memikirkan risiko yang bakal anak hadapi. Ini senarai suplemen berbahaya untuk anak remaja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan