backup og meta

Kencing Malam Dalam Kalangan Anak Prasekolah: Apa Punca & Tandanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/06/2022

    Kencing Malam Dalam Kalangan Anak Prasekolah: Apa Punca & Tandanya?

    Masalah kencing malam atas tilam adalah perkara normal yang berlaku terutama kepada kanak-kanak yang sedang belajar untuk bercerai lampin.

    Ia juga amat biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak usia prasekolah, dengan memberi kesan kepada 40 peratus kanak-kanak yang berusia tiga tahun.

    Walau bagaimanapun, kencing malam atas tilam semakin kurang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang sudah bersekolah, iaitu 20 peratus kanak-kanak usia lima tahun, 10 peratus kanak-kanak enam tahun dan 3 peratus dalam kalangan kanak-kanak usia 12 tahun.

    Rahsia di sebalik masalah kencing malam!

    Kencing malam atas tilam membuatkan keadaan menjadi sulit bukan sahaja buat kanak-kanak, bahkan juga ibu bapa sendiri.

    Jika anak anda berasa teruk kerana kencing malam, anda seharusnya menenangkan mereka.

    Bukan anak anda sahaja yang berhadapan dengan masalah kencing malam atas tilam.

    Sebaliknya, 90 peratus kanak-kanak berfikir hanya mereka sahaja yang mengalami masalah kencing malam.

    kencing malam atas tilam

    Walaupun sepatutnya anak anda sudah boleh mengawal pundi kencing mereka pada waktu malam kerana mereka sudah semakin besar, namun sebenarnya setiap kanak-kanak akan menguasai masalah ini pada usia yang berbeza.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi umur di mana kencing malam dianggap sebagai satu masalah, adalah seperti di bawah:

    • Perkembangan dan kematangan kanak-kanak
    • Jantina kanak-kanak – kencing malam adalah lebih biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki
    • Keseluruhan kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak – penyakit kronik dan/atau penderaan fizikal dan emosi mungkin juga menyebabkan kanak-kanak kencing malam

    Apakah penyebab kencing malam atas tilam?

    Punca kencing malam atas tilam mungkin disebabkan satu atau gabungan penyebab di bawah:

    • Pundi kencing anak anda tidak boleh menahan urin mereka semalaman. Walaupun saiz pundi kencing sebenar kanak-kanak mungkin normal, namun semasa tidur, ia akan menghantar isyarat lebih awal jika ia sudah penuh. Dan, berkemungkinan juga anak anda menghasilkan sejumlah besar urin semasa waktu petang dan malam. Ini mungkin ada kena-mengena dengan hormon anti-diuresis (ADH) – satu hormon yang mengatur pengeluaran air kencing.
    • Anak anda seorang yang tidur mati. Kajian mengesahkan bahawa terdapat hubungan antara tidur mati dan kencing malam. Sesetengah kanak-kanak yang tidur mati, otak mereka tidak mendapat isyarat yang pundi kencing mereka telah penuh.

    kencing malam atas tilam

  • Tabiat tandas siang hari anak anda lemah. Kebanyakan kanak-kanak selalunya mengabaikan desakan untuk membuang air kecil dan menahan untuk membuang air selama mungkin. Ibu bapa seharusnya mengenali tanda-tanda anak sedang menahan untuk membuang air kecil seperti menyilangkan kaki, muka menegang, meliuk-lentok, mencangkung, dan mengunci paha.
  • Anak anda makan terlalu banyak sebelum waktu tidur, atau mengalami sembelit. Usus penuh akan menekan pundi kencing dan boleh menyebabkan pengecutan pundi kencing tidak terkawal, semasa bangun tidur ataupun semasa tidur.
  • Adakah ia petanda masalah kesihatan lain?

    Kencing malam boleh menjadi petanda kepada masalah emosi atau perubatan tersembunyi lain.

    Kanak-kanak yang mengalami kencing malam atas tilam adalah lebih cenderung untuk mengalami simptom-simptom lain, seperti kencing pada siang hari.

    Anak kencing malam juga adalah isyarat kepada sesetengah keadaan perubatan lain seperti:

    • Jangkitan saluran kencing: Kerengsaan pundi kencing yang berlaku boleh menyebabkan kesakitan atau keradangan semasa ingin membuang air, rasa ingin membuang air kecil yang keterlaluan, dan kerap membuang air kecil. Jangkitan saluran kencing dalam kalangan kanak-kanak boleh menunjukkan masalah lain, seperti ketidaknormalan anatomi.
    • Diabetes: Individu yang menghidap diabetes atau kencing manis mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi. Tubuh akan meningkatkan pengeluaran air kencing untuk cuba mengelakkan gula. Kerap membuang air kecil adalah gejala biasa bagi mereka yang menghidap diabetes.

    kencing malam atas tilam

    • Ketidaknormalan struktur atau anatomi: Ketidaknormalan dalam organ, otot, atau saraf yang terlibat dalam urinasi boleh menyebabkan masalah kencing atau inkontinens yang boleh muncul sebagai kencing malam.
    • Masalah saraf: Ketidaknormalan dalam sistem saraf, atau kecederaan atau penyakit sistem saraf, boleh merosakkan keseimbangan neurologi yang berfungsi mengawal air kencing.
    • Masalah emosi: Kehidupan di rumah yang penuh dengan tekanan, seperti ibu bapa yang berada dalam konflik, kadangkala juga boleh menyebabkan kanak-kanak untuk kencing malam. Perubahan besar, seperti mula bersekolah, mendapat adik baru, atau berpindah ke rumah baru, adalah stres lain yang juga boleh menyebabkan kencing malam. Kanak-kanak yang didera secara fizikal mahupun seksual juga akan mula menunjukkan kencing malam.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan