Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anak Anda Terlihat Anda Dan Pasangan Anda Melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Situasi di mana anak anda terlihat anda dan pasangan sedang melakukan hubungan intim merupakan sesuatu pengalaman yang anda, pasangan anda dan anak anda tidak akan lupakan. Kenapa tidak dikunci pintu bilik tidur? Mungkin kerana naluri keibubapaan kita yang ingin memudahkan anak-anak kita untuk berinteraksi dengan kita. Jangan risau, anda bukanlah satu-satunya orang yang pernah mengalami situasi ini.

Dengan itu, mari kita lihat beberapa cadangan reaksi sesuai apabila anda telah ‘tertangkap’

Patut Buat – Dan Yang Tak Patut Buat – Bila Anak Sudah Terlihat

Bila anak anda terlihat anda dan pasangan anda sedang berasmara, reaksi yang paling kerap berlaku adalah anda akan terkejut – itu biasa. Ambil sedikit masa untuk susun fikiran anda (dan pakaian anda). Pada saat ini, tidak perlu untuk terus mencuba untuk memberi penerangan. Dalam situasi yang memalukan, tindak balas pertama anda mungkin bukan yang terbaik. Menurut Melisa Shelton, seorang psikologis di Sekolah Daerah Tasik Stevens, bila anda sedang gemuruh, mudah untuk anda tercakap benda yang salah atau tidak sesuai. Kemungkinan besar, anak-anak anda terlalu muda dan naif untuk memahami pun situasi yang berlaku dan menganggapnya sebagai sesuatu yang normal. Dengan itu, apabila berdepan dengan anak-anak yang masih kecil, ibu bapa boleh melepaskan diri mereka daripada situasi ini dengan hanya berkata “Ibu dan ayah berpelukan kerana kami sayang satu sama lain.”

Sekiranya anak-anak anda ada soalan, ini 10 jawapan yang anda boleh berikan kepada mereka. Jawapan ini mungkin lucu tetapi dalam minda seorang kanak-kanak, ianya sudah munasabah.

  1. “Whew, panas di dalam bilik ini!” Tidak banyak sebab yang munasabah kenapa anda dan pasangan anda akan bertelanjang di dalam bilik sambil sedikit berpeluh, jadi cuaca yang panas adalah pilihan jawapan yang lebih baik.
  2. “Mana ada tengah buat apa-apa” Kalau anda hebat dalam membuat muka selamba, berlakon sahaja seperti semuanya biasa dan mungkin anak anda akan menganggap ianya perkara biasa.
  3. “Ayah sedang urut mama” Idea ini tidak akan berkesan kalau anak anda tahu bagaimana proses mengurut berlaku tapi kalu mereka masih lagi terlalu kecil, peluang untuk anda lepas dengan ayat ini tinggi.
  4. “Kami sedang berlakon menjadi tugu telanjang” Kanak-kanak gemar bermain dengan memakai pakaian berbeza-beza dan kadang-kadang, tidak berpakaian jadi jika anda katakan ini sebahagian daripada permainan tersebut, ada peluang untuk dipercayai.
  5. “Masa untuk bermanja!” Kanak-kanak suka bermanja jadi ianya satu idea yang baik untuk mengatakan orang dewasa pun mengemarinya.
  6. “Mama dan Papa sedang berlatih yoga” Memandangkan anda bermain dengan pergerakan lentik badan, logik untuk dikatakan anda sedang berlatih yoga.
  7. “Kami sedang bergusti” Apabila anda sudah pun berguling dan menanggalkan pakaian sesama sendiri, contoh yang paling dekat yang boleh dijadikan analogi adalah bergusti.
  8. “Ayah sedang tolong mama untuk keluarkan sesuatu dalam mata.” Ayah mungkin tidak ada berhampiran pun dengan mata mama jadi berharaplah anak anda belum mempunyai pemahaman anatomi yang kukuh.
  9. “Kami sedang mengadakan parti kostum!” Seks tidak semestinya memerlukan anda berbogel, malahan, beberapa jenis pakaian perlu dipakai untuk memastikan keghairahan berlaku.
  10. “Mama dan Papa sedang menikmati masa peribadi bersama” Tentunya inilah alasan yang paling ringkas dan tepat tanpa perlu untuk memperincikan perkara yang sedang atau berlaku.

Pagi keesokannya

Apabila perkara ini telah berlaku, idea yang bijak adalah anda duduk dan memaklumkan kepada anak-anak anda yang bukan salah mereka kerana memasuki bilik tidur anda. Bagi kanak-kanak bawah usia 5 tahun, penjelasan yang sesuai dengan usia adalah bagus. Gunakan fakta, bahasa yang jelas dan jawab sebarang kemusykilan mereka tanpa memberi apa-apa maklumat tambahan atau memberi jawapan yang tidak ditanya.

Pesanan Akhir

JANGAN melabur untuk mangga atau kunci bilik tidur.

JANGAN rasa terlalu bersalah – anak-anak anda mungkin mengesan rasa malu dan bersalah anda dan menganggap seks sebagai sesuatu yang memalukan.

SILA ambil masa anda untuk menyusun pemikiran anda.

JANGAN terus melompat ke penjelasan penuh apabila ‘tertangkap’.

SILA guna bahasa mudah dan sesuai dengan laras usia.

JANGAN memberi penjelasan yang terlalu terperinci dan padat, khususnya jika anak anda bawah usia 5 tahun.

SILA berdiskusi tentang hal ini dengan fakta dan penuh rasa selesa bila anak itu melebihi usia 5 tahun.

JANGAN mengelak topik ini selepas tertangkap atau menunggu anak anda untuk bertanya.

SILA maklumkan kepada anak anda yang mereka tidak melakukan apa-apa yang salah bila mereka tertangkap anda.

Hello Health Group tidak memberi nasihat kesihatan, diagnosis ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

    Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

    Ramai yang mungkin hanya tahu menggunakan alat permainan seks namun tidak mengendahkan manfaat dan mudaratnya terhadap kesihatan. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Namun, kedua-duanya adalah tidak sama. Ini bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Ada yang percaya bahawa penyakit radang pelvik (PID) boleh sembuh dengan sendiri tanpa mendapatkan sebarang rawatan. Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    seks dan teknologi

    Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    vulva bengkak wanita

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat seks

    Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
    hamil selepas haid

    Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/11/2020 . 3 minit bacaan