Setiap 21 Mac, dunia memperingati Hari Sindrom Down Sedunia bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai individu dengan sindrom Down.
Setiap 21 Mac, dunia memperingati Hari Sindrom Down Sedunia bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai individu dengan sindrom Down.

Dalam suasana perayaan seperti Hari Raya atau majlis keluarga, anak-anak dengan sindrom Down mungkin mengalami stimulasi berlebihan, iaitu keadaan di mana mereka menjadi terlalu terangsang oleh persekitaran yang bising dan penuh dengan aktiviti.
Oleh itu, ibu bapa perlu memahami ciri ciri sindrom down dan cara mengenal pasti tanda-tanda ketidakselesaan mereka supaya sambutan tetap menyeronokkan dan mesra kepada anak-anak istimewa ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Maksud sindrom Down merujuk kepada keadaan genetik yang berlaku apabila seseorang mempunyai salinan tambahan kromosom 21.
Ini menyebabkan kelewatan perkembangan dan ciri-ciri fizikal tertentu. Sindrom Down bukanlah penyakit, tetapi satu keadaan yang mempengaruhi pertumbuhan fizikal, kognitif, dan emosi seseorang individu.
Walaupun individu dengan sindrom Down mempunyai cabaran tertentu, mereka masih mampu menjalani kehidupan yang berkualiti dengan bimbingan, sokongan, dan pemahaman yang betul daripada keluarga dan masyarakat.

Terdapat jenis-jenis sindrom Down yang boleh dikenalpasti, iaitu:
Ciri down syndrome ringan termasuklah perkembangan fizikal dan intelektual yang lebih baik berbanding kes yang lebih teruk. Antara ciri down syndrome ringan yang biasa diperhatikan adalah:
Ketika perayaan, kanak-kanak dengan sindrom Down mungkin mengalami stimulasi berlebihan kerana suasana yang bising, orang ramai, serta rutin yang berubah.
Beberapa tanda yang boleh diperhatikan termasuklah:
Anak sindrom Down mungkin kelihatan resah, sukar memberi tumpuan, atau cepat merajuk tanpa sebab yang jelas.
Jika mereka merasa terlalu terangsang, mereka mungkin menutup telinga kerana tidak tahan dengan bunyi bising atau menutup mata kerana cahaya yang terlalu terang.
Mengulang-ulang perbuatan seperti menggoyangkan badan, mengelak kontak mata, atau menggigit jari mungkin tanda bahawa mereka cuba menenangkan diri dalam situasi yang tidak selesa.
Walaupun anak sindrom Down kelihatan gembira pada awalnya, mereka mungkin tiba-tiba menjadi letih dan ingin pulang lebih awal daripada yang dijangkakan.
Jika anak mula menangis, memegang erat ibu bapa, atau enggan bercakap, ini boleh menjadi petanda bahawa mereka merasa tidak selesa dan terlalu terangsang.

Kanak-kanak dengan sindrom Down boleh menikmati suasana perayaan dengan selesa jika ibu bapa dan keluarga memahami ciri ciri sindrom down serta cara mengurus stimulasi berlebihan mereka.
Dengan mengenali tanda-tanda keletihan atau ketidakselesaan awal, ibu bapa dapat membantu anak-anak ini menjalani pengalaman yang lebih menyeronokkan dan bermakna.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Down syndrome. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/down-syndrome/symptoms-causes/syc-20355977. Diakses pada Mac 3, 2025.
Down Syndrome. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17818-down-syndrome. Diakses pada Mac 3, 2025.
About Down Syndrome. https://ndss.org/about. Diakses pada Mac 3, 2025.
Down Syndrome. https://kidshealth.org/en/parents/down-syndrome.html. Diakses pada Mac 3, 2025.
Down Syndrome. https://www.cdc.gov/birth-defects/about/down-syndrome.html. Diakses pada Mac 3, 2025.
Versi Terbaru
10/07/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa