Dilema Emak: Apabila Anak Terlampau Obses dengan Selebriti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anak remaja anda begitu meminati artis atau selebriti kegemaran apabila mereka bertindak menampal poster-poster selebriti di dinding bilik mereka, ataupun mereka sanggup menghabiskan wang pergi ke setiap konsert yang dibuat oleh idola mereka. Ini adalah sebahagian daripada pertumbuhan normal mereka. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, kegilaan ini boleh melepasi tingkah laku standard remaja, malahan menghampiri kepada bahaya. Ia boleh menjadi obsesi. Dalam artikel ini, kami sediakan beberapa tip yang boleh membantu anak remaja anda menangani obses dengan selebriti.

Sindrom obses dengan selebriti – dipanggil “mengagungkan selebriti”

Menurut ahli psikologi, James Houran di Southern Illinois University School of Medicine, sindrom selebriti adalah keadaan psikiatrik, yang dilihat sebagai minat yang tidak sihat pada selebriti. Keadaan ini menjejaskan bukan sahaja remaja, tetapi juga pelbagai usia yang lain. Mengagungkan selebriti dilihat sebagai keghairahan peribadi dan patologikal garis sempadan, kerana ia termasuk simptom seperti mempercayai secara tidak rasional kehidupan selebriti, diikuti dengan kemurungan, kegelisahan, stres dan mempunyai hubungan tegang dengan ibu bapa sendiri. Remaja-remaja ini sukar untuk dicapai dan kelihatan mengasingkan diri.

Bila ibu bapa perlu bertindak?

Semasa perkembangan kanak-kanak, adalah normal untuk mereka berasa minat atau terpesona dengan selebriti. Juga, apabila kanak-kanak percaya yang selebriti itu sedar akan kewujudan mereka, anak-anak ini akan lebih menderita “patologikal garis sempadan” – tahap paling teruk dalam sindrom mengagungkan selebriti. Jika anda lihat yang anak anda mempunyai perasaan seperti mereka berasa dekat atau mempunyai hubungan peribadi dengan seseorang selebriti, atau jika mereka ‘jauh’ dari keluarga, ini masa yang tepat untuk anda bertindak.

Bagaimana untuk membantu anak anda menangani obses dengan selebriti 

Terdapat banyak cara untuk membantu anak anda menangani obsesi mereka. Seandainya anak anda tidak sampai tahap obses dengan selebriti, tetapi mereka menunjukkan beberapa tanda, anda boleh cuba langkah-langkah di bawah bagi mengelakkan obsesi mereka lebih teruk.

  • Pastikan punca yang membuatkan anak anda terpesona kepada selebriti bukan disebabkan oleh kebosanan.
  • Galakkan anak anda untuk cuba aktiviti baru seperti bersenam, menyertai kelab di sekolah, dsb.
  • Galakkan anak anda mempunyai kerja sambilan.
  • Bantu anak anda mengenal pasti kekuatan atau kegemaran mereka.
  • Hadkan masa online anak anda.
  • Wujudkan aktiviti keluarga seperti membeli-belah bersama-sama atau berkelah pada hujung minggu.
  • Berikan anak anda lebih tanggungjawab di rumah untuk mengalih tumpuan mereka daripada kegilaan mereka terhadap selebriti.

Perkara penting yang anda perlu lakukan adalah dengan meluangkan masa bercakap dengan anak anda. Biarkan mereka faham bahawa minat kepada selebriti bukanlah suatu perkara yang tidak baik, tetapi ada banyak lagi perkara lain yang mereka boleh tumpukan dalam kehidupan mereka. Remaja tidak seharusnya meluangkan masa meminati seseorang dan seterusnya menjadi obses.

Cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbuka dan jujur apabila menunjukkan kebimbangan anda terhadap anak remaja anda. Dan, berikan anak remaja anda galakan dan maklum balas positif untuk membantu membina keyakinan diri mereka. Jika anak anda mendapat kemurungan atau kegelisahan, berjumpalah dengan pakar bagi membantunya secepat mungkin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alamak! Pakar Kata, Orang Rendah Lebih Berisiko Untuk Dapat Diabetes! Ini Sebabnya

    Ada yang kata, orang pendek lebih mudah untuk mendapat diabetes berbanding orang tinggi. Mengapa orang rendah boleh mempunyai risiko diabetes yang tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

    Kesedaran menjaga kesihatan makin meningkat dan pelbagai jenis diet diamalkan masyarakat, termasuk diet vegetarian. Tapi, cukupkah nutrisi yang diperolehi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Apa itu kanser prostat adalah sejenis kanser yang banyak terjadi kepada kaum lelaki. Persoalannya, wanita pun boleh terkena? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Prostat, Kanser 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Apakah resepi kebahagian kehidupan suami isteri? Layanan kepada pasangan anda semestinya salah satu daripadanya tetapi elakkan melakukan 14 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penutup telinga untuk tidur

    Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    rambut beruban

    Kecil-kecil Lagi Anak Sudah Tumbuh Uban? Ini Punca Si Kecil Boleh Dapat Uban Pramatang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    haid sedikit

    Setiap Kali Datang Bulan Saja Mesti Darah Keluar Sedikit? Selain Hampir Menopaus, Ini Puncanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan