Minggu demi minggu

Ibu Baru Bersalin, Awasi 5 Tanda Tali Pusat Anak Terkena Jangkitan, Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Penjagaan anak pasti perkara yang paling dititikberatkan oleh kebanyakan ibu bapa. Ini termasuklah tentang menjaga tunggul tali pusat bayi yang baru dilahirkan. 

Jom kenal pasti tanda ia dijangkiti dan cara merawatnya.

Penjagaan tunggul tali pusat bayi

Ketika berada di dalam rahim, tali pusat bayi berfungsi untuk memberikan mereka oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk menyokong proses tumbesaran.

Selepas dilahirkan, doktor atau bidan akan memotong tali pusat tersebut daripada plasenta dan meletakkan penyepit pada tunggul yang tersisa untuk memegangnya.

Selepas beberapa hari, setelah tali pusat itu menjadi kering, anda boleh membuka pengepit tersebut.

Tali pusat biasanya akan kekal berada bersama bayi untuk tempoh selama 5 hingga 15 hari. Sepanjang tempoh itu, tunggul tali pusat bayi akan mengering, mengecut dan bertukar menjadi hitam.

Kadangkala, terutamanya sehari sebelum ia tertanggal, tali pusat tersebut mungkin akan mengeluarkan sedikit cecair dan meninggal kesan pada pakaian si manja.

Elakkan mencabut tunggul tali pusat bayi 

Perkara paling penting yang harus diingatkan dalam penjagaan anak adalah untuk tidak cuba menarik tali pusat tersebut, walaupun ia kelihatan seperti akan mudah untuk dicabut.

Ini kerana, ia boleh menyebabkan tempoh penyembuhan bertambah dan cenderung mengakibatkan wujudnya parut. 

Sebaiknya, biarkan ia tertanggal atau tercabut dengan sendiri apabila tiba masanya. 

Jika tali pusat tertanggal dengan sendiri, anda mungkin akan mendapati berlaku sedikit pendarahan pada tunggul tali pusat si manja. 

Namun, usah bimbang. Apa yang berlaku itu dikatakan sebagai perkara biasa dan akan berhenti dengan segera.

penjagaan anak

Penjagaan anak berkaitan tunggul tali pusat

Seperti yang dinyatakan di atas, tempoh jangkaan untuk tali pusat akan mengering dan tertanggal adalah antara 1 hingga 3 minggu selepas kelahiran.

Namun, sementara menunggu berakhirnya jangka masa itu, terdapat 3 cara penjagaan bayi yang perlu dilakukan seperti:

  1. Pastikan tunggul tali pusat sentiasa kering

Anda boleh membiarkan tunggul tersebut mengering dengan membiarkannya terdedah kepada udara.

Pastikan bahagian depan lampin tidak menutupi tunggul tali pusat bayi anda.

  1. Menggunakan span ketika mandi

Semasa memandikan si manja, anda digalakkan untuk menggunakan span sahaja dan elakkan merendamkan bayi ke dalam tab atau besen yang mengandungi air.

Tujuannya adalah untuk memastikan tunggul tali pusat sentiasa berada dalam keadaan kering.

  1. Menarik atau mencabut

Ada masanya, anda seakan tergoda untuk menarik atau mencabut tunggul tali pusat itu, kan? Apatah lagi apabila melihat ia seakan-akan mudah ditarik.

Namun, perbuatan tersebut hanya akan mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Jadi dalam aspek penjagaan anak ini, anda harus biarkan ia jatuh dengan sendiri, okay?

tunggul tali pusat bayi

Pun begitu, dalam sesetengah kes, berlaku juga keadaan di mana tunggul tali pusat tidak sembuh sepenuhnya dan timbul tisu merah lembap. Selalunya ia turut mengakibatkan terbentuknya benjolan.

Keadaan itu dipanggil ‘granuloma’. Ia tidak berbahaya, namun anda dinasihatkan untuk membawa bayi mendapatkan pemeriksaan doktor.

Tanda tunggul tali pusat bayi dijangkiti

Ibu jangan terkejut jika lihat ada kudis di hujung tali yang dikepit- ini normal. Bahkan, ia mungkin berdarah sedikit, terutama pada sekitar pangkal tunggul ketika ia sudah hampir tertanggal.

Tetapi seharusnya pendarahan ringan yang terjadi dan akan berhenti apabila anda memberikan tekanan yang lembut.

Walaupun pendarahan yang berlaku adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan, namun ada 5 tanda jangkitan perlu diberikan perhatian, termasuklah:

  • Kulit sekitar tunggul tali pusat bayi menjadi merah, bengkak, hangat atau lembut
  • Keluar nanah – cecair kuning kehijauan – daripada kulit sekitarnya
  • Wujud bau busuk yang datang daripada tali pusat
  • Bayi mengalami demam
  • Anak menjadi cerewet, berasa tidak selesa atau sangat mengantuk

Rawatan segera

Segera hubungi pakar pediatrik atau doktor sekiranya anda melihat tanda-tanda jangkitan tali pusat di atas.

Dianggarkan sehingga 15% kes jangkitan tali pusat membawa maut. Maka dalam aspek penjagaan anak dengan jangkitan tali pusat, ia boleh dianggap sebagai kecemasan perubatan.

Bayi pramatang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk daripada jenis jangkitan ini kerana mereka sudah mempunyai sistem imun yang lemah.

Setelah penyebab gejala dikenal pasti, rawatan akan bergantung pada tahap jangkitan.

Untuk jangkitan ringan, doktor biasanya akan mengesyorkan anda untuk menggunakan salap antibiotik beberapa kali sehari pada kulit di sekitar tunggul tali pusat bayi.

Contoh jangkitan ringan adalah jika terdapat pengeluaran nanah dalam jumlah yang kecil, namun keadaan anak anda kelihatan baik dan masih aktif seperti biasa.

tali pusat anak

Pun begitu, kes jangkitan ringan boleh menjadi lebih serius apabila tidak dirawat, jadi penting untuk berjumpa doktor jika mengesyaki berlaku jangkitan tali pusat.

Untuk jangkitan yang lebih serius, bayi anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dan diberi antibiotik intravena untuk melawan jangkitan.

Antibiotik intravena dihantar melalui jarum yang dimasukkan ke dalam vena – saluran darah.

Pemeriksaan doktor

Semasa proses penyembuhan, adalah normal untuk melihat sedikit darah pada sekitar tunggul tali pusat si manja. Usah bimbang, okay?

Tetapi anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor jika tunggul tali pusat mereka masih belum terpisah setelah 3 minggu.

Ini kerana ia mungkin disebabkan berlakunya masalah kesihatan yang mendasari seperti jangkitan atau gangguan sistem imun.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 05/10/2020 | Kali terakhir kemaskini: 02/10/2020

Artikel lain untuk anda

perkembangan bayi pramatang

Mama, Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
darah tali pusat

Ada Ahli Keluarga Yang Mempunyai Penyakit Darah? Bantunya Dengan Simpan Darah Tali Pusat

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
ibu mengandung

Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
perkembangan bayi

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

Ada mengatakan vitamin ibu mengandung penting jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Anak Dah Masuk Usia 6 Minggu? Apa Yang Sudah Boleh Si Comel Buat?

Pastinya aspek penjagaan anak adalah perkara paling penting yang perlu diberikan perhatian. Jom semak perkembangan bayi 6 minggu, setiap ibu bapa kena tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Wanita Ada 2 Rahim? Masih Boleh Hamil TAPI Ini Risiko Perlu Tahu

Biasanya wanita dilahirkan dengan 1 rahim, tetapi ada juga yang mempunyai rahim berganda. Wanita dua rahim ini dipanggil didelphys uterus dan ada risikonya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

AWAS! Baby Lahir Tak Cukup Berat Boleh Beri Kesan Hingga Mereka Besar, Ini Komplikasinya

Tahukah anda, berat bayi lahir rendah boleh berikan kesan kepada mereka ketika besar nanti? Jom ketahui komplikasi tidak cukup berat yang boleh berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/04/2020 . 3 minit bacaan