Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Minggu ke-45

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Perkataan dan bunyi seperti perkataan kini melimpah keluar daripada mulut bayi anda, dan mereka dapat menggunakannya secara bermakna. Otak mereka terus berkembang, begitu juga keupayaan mereka untuk memahami dan bercakap.

Dalam minggu pertama dari bulan yang kesebelas, bayi anda mampu untuk:

  • Mendudukkan diri daripada posisi meniarap;
  • Mengambil objek kecil dengan mana-mana bahagian ibu jari dan jari. Oleh itu, pastikan objek berbahaya jauh daripada jangkauan bayi;
  • Memahami “jangan” tetapi tidak semestinya mematuhi arahan itu.

Sokongan untuk bayi anda

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh meniru bunyi perkataan dan suara. Mereka mungkin dapat mengikuti arahan satu langkah yang mudah seperti “Tolong ambilkan bola” atau “Angkat sudu itu” . Bantu mereka belajar dengan memecahkan arahan banyak langkah kepada arahan mudah diikuti dibantu dengan gaya isyarat.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?

Kebanyakan doktor tidak menjadualkan pemeriksaan yang kerap untuk bayi anda pada bulan ini memandangkan bayi pada usia ini tidak suka dipegang semasa pemeriksaan doktor. Malah bayi dengan keresahan terhadap orang asing (stranger anxiety) mungkin tidak menyukai doktor tersebut tidak kiralah betapa mesra layanan yang diberikan. Tapi hubungilah doktor jika terdapat sebarang kebimbangan yang tidak boleh anda tunggu sehingga temu janji bulan hadapan.

Apakah yang perlu saya tahu?

Bayi anda boleh berjalan sekarang. Anda mungkin mendapati kaki mereka tidak lurus. Lutut mungkin kelihatan seperti akan berlaga. Ini dipanggil sebagai kaki bengkung (bowed leg). Anda tidak perlu terlalu bimbang. Bayi anda akan menjadi lebih aktif dan akan terbiasa berjalan dan berlari. Kaki mereka akan lurus dengan sendiri. Berikut adalah beberapa maklumat yang boleh membantu anda:

Kaki bengkung

Kaki yang berjalan pada pentas peragaan fesyen sekalipun mungkin tidak lurus pada langkah pertama mereka. Hampir semua kanak-kanak berkaki bengkung dalam tempoh dua tahun pertama hidup mereka. Kemudian, setelah mereka menghabiskan lebih banyak masa berjalan, kaki mereka menjadi lutut pengkar luar/knock-kneed (lutut bertemu, tetapi buku lali tidak). Hanya setelah mencapai tahun keremajaan lutut dan pergelangan kaki selaras dan kaki kelihatan berbentuk normal. Kasut khas atau orthotik tidak diperlukan dan tidak akan membuat perbezaan dalam perkembangan normal ini.

Kadangkala, anda mungkin mendapati kelainan sebenar pada kaki kanak-kanak. Mungkin hanya satu kaki adalah kaki bengkung, atau hanya satu lutut pengkar luar atau kaki bengkung kelihatan lebih ketara setelah bayi boleh berjalan. Dalam kes sedemikian, atau jika terdapat sejarah kaki bengkung atau lutut pengkar luar dalam kalangan orang dewasa dalam keluarga, bayi mungkin perlu penilaian lanjut sama ada dengan doktor pediatrik atau oleh seorang ahli Ortopedik pediatrik. Bergantung kepada kes tertentu, rawatan mungkin atau mungkin tidak akan disyorkan. Anda juga perlu mengawasi jika riket, antara sebab utama kaki bengkung, berlaku. Bekalkan bayi dengan susu formula yang diperkuat, susu, dan produk tenusu yang lain dengan vitamin D.

Jatuh

Ini adalah usia yang ramai ibu bapa bimbang bayi mereka akan tercedera. Bibir merekah, mata hitam, lebam, benjol, bengkak, dan jatuh berkali-kali. Adalah lebih baik bayi anda menghadapinya berbanding tidak bergerak langsung untuk menerokai dunianya dan belajar.

Sesetengah bayi belajar menjadi berhati-hati dengan agak cepat. Selepas pertama kali terjatuh, mereka mengurangkan pergerakan untuk beberapa hari dan kemudian meneruskan dengan lebih teliti. Bayi lain (mereka yang mungkin sentiasa mencabar diri , dan merisaukan kedua ibu bapa) mungkin kelihatan tidak pernah belajar untuk berhati-hati, tidak tahu takut, tidak pernah merasa sakit; lima minit selepas jatuh, mereka kembali untuk jatuh lagi.

Belajar berjalan adalah suatu percubaan berkali-kali. Anda tidak boleh, dan tidak harus cuba untuk mengganggu proses pembelajaran bayi. Peranan anda, selain daripada sebagai penonton setia, adalah untuk melakukan segala yang mungkin untuk memastikan bahawa apabila bayi anda jatuh, mereka jatuh dengan selamat. Walaupun terjatuh ke atas permaidani ruang tamu boleh menjengkelkan dirinya, terlanggar bucu bulat sofa boleh mengundang air mata, tetapi berlanggar dengan sudut tajam meja kaca boleh menyebabkan pendarahan. Untuk mengurangkan risiko kecederaan serius, pastikan bahawa rumah anda selamat untuk bayi anda. Walaupun anda telah menghindarkan bahaya yang paling jelas dari laluan anak anda, ingatlah bahawa ciri-ciri keselamatan yang paling penting dalam rumah anda adalah pengawasan orang dewasa terhadap anak anda.

Kecederaan serius boleh berlaku di tempat yang paling selamat di rumah anda. Anda perlu bersedia dengan mengetahui apa yang patut dilakukan jika ia berlaku. Anda boleh menghadiri kursus bantuan pernafasan bayi dan belajar pertolongan kecemasan.

Tindak balas ibu bapa sering mempengaruhi tindak balas bayi terhadap kejadian yang tidak diingini. Jika setiap kejadian mengundang seorang atau lebih orang dewasa yang panik bergegas untuk menyelamatkan mereka, sambil serentak bertanyakan, “Sayang okay? Sayang tak apa-apa? ” dengan ekspresi tergamam dan terkejut, bayi anda mungkin bertindak balas secara keterlaluan sepertimana orang di sekelilingnya dan menangis berlebihan meskipun tidak tercedera dan mungkin akan menjadi terlebih berhati-hati dan kehilangan kehendak meneroka. Sebaliknya, jika tindak balas orang dewasa adalah “Oops, sayang jatuh! Tak apa. Jom bangun balik ” dengan ekspresi tenang maka bayi itu mungkin bangun kembali dengan penuh yakin.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Dalam minggu pertama dari bulan yang kesebelas, anda mungkin mempunyai banyak kerisauan termasuklah bagaimana bayi anda boleh bercerai susu botol. Ikuti cadangan berikut untuk memudahkan penukaran daripada menghisap botol kepada penggunaan cawan:

  • Pilih masa yang sesuai;
  • Mulakan perlahan-lahan;
  • Simpan botol daripada pandangan;
  • Jadikan cawan lebih menarik;
  • Bersiap sedia dengan kecomotan bayi;
  • Jangan terlalu mengharap;
  • Ajar melalui teladan;
  • Berfikiran positif;
  • Bersabar;
  • Tunjukkan lebih kasih sayang.

Bagaimana pula perkembangan bayi anda minggu depan?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 13/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 26/07/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

kerja rumah

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
penghawa dingin

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
sarung tangan

Baby Pakai Mittens Memang Comel, Tapi 5 SEBAB Ini Pasti Buat Anda Berfikir 2x

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan
bayi mandi malam

Bahaya Jika Mandikan Bayi Di Malam Hari, Benarkah Atau Ada Mudarat Yang Kita Tak Tahu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mendapatkan Khidmat Pengasuh Bayi: Apa yang Perlu Anda Pertimbangkan

Majoriti ibu bapa mula tertekan, keliru dan cemas apabila melibatkan soal penjagaan bayi mereka khususnya apabila membabitkan orang luar. Walaupun kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak adalah pilihan terbaik namun ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 04/07/2018 . 3 minit bacaan

Penjagaan Bayi 25 bulan

Perkembangan & PelakuanApa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini? Imaginasi merupakan salah satu perkara yang paling mengujakan bagi kanak-kanak prasekolah – kecuali jika ia dalam bentuk yang menakutkan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Tahun-tahun pertama, 2-3 tahun 16/04/2018 . 3 minit bacaan

Penjagaan Bayi 24 bulan

Anak anda kini berumur 2 tahun. Sudah banyak pencapaian perkembangan (milestone) yang anak anda telah capai. Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Tahun-tahun pertama, Kehamilan 16/04/2018 . 3 minit bacaan

Penjagaan Bayi 23 Bulan

Perkembangan & PelakuanApa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini? Anak anda mungkin sudah belajar sebanyak 10 perkataan baru sehari. Berikut adalah beberapa kemahiran bahasa yang anda boleh jangkakan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama, 1-2 tahun 16/04/2018 . 3 minit bacaan