Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Minggu ke-39

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Pada 39 minggu, bayi anda mampu untuk:

  • Bermain tepuk tangan atau melambai selamat tingal;
  • Membebel dan berbunyi sedikit seperti perkataan, frasa dan ayat sebenar;
  • Berjalan sambil berpegang pada perabot;
  • Memahami “jangan” tetapi tidak semestinya mematuhi perintah itu.

Sokongan untuk bayi anda

Bayi anda masih lebih memahami nada suara anda berbanding perkataan sebenar anda. Mereka boleh memahami apabila anda gembira, jadi anda boleh menyebut puji-pujian tertentu seperti “Bagusnya sayang ambil mainan itu”. Lebih banyak anda bercakap dengan bayi anda, lebih banyak mereka belajar tentang komunikasi.

Bayi anda sudah mula memahami perkataan “jangan”, walaupun mereka mungkin tidak mematuhi arahan itu. Sebagai contoh, anda boleh menjangkakan mereka cuba untuk menyentuh sesuatu walaupun selepas anda berkata jangan. Adalah lebih baik untuk menggunakan perkataan “jangan” dengan terhad, dan apabila anda menggunakannya, pindahkan mereka daripada tempat larangan tersebut dan perkenalkan mereka kepada aktiviti baru.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincang dengan doktor?

Pemeriksaan fizikal, bilangan dan jenis teknik penilaian yang digunakan dan prosedur yang dilakukan juga akan berbeza mengikut keperluan individu bayi. Tetapi, secara umum, anda boleh menjangkakan perkara berikut pada rutin pemeriksaan:

  • Imunisasi, jika tidak diberi sebelum ini. Pastikan untuk membincangkan tindak balas terdahulu, jika ada, terlebih dahulu.
  • Doktro mungkin melaksanakan ujian hemoglobin atau hematokrit untuk memeriksa anemia (biasanya dengan tusukan di jari)

Apa yang perlu saya tahu?

Strep tekak

Bayi jarang mendapat jangkitan strep. Tetapi jika anda atau orang terdekat yang lain seperti adik-beradik si bayi mengalaminya, anda perlu mengawasi sebarang simptom.

Kenal pasti jika berlaku tonsil bengkak, merah terang dengan tompok putih. Simptom lain termasuklah sakit tekak yang berlarutan lebih daripada beberapa hari, suhu lebih 38 darjah Celsius, menggigil, dan bengkak atau sakit kelenjar limfa di rahang bayi anda.

Hubungi doktor bayi anda jika anda menemui sebarang simptom yang dinyatakan atau jika bayi anda mempunyai masalah untuk menelan dan bernafas. Jika ujian bayi anda adalah positif untuk strep, doktor akan merawat dengan antibiotik. Pastikan anda memberikan bayi anda dos antibiotik sehingga habis, walaupun mereka seperti telah baik sebelum semua ubat habis diambil. Berbuat demikian boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.

Kaki leper (Flat feet)

Pada bayi, kaki leper adalah perkara biasa kerana beberapa sebab: pertama sekali, kerana bayi kecil tidak banyak berjalan, otot-otot di kaki mereka tidak bersenam secukupnya untuk perkembangan lengkungan pada tapak kaki. Kedua, pad lemak mengisi lengkungan, sehingga sukar untuk membezakan, terutamanya pada bayi montel. Dan apabila bayi mula berjalan, mereka berdiri dengan kaki terbuka luas untuk mencapai keseimbangan, meletakkan lebih berat pada lengkungan dan menyebabkan tapak kaki kelihatan mendatar.

Dalam kebanyakan kanak-kanak, rupa tapak kaki kelihatan rata akan berkurangan, dan pada masa pertumbuhan penuh dicapai, lengkungan tapak kaki akan terbentuk. Malah, hanya peratusan kecil hidup dengan kaki yang masih leper.

Berjalan terlalu awal

Seperti berdiri terlalu awal, berjalan terlalu awal tidak akan menyebabkan bayi anda terlalu menjadi kaki bengkung atau sebarang masalah fizikal. Malah, kedua-dua aktiviti ini adalah bermanfaat kerana mereka bersenam dan mengukuhkan sebahagian daripada otot yang digunakan untuk berjalan. Jika mereka berkaki ayam, ini akan membantu mengukuhkan kaki mereka juga. Tetapi bayi yang masih belum mahu berjalan pada peringkat ini, tidak boleh dipaksakan lagi.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Antara kerisauan yang mungkin anda hadapi dalam minggu ketiga bulan kesembilan:

Ketakutan kepada orang yang tidak dikenali

Bayi anda akan menunjukkan kecenderungan yang jelas untuk ibu dan bapa mereka selepas beberapa bulan pertama, bayi di bawah enam bulan secara amnya akan bertindak balas secara positif kepada hampir mana-mana orang dewasa. Sama ada mereka  sudah biasa dengan orang dewasa atau orang yang tidak dikenali, mereka menganggap semuanya sebagai kategori orang yang mampu menjaga keperluan mereka. Selalunya, bayi menghampiri lapan atau sembilan bulan, mula menyedari pihak mana yang lebih berkepentingan, bahawa ibu dan bapa adalah penjaga utama mereka dan bahawa mereka harus tetap bergantung kepada mereka dan menjauhkan diri dari sesiapa sahaja yang mungkin cuba untuk memisahkan mereka daripada ibu bapa mereka. Pada masa ini, datuk dan nenek tercinta juga mungkin tiba-tiba ditolak oleh bayi.

Sifat berhati-hati orang yang tidak dikenali boleh hilang dengan cepat atau tidak memuncak sehingga lepas setahun. Kira-kira dua dalam sepuluh bayi tidak pernah menghadapinya atau melaluinya dengan begitu cepat hingga tiada siapa menyedarinya. Jika bayi anda menunjukkan kebimbangan terhadap orang yang tidak dikenali, jangan memberi tekanan kepada mereka untuk menjadi pandai bergaul. Mereka akan berubah akhirnya, dan adalah lebih baik membiarkannya berlaku sendiri Dalam pada itu, anda perlu menjelaskan kepada rakan-rakan dan keluarga yang mereka sedang melalui peringkat tersebut dan sebarang kemesraan mungkin menakutkan mereka. Cadangkan kepada mereka untk tidak cuba untuk memeluk atau menmegang bayi anda dengan serta-merta, sebaliknya mula secara perlahan-lahan, dengan senyum kepada mereka, bercakap dengan mereka, tawarkan mereka mainan, sebelum mereka duduk di pangkuan.

Jika bayi anda benar-benar tidak dpt ditenangkan apabila ditinggalkan dengan penjaga, maka ia adalah masa untuk menilai semula situasi pengurusan anak anda. Mungkin pengasuhnya tidak memberikan bayi anda perhatian dan kasih sayang yang mereka perlukan. Atau ia hanyalah masalah kebimbangan melampau terhadap orang yang tidak dikenali. Sesetengah bayi, terutama mereka yang diberikan susu ibu, boleh menangis berjam-jam apabila ibu tiada, walaupun ayah atau nenek yang menjaga. Dalam kes sedemikian, anda mungkin perlu untuk menghadkan masa dari anak anda, jika boleh, sehingga fasa ini berlalu. Jika tidak mungkin, jadikan diri anda sebagai tersedia untuk mereka apabila anda berada di sekeliling.

Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu 40?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 13/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 26/07/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

hilang ingatan

Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
alergi nasi

Tak Boleh Makan Nasi? Percaya Atau Tidak, 10% Orang Asia Sebenarnya Alergi Terhadap Nasi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
rawat luka

Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
gatal tapak tangan

Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Nak jadi sihat tidak semestinya perlu makan makanan yang tidak sedap. Ini senarai makanan sihat yang boleh anda guna sebagai resepi sihat di rumah anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 01/10/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

Tahukah anda, bahawa diabetes yang dialami boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah ejakulasi lelaki iaitu ejakulasi retrogred?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pusat Kesihatan, Diabetes 01/10/2020 . 3 minit bacaan

Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

Pernahkah anda mendengar tentang penyakit anjing gila? Jika anda menjumpai haiwan dengan mulut berbuih, jaga-jaga itu tanda penyakit rabies!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 30/09/2020 . 3 minit bacaan