Minggu demi minggu

Bayi Mandi Malam, Tidak Memudaratkan Sebaliknya Bermanfaat? Nak Tahu, Jom Baca Lagi!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Mitos turun-temurun yang acapkali kita dengari ialah bahayanya bayi mandi malam.

Pelbagai mitos yang dikaitkan dengan aktiviti ini, seperti tubuh bayi masuk angin, paru-paru berair dan sebagainya. Namun sejauh manakah kebenaran pesanan turun-temurun ini?

Artikel ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut sama ada ia mitos atau tidak, dan juga menyenaraikan manfaat memandikan bayi anda. Jom baca!

Bolehkah bayi mandi malam?

Para ibu bapa dan penjaga, jawapannya ya. Bahaya bayi mandi malam yang selalu diuar-uarkan adalah mitos sahaja.

Sebenarnya, tidak ada waktu yang tetap untuk anda memandikan bayi anda. Asalkan anda mempunyai masa yang terluang, tidak sibuk dan tidak terganggu, anda boleh luangkan masa memandikan si manja.

Namun begitu, cuba untuk elakkan daripada memberi mandi ketika bayi anda baru selesai menyusu atau ketika lapar.

Jika anda berniat untuk memandikan bayi pada waktu malam, mandikanlah dengan air suam dan janganlah berendam untuk jangka masa yang lama.

Ini kerana bayi mudah berasa sejuk jika dibandingkan dengan orang dewasa.

Ibu, berhati-hati untuk jangka masa ini!

Walaupun tiada pantang- larang untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, namun seeloknya bagi bayi yang baru lahir sehingga 3 bulan, ia tidak digalakkan untuk mandi malam.

Hal ini kerana bayi yang baru lahir dalam lingkungan umur tersebut mudah sensitif kepada perubahan suhu.

Jikalau terpaksa untuk beri bayi mandi malam, maka gunalah air suam, jangan ambil masa yang lama dan keringkanlah bayi dengan cepat.

Berapa kerapkah bayi saya harus mandi?

Berbeza dengan budak-budak yang lebih dewasa, bayi tidak mudah terdedah kepada kotoran.

Anggota badan yang patut dibersihkan selalu ialah kawasan mulut, leher dan bahagian lampin sahaja.

Anda boleh membersihkan si manja dengan tisu basah khas untuk bayi ataupun tuala dibasahi dengan air suam dan sabun yang sesuai untuk kulit bayi.

Selain itu, bayi anda tidak perlu untuk mandi pada setiap hari!

Memandikan bayi anda sebanyak tiga kali seminggu pun sudah memadai. Mandian yang kerap mampu menyebabkan kulit bayi anda mudah kering.

Manfaat bayi mandi malam anda harus tahu

bayi mandi malam

Menenangkan bayi anda

Kebanyakan ibu bapa di negara Barat gemar untuk memandikan anak sebelum tidur.

Ia merupakan salah satu rutin harian kerana berendam dalam air suam mampu menenangkan bayi dan menyenangkan ibu bapa untuk menidurkan bayi mereka selepas mandi malam.

Di samping itu, bayi yang berendam dalam air suam sebelum tidur mampu tidur lebih nyenyak dan lebih panjang masanya kerana badan mereka berasa selesa.

Mencipta rutin harian bayi

Jika anda sering memandikan bayi anda sebelum tidur, secara tidak langsung anda telah menciptakan satu rutin harian khas untuk si manja.

Ini bermaksud selepas beberapa kali mandian malam telah dijalankan, bayi anda akan mula faham bahawa ia adalah rutin di mana selepas mandian malam, dia akan langsung masuk tidur.

Rutin harian yang sama adalah penting untuk memastikan bayi anda berasa selesa.

bayi mandi malam

Mewujudkan ikatan mesra bersama ibu bapa

Selain itu, memandikan bayi anda pada waktu malam juga mampu untuk mewujudkan ikatan mesra bersama anda.

Seandainya anda sibuk bekerja pada siang hari, usah risau jika anda tidak meluangkan banyak masa bersama si manja.

Selepas pulang dari kerja, anda juga boleh memandikan bayi anda selepas menyelesaikan segala urusan. Mandian boleh menjadi satu masa yang istimewa dan selesa antara anda dan bayi.

Memandikan bayi anda merupakan satu aktiviti di mana anda boleh mengajarnya kepentingan sentuhan dan keselesaan sentuhan kulit.

Ketika mandian, anda akan kerap bersemuka dan bertukar pandangan mata dengan bayi anda. Ini ialah satu interaksi yang positif yang mampu mengintimkan hubungan anda dan bayi.

Bayi mandi malam, boleh saja!

Secara konklusinya, ingatlah bahawa bayi mandi malam boleh memudaratkan itu hanyalah mitos sahaja.

Anda tidak perlu terburu-buru untuk mandikan bayi anda selepas pulang dari kerja. Ambillah masa untuk anda menyelesaikan diri anda sendiri dahulu sebelum meluangkan masa yang berkualiti dengan bayi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 19/08/2020 | Kali terakhir kemaskini: 19/08/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

kerja rumah

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
penghawa dingin

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
bau bayi wangi

Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
sarung tangan

Baby Pakai Mittens Memang Comel, Tapi 5 SEBAB Ini Pasti Buat Anda Berfikir 2x

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

Anda pernah tak terlihat akan rambut halus pada tubuh bayi baru lahir? Itulah rambut lanugo. Bahaya ke rambut ni? Ini penerangannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 07/07/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Ibu Asyik Lena Saja, Ada 5 Situasi Mak Ayah Perlu Kejut Bayi Jika Tidur Lama

Dari pagi sampai petang, bayi sering tidur normalkah? Wujudkah masalah jika si manja tidur terlalu banyak dan apakah waktu tidur bayi yang sesuai?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Sekitar 30 Juta Bayi Pramatang dan Sakit Memerlukan Rawatan Setiap Tahun

Kira-kira 30 juta bayi dilahirkan terlalu awal, kecil atau dalam keadaan sakit setiap tahun dan memerlukan penjagaan khusus untuk hidup, menurut laporan oleh satu pakatan global termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Berita, Berita Antarabangsa 14/12/2018 . 2 minit bacaan

Berpantang Selepas Bersalin: Karut atau Patut?

Budaya berpantang selepas bersalin merupakan tradisi turun temurun yang kebiasaannya diamalkan wanita di Asia, Afrika, Timur Tengah dan sebahagian Eropah dan biasanya melibatkan waktu rehat untuk si ibu selama 30 ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Kehamilan, Kelahiran Bayi 27/09/2018 . 2 minit bacaan