home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Menangani Anak Remaja Hamil

Bagaimana Menangani Anak Remaja Hamil

Kehamilan semestinya memberikan pengalaman yang berbeza dalam hidup seseorang wanita. Ia menjadi lebih sukar jika bakal ibu adalah seorang remaja perempuan. Jika anak remaja perempuan anda melalui kesukaran ini, dia memerlukan kasih sayang dan sokongan yang padu daripada kedua ibu bapanya.

Sentiasa ada bersamanya

Kehamilan di waktu remaja adalah satu mimpi ngeri bukan hanya untuk si gadis dan keluarganya sahaja tetapi juga kepada si lelaki yang bertanggungjawab akan kehamilan tersebut serta keluarga lelaki. Selain kemarahan dan rasa bersalah, anak anda akan merasai tekanan dan kegelisahan. Amat penting untuk anda bercakap dengannya dan membantunya memahami akan keadaan yang dipilihnya itu.

Apakah yang boleh dilakukan terhadap kandungan tersebut?

Membesarkan anak tersebut. Ramai ibu remaja yang membesarkan bayi mereka sendiri. Sementara sesetengah mereka mengahwini bapa kepada anak itu, sesetengah yang lain pula memilih untuk menjadi ibu tunggal. Walaupun anda dan ahli keluarga yang lain boleh membantu anak anda, perkara ini tidaklah mudah untuk anak anda menghabiskan persekolahannya, mendapat kerja yang baik sambil menjaga anak. Jadi, jika anda memilih untuk membesarkan anaknya sendiri, dia perlu tahu perkara mendatang yang akan ditempoh.

Meletakkan anak dalam jagaan keluarga angkat. Memberi bayi tersebut kepada keluarga angkat juga merupakan satu pilihan. Jika anak anda mahu melaksanakannya, pastikan dia tahu bagaimana proses tersebut berlaku dan apakah kesan emosi yang akan dilaluinya kelak.

Gugurkan kandungan tersebut. Jika anak anda tidak mahu menyimpan kandungan tersebut, anda boleh membawanya ke hospital untuk berbincang tentang proses pengguguran. Biarkan dia bercakap dengan doktor tentang semua risiko kesihatan dan akibat pada emosinya di kemudian hari.

Bagaimanakah jika anak anda mahu menjaga bayinya?

Kehamilan di usia remaja memberi lebih banyak risiko berbanding kehamilan pada wanita yang lebih matang. Bayi dari ibu remaja ini lebih cenderung untuk dilahirkan pramatang dan kurang berat badan. Jika anak anda memutuskan untuk menjaga anaknya, ini adalah antara perkara yang boleh anda bantu:

  • Pemeriksaan berkala pranatal. Penjagaan pranatal membantu memantau kesihatan anak anda dan bayinya
  • Dapatkan ujian jangkitan yang dipindahkan melalui hubungan seksual dan dapatkan rawatan jika perlu
  • Dapatkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi tinggi untuk anak anda
  • Galakkan anak anda untuk aktif
  • Memaklumkan kepadanya akan kesan negatif alkohol dan dadah kepada kandungannya. Sebarang ubatan yang diambil semasa hamil (walaupun ubat yang mudah didapati di kaunter farmasi) perlu mendapat keizinan doktor
  • Daftarkan anak anda di kelas melahirkan anak. Kelas-kelas ini sangat membantu untuk ibu yang tiada pengalaman dalam melahirkan anak. Anak anda mungkin berpeluang menyediakan dirinya untuk proses kehamilan, kelahiran dan penyusuan anak kelak

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Teenage pregnancy: Helping your teen cope. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/tween-and-teen-health/in-depth/teen-pregnancy/art-20048124 Accessed April 6, 2017.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 21/08/2018
x