Pernahkah anda sedang berdiri tegak dan secara tiba-tiba sahaja berasa seperti sedang bergerak atau berpusing? Jaga-jaga, ia mungkin petanda anda mengalami kondisi yang bernama vertigo.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernahkah anda sedang berdiri tegak dan secara tiba-tiba sahaja berasa seperti sedang bergerak atau berpusing? Jaga-jaga, ia mungkin petanda anda mengalami kondisi yang bernama vertigo.
Untuk pengetahuan anda, kondisi ini akan menyebabkan ketidakselesaan yang agak teruk dan boleh berlaku kepada setiap golongan individu, termasuklah kanak-kanak.
Ia sebenarnya bukanlah petanda masalah kesihatan yang serius. Pun begitu, ia mungkin juga akan mendatangkan bahaya terutamanya jika ia berlaku kepada si manja anda. Oleh itu, jom kita sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai kondisi yang dinamakan sebagai vertigo!
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, kita seharusnya mengetahui dan memahami sistem keseimbangan tubuh badan dengan lebih mendalam terlebih dahulu.
Buat anda yang belum tahu, keseimbangan tubuh badan sangat berkait rapat dengan telinga. Ya, walaupun kedengaran agak pelik, ia adalah satu fakta.
Bahagian dalam telinga memainkan peranan yang penting dalam memastikan tubuh badan kekal seimbang. Ini kerana bahagian ini akan mengesan posisi dan pergerakan kepala dan tubuh badan agar ia selari.
Dalam pada itu, bahagian dalam telinga ini juga akan bekerjasama dengan bahagian tubuh badan yang lain seperti mata. Tubuh badan akan bergantung kepada bahagian ini untuk mendapatkan isyarat keseimbangan. Isyarat ini seterusnya akan dihantar kepada otak melalui bahagian dalam telinga, mata dan bahagian tubuh badan yang lain untuk memastikan tubuh badan sentiasa seimbang.
Namun, kadangkala kita akan berasa tidak seimbang secara tiba-tiba sahaja walaupun sedang berdiri tegak. Jaga-jaga semua, ia mungkin berlaku akibat kondisi vertigo!
Seperti yang diperkatakan tadi, kondisi ini adalah berkaitan dengan keseimbangan tubuh badan. Sekiranya ia berlaku kepada individu, mereka akan berasa persekitaran atau diri sendiri sedang berputar sedangkan diri sendiri hanya berdiri tegak sahaja.
Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa kondisi ini bukan akan menyebabkan pening seperti yang dialami oleh orang yang ada migrain. Ia tidak akan mengakibatkan simptom seperti kepala menjadi sakit, berat, gelap dan kemudian pengsan atau pitam.
Sebaliknya, kondisi ini akan mengakibatkan beberapa simptom yang lain seperti loya, muntah, sakit kepala serta rasa tidak stabil, Apa yang lebih membimbangkan, individu yang terkena kondisi ini juga akan berasa kepala seperti digerakkan atau dipusingkan sekali gus menjadi tidak stabil ketika sedang berjalan atau berlari.
Ibu bapa, anda juga harus berjaga-jaga kerana kondisi ini boleh berlaku kepada kanak-kanak!
Penyebab utama vertigo kepada individu terutamanya kanak-kanak sebenarnya masih tidak dapat dijelaskan sepenuhnya. Namun, jika kanak-kanak itu mempunyai masalah dalaman telinga, bahagian otak mungkin akan menerima isyarat yang salah. Ini mungkin akan jadi penyebab kondisi ini berlaku.
Khas buat individu yang bergelar ibu bapa, ini merupakan beberapa punca utama yang mengakibatkan masalah bahagian dalam telinga terhadap kanak-kanak:
Pakar kanak-kanak akan bertanya mengenai kesihatan secara umum anak anda dan memeriksa jika terdapat sebarang simptom. Ini merupakan satu-satunya teknik untuk mendiagnosis vertigo. Caranya, anak anda akan diperiksa pada bahagian kepala dan telinga untuk mengesan sebarang kewujudan kemungkinan kondisi ini berlaku kepada si manja anda.
Pun begitu, tidak terdapat sebarang ujian khas untuk mengesan kondisi. Dalam beberapa kes, doktor akan menggunakan teknik imbasan CT atau MRI untuk memastikan tidak terdapat masalah lain pada bahagian otak.
Vertigo akan sembuh dengan sendiri tanpa melakukan rawatan. Jika bahagian dalam telinga yang menyebabkan kondisi ini, pakar kanak-kanak mungkin akan memberi preskripsi ubatan. Mereka juga akan membantu merawat sistem keseimbangan mereka. Berikut merupakan antara ubatan yang akan digunakan:
Dalam pada itu, kanak-kanak seharusnya mengelakkan aktiviti yang memerlukan keseimbangan dan koordinasi seperti meluncur papan selaju, berbasikal atau bermain sepatu roda sehinggalah masalah vertigo sembuh.
Bawa anak anda berjumpa pakar kanak-kanak dengan segera sekiranya si manja anda mempunyai tanda-tanda ini pada diri mereka selepas mengalami vertigo:
Kesimpulannya, vertigo adalah satu kondisi yang akan mengakibatkan individu kehilangan keseimbangan secara tiba-tiba sahaja walaupun sedang berdiri tegak. Menurut pakar, ia akan hilang secara sendirinya.
Pun begitu, jika ia berlaku secara berulang, serius atau disertai dengan beberapa masalah lain, anda perlu membawa si manja anda berjumpa doktor untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk berlaku.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen