backup og meta

Nak Anak Bijak? 5 Perkara Ini Boleh Rangsang Perkembangan Mereka

Nak Anak Bijak? 5 Perkara Ini Boleh Rangsang Perkembangan Mereka

Tahun-tahun awal kehidupan si kecil sangat penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan anak normal. 

Ketika berusia 1 hingga 5 tahun atau digelar kategori kanak-kanak, anak akan mengalami perubahan mendadak dalam aspek perkembangan berikut:

  • Fizikal – melibatkan motor kasar dan halus
  • Kognitif
  • Emosi dan sosial
  • Bahasa 

Umumnya, fasa perkembangan kanak-kanak 6 tahun ke bawah adalah berbeza mengikut rentak dan tempoh tersendiri. 

Namun, amat penting untuk ibu bapa mengetahui bila masa sesuai untuk berunding dengan doktor mengenai masalah lewat perkembangan yang mungkin dialami anak

Ini kerana pertumbuhan dan perkembangan adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan anak secara keseluruhan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Pertumbuhan dan perkembangan anak normal

Tidak sabar untuk melihat kemampuan si kecil, bukan?

Berikut antara perkembangan yang boleh dijangkakan:

Perkembangan kognitif

Setelah dapat mengenali individu dan objek yang biasa dilihat, pada usia antara 1 hingga 2 tahun, si kecil akan dapat mengimbas atau mengingati semula peristiwa yang baru dialaminya.

Selain itu, di usia ini anak akan meniru individu lain dan lebih banyak berimaginasi. Ini terutamanya ketika sedang bermain.

Manakala perkembangan kanak-kanak 2 tahun hingga 5 tahun, apabila anak belajar mengenal huruf, nombor, simbol serta warna, keupayaannya untuk berfikir dan memahami akan semakin meningkat.

Pertumbuhan dan perkembangan anak: Aspek fizikal

Seorang kanak-kanak pada usia 1 hingga 2 tahun cenderung untuk menambah berat badan sekitar 0.5 – 1.5 kg dan tinggi antara 8 – 13 cm.

Walau bagaimanapun pertumbuhan dan perkembangan anak cenderung menjadi agak perlahan, terutamanya antara usia 2 hingga 5 tahun.

Dalam tempoh ini, si kecil akan bertambah kuat dan mampu mengimbangi badan dengan lebih baik.

  • Perkembangan motor halus merangkumi kemahiran yang melibatkan penggunaan otot yang lebih kecil, seperti jari dan tangan
  • Perkembangan motor kasar merujuk kepada kemahiran yang memerlukan penggunaan otot besar kanak-kanak, seperti kaki dan tangannya

Perkembangan kanak-kanak 2 tahun bahasa

permainan kanak kanak
Permainan kad padanan memori kanak-kanak.

Kemahiran berbahasa adalah antara aspek penting dalam perkembangan seorang kanak-kanak

Dari usia 1 hingga 3 tahun, seorang kanak-kanak biasanya mempunyai kemampuan menghubungkan gambar dan objek dengan perkataan untuk bercakap dalam ayat lengkap.

Bukan itu sahaja, si kecil pada usia ini juga sudah boleh berkongsi pemikiran dan idea yang lebih kompleks.

Pertumbuhan dan perkembangan anak: Kemahiran sosial

Perkembangan sosial ini akan melibatkan kemampuan anak kecil anda untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan norma-norma masyarakat.

Ini merangkumi tingkah laku seperti menunjukkan keperluan, keinginan, meminta pertolongan dan berinteraksi dengan betul serta bermain dengan rakan sebaya.

Di samping itu anak juga akan lebih mempunyai kemahuan untuk berdikari dan rasa diri (a sense of self) yang merujuk kepada personaliti diri mereka. 

Kanak-kanak mula memahami perbezaan antara betul dan salah pada usia ini.

Selalunya, apabila seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 1-5 tahun melakukan sesuatu yang salah, mereka akan mula berasa bersalah mengenainya.

Kesabaran ibu bapa juga sering diuji pada tempoh pertumbuhan dan perkembangan anak normal ini.

Bagaimana cara merangsang perkembangan kanak-kanak 6 tahun ke bawah?

Sebagai ibu bapa, pastinya anda terfikir bagaimana cara untuk mendorong perkembangan anak pada tempoh ini, betul tak?

Pada usia yang masih muda ini, banyak aspek kehidupan anak akan memberikan kesan kepada perkembangan mereka tidak kira positif ataupun negatif.

Berikut antara faktor utama yang dapat mempengaruhi semua aspek pertumbuhan dan perkembangan anak: 

1. Pemakanan

Kanak-kanak memerlukan 3 hidangan makanan bersama 1 atau 2 snek yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak daripada pelbagai sumber makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan bijirin.

pertumbuhan dan perkembangan anak
Makanan yang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak.

2. Persekitaran selamat

Untuk menjamin kesejahteraan anak merangkumi aspek perkembangan dan kesihatan emosi serta sosial, mereka seharusnya membesar dalam komuniti dan rumah yang selamat.

3. Bermain dan berinteraksi boleh membantu perkembangan kanak-kanak 2 tahun

Adalah penting untuk ibu bapa/penjaga berinteraksi serta bermain dengan anak dengan kasih sayang dan keprihatinan.

Dengan cara ini dapat membantu si kecil untuk belajar dan berkembang dengan baik.

Pertumbuhan dan perkembangan anak #4. Keperluan tidur 

Si kecil yang tidak cukup tidur cenderung untuk cepat meragam, tantrum dan merengek.

Malah, keadaan ini juga boleh menjejaskan perkembangan otak serta tumbesaran mereka.

Tempoh tidur kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: 11 hingga 14 jam, manakala yang berusia 3 hingga 5 tahun: 10 hingga 13 jam – termasuk tidur siang.

5. Ubat-ubatan boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak 6 tahun ke bawah

Pertumbuhan dan perkembangan anak normal boleh terhalang disebabkan oleh masalah perubatan, termasuklah penyakit kronik atau keadaan serius lain yang melambatkan tumbesaran fizikal mereka.

Parents juga harus memahami bahawa bayi pramatang akan melalui proses perkembangan yang berbeza berbanding dengan anak lahir cukup bulan.

Pemantauan

Seperti dinyatakan pada awal tadi, tidak semua anak akan mencapai tahap perkembangan pada kadar yang sama. 

Tetapi ada pencapaian perkembangan tertentu yang dijangkakan doktor untuk dilihat dalam jangka masa tertentu.

Bantuan seperti terapi pertuturan, fizikal atau pekerjaan mungkin disyorkan jika si kecil tidak mencapai tahap perkembangan dalam tempoh masa saranan. 

Untuk mengukur pertumbuhan dan perkembangan anak, pakar pediatrik akan mengemukakan soalan mengenai bagaimana keadaan anak.

Ia merangkumi cara mereka bermain, bergerak, berinteraksi dengan individu lain, bercakap, menjawab soalan atau arahan untuk menganalisis perkembangan kanak-kanak 5 tahun ke bawah.

Anda juga akan ditanyakan soalan mengenai tingkah laku bebas anak seperti ketika menyuap makanan atau memakai pakaian sendiri.

anak bantut
Faktor yang boleh menyebabkan anak bantut.

Jumpa doktor

Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai perkembangan si kecil, sentiasa ingat bahawa setiap anak adalah unik dan tersendiri.

Tetapi pastikan anda tidak mengabaikan tanda-tanda amaran. 

Jika terdapat sebarang keraguan tentang perkembangan kanak-kanak 6 tahun ke bawah, dapatkan pandangan daripada pakar pediatrik.
Semakin awal kelewatan dan ketidakupayaan ini dikenal pasti, semakin cepat anak dapat disokong dengan perkhidmatan intervensi awal.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Physical Development. https://www.virtuallabschool.org/infant-toddler/physical-development/lesson-2. Accessed 15 June 2022. 
  2. Positive parenting. https://www.cdc.gov/ncbddd/childdevelopment/positiveparenting/toddlers.html. Accessed 15 June 2022.  
  3. Toddler development. https://medlineplus.gov/toddlerdevelopment.html. Accessed 15 June 2022.  
  4. Ages stages. https://www.choc.org/primary-care/ages-stages/Accessed 15 June 2022. 
  5. Toddler 2-4 years. https://www.northshore.org/pediatrics/ages-and-milestones/toddler–2—4-years/ Accessed 15 June 2022. 

Versi Terbaru

18/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Fahami Proses Tumbesaran & Tanda Si kecil Mungkin Alami Lewat Perkembangan, Ibu Ayah WAJIB Ambil Peduli!

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap? Ini Cara Atasi Anak Speech Delay


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan