“Asyik Menyusukan Baby Je”, Tahu Tak Anda Sebenarnya Sudah Menguris Perasaan Ibu Itu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bayinya merengek-rengek menangis kelaparan, dan Puan Siti terpaksa mencari lokasi atau bilik tertutup yang sesuai untuk menyusukan bayinya agar tidak lagi merengek-rengek.

Berdasarkan situasi di atas, siapa kata bahawa penyusuan bayi adalah sesuatu yang mudah. Kami percaya bahawa ramai ibu yang mempunyai kesukaran untuk menyusukan bayi di tempat-tempat umum sama ada disebabkan oleh ketidaksesuaian lokasi atau faktor-faktor lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran lain yang perlu dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi yang mungkin jauh lebih sukar, iaitu kata-kata individu. Berikut merupakan antara kata-kata yang tidak patut dikatakan kepada ibu yang menyusukan bayi mereka.

“Bukan ke bayi baru menyusu ke?”

Rakan-rakan atau ahli keluarga yang datang menziarahi ibu dan bayi mungkin akan bertanyakan soalan seperti ini sekiranya mereka melihat ibu tersebut menyusukan bayi dengan kerap. Mungkin bayi baru sahaja disusukan, tetapi kita perlu memahami bahawa bayi mahukan susu tanpa mengira masa, jika tidak, bayi akan sentiasa merengek kelaparan.

“Tak risau ke kalau payudara jadi gelebeh?”

Komen atau pertanyaan seperti ini amatlah memalukan untuk ditanya sekiranya anda bertandang menziarahi ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mengapa? Ia adalah tidak sopan untuk mempersoalkan saiz atau rupa bentuk fizikal individu lain.

“Susukan anak kat rumah je. Bukan dekat luar”

Bagaimana mungkin untuk seseorang ibu hanya boleh menyusukan anak di rumah sekiranya bayi tersebut kelaparan sepanjang masa terutamanya jika seseorang ibu mempunyai urusan di luar. Selagi mana penyusuan ini dilakukan dengan cara yang sopan terutamanya di lokasi yang lebih tertutup, selagi itulah penyusuan ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja.

“Susukan anak ni memenatkan”

Mungkin terdapat juga beberapa individu yang menyatakan seperti, “Kalau saya, saya mungkin tak boleh nak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyusukan anak.” Sekiranya anda tidak mampu melakukannya, tidak perlu mengatakan hal yang sama kepada ibu-ibu yang lain. Mungkin mereka lebih berkemampuan dengan komitmen penyusuan anak tersebut.

“Berapa lama nak susukan bayi?. Bila nak hentikan susu baby?”

Soalan seperti ini biasanya ditanyakan oleh individu yang merasakan mereka lebih berpengetahuan atau percaya dengan dakwaan-dakwaan merepek. Pemberhentian penyusuan anak ini bergantung kepada keperluan ibu dan anaknya apabila mereka telah bersedia. Tidak ada tempoh masa yang spesifik untuk menghentikan penyusuan bayi.

“Masih susukan anak ke?”

Jangan bertanyakan soalan ini kerana ia juga seolah-olah mempertikaian tindakan ibu yang masih meneruskan penyusuan bayinya sendiri. Menyusukan bayi tidak mempunyai tempoh masa yang tetap dan tidak menjadi satu kesalahan untuk ibu menyusukan bayi dalam tempoh yang lebih lama.

“Bagi susu botol je, nanti boleh rehat sikit”

Pemberian susu botol terutamanya dalam minggu-minggu pertama kelahiran adalah tidak digalakkan. Pemberian susu botol juga akan mengganggu pengeluaran susu ibu dan mungkin menyebabkan pembengkakan susu pada payudara ibu tersebut. 

Susu ibu memberikan banyak kebaikan pada bayi seperti manfaat kesihatan dan tumbesaran. Selagi mana bayi itu menyusu dengan ibunya, selagi itulah dia akan memperoleh kebaikan daripada susu ibu tersebut yang ternyata berbeza daripada susu formula. Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNICEF hanya menyarankan agar pemberhentian penyusuan bayi dilakukan sekurang-kurangnya setelah dua tahun atau lebih. Oleh itu, jangan memerli ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dengan pertanyaan-pertanyaan yang kurang pertimbangan. Latihlah diri anda untuk menjadi lebih memahami dan prihatin terhadap individu lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Ramai yang percaya bahawa pendingin hawa bahaya untuk bayi. Tapi, betul ke? Penggunaan penyaman udara sebenarnya boleh buatkan bayi tidur dengan lebih lena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    puting kosong

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    aktiviti fizikal

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan