Sebelum Beli, Ambil Tahu Dulu Apa Maksud BPA-Free Pada Botol Susu Anak Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Julie meneliti rak-rak barangan bayi di pasar raya mencari sesuatu. Perkara pertama yang perlu dibelinya hari ini ialah botol susu anaknya.

Beliau meneliti setiap satu model botol bayi yang terdapat pada rak jualan tersebut. Kerap kali juga ternampak botol susu BPA free.

Dia seolah-olah mencari sesuatu pada setiap botol tersebut tetapi dia sendiri tidak pasti apakah ciri botol susu yang dicarinya.

Akhirnya, beliau mengambil satu botol yang kelihatan sangat menarik padanya, bertemakan animasi terkenal di negara kita.

Adakah anda juga seperti Julie ketika mencari botol bayi?

Apakah ciri botol bayi yang anda cari? Saiz, mudah dipegang, mudah dibasuh, warna atau mungkin juga bentuk?

Kami ingin menerangkan kepada anda, antara perkara yang paling mustahak untuk diteliti ketika memilih botol adalah botol susu BPA free.

Biasa dengar pasal BPA tapi tidak begitu pasti apakah ia? Mari baca apa yang kami sediakan ini. 

Apakah maksud BPA?

botol susu

BPA bermaksud bisphenol A.

Ia adalah sejenis bahan kimia yang ditambah dalam kebanyakan produk komersial termasuklah botol plastik, bekas makanan dan juga botol anak anda.

Ia mula ditemui pada tahun 1890, tetapi pada tahun 1950, ahli kimia menyedari potensinya yang boleh dicampurkan dengan sebatian lain bagi menghasilkan plastik yang lebih kuat dan berdaya tahan.

BPA juga digunakan untuk menghasilkan salutan resin epoksi yang disapukan pada bahagian dalam tin makanan untuk mengelakkan logam tin daripada mengakis dan pecah. 

Jenis produk yang sering mengandungi BPA selain botol susu

  • Barangan yang dibungkus dalam bekas plastik
  • Makanan dalam tin
  • Kelengkapan peribadi
  • Produk pembersihan wanita
  • CD atau DVD
  • Peralatan elektrik rumah
  • Lensa cermin mata
  • Kelengkapan sukan

Bagaimana BPA boleh memasuki tubuh manusia?

botol susu bpa free

Antara cara utama BPA memasuki tubuh manusia adalah melalui pemakanan.

Apabila bekas BPA dihasilkan, tidak semua BPA dimeteraikan dalam produk tersebut.

Ini menjadikan BPA keluar dan bercampur dengan kandungan dalam bekas tersebut seperti makanan. 

Satu kajian menyatakan, tahap BPA dalam air kencing berkurangan sebanyak 66% selepas 3 hari pengguna mengelakkan pengambilan makanan yang dibungkus.

Selain itu, terdapat juga kajian yang mengkaji tahap kehadiran BPA melalui jenis makanan yang dimakan.

Mereka yang memakan sup dalam tin berbanding sup yang dimasak segar dalam tempoh 5 hari, mempunyai 1,221% lebih tinggi kandungan BPA dalam air kencing. 

Mengapa botol susu BPA berbahaya?

Pendedahan terhadap BPA boleh memberikan kesan terhadap otak dan kelenjar prostat janin, bayi dan kanak-kanak selain turut memberi kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak.

Terdapat juga kajian yang menyatakan hubungan antara BPA dengan peningkatan tekanan darah.

Walau bagaimanapun, Food and Drug Administration U.S (FDA) menyatakan, BPA masih lagi selamat dengan tahap yang paling rendah dalam sesetengah makanan. 

Bagaimana nak kurangkan pendedahan terhadap BPA?

botol susu bpa free

Sekiranya anda masih ragu dengan keselamatan BPA terhadap kesihatan anda, anda boleh cuba mengurangkan pendedahan terhadapnya melalui cara berikut:

  • Gunakan produk tanpa BPA atau botol susu BPA-free. Cari produk pembungkusan atau bekas makanan dengan label BPA-free 
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin
  • Jangan panaskan bekas makanan plastik terutamanya dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro
  • Gunakan bekas makanan alternatif seperti bekas kaca, porselin atau stainless steel untuk makanan panas

Malaysia merupakan antara negara yang telah mengharamkan penggunaan botol susu yang mempunyai kandungan BPA sejak tahun 2012.

Pengharaman ini termasuklah pengimportan, pembuatan, pengiklanan dan jualan botol jenis ini yang mengandungi BPA.

Antara negara-negara yang turut mengharamkan penggunaan BPA dalam penghasilan botol susu ialah Australia, Denmark, Perancis, Jerman dan New Zealand. 

Oleh itu, mungkin botol susu jenis ini sudah sukar untuk didapati berada di rak-rak jualan pasar raya.

Selepas ini, anda tidak lagi perlu pening-pening seperti Julie untuk mencari botol susu yang sesuai.

Pilih saja botol susu BPA free yang tertera dengan label , diikuti dengan ciri lain botol yang digemari.

Botol susu BPA free adalah lebih penting berbanding yang mempunyai warna, bentuk atau corak yang menarik.

Tanpa BPA ternyata lebih selamat untuk anak anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Ramai yang percaya bahawa pendingin hawa bahaya untuk bayi. Tapi, betul ke? Penggunaan penyaman udara sebenarnya boleh buatkan bayi tidur dengan lebih lena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

puting kosong

Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
tulisan tangan

Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
melawat bayi

Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan