backup og meta

Ibu, Ini 5 Fakta Berkaitan Penyusuan Bayi Kembar Perlu Diketahui, Barulah Senang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    Ibu, Ini 5 Fakta Berkaitan Penyusuan Bayi Kembar Perlu Diketahui, Barulah Senang!

    Jika anda baru sahaja menjadi ibu kepada dua bayi kembar comel atau lebih, anda pasti risau tentang penyusuan badan. Ini disebabkan penyusuan kembar memerlukan lebih banyak tenaga, tanggungjawab dan dedikasi berbanding menyusu seorang bayi.

    Anda mungkin risau yang anda tidak akan menghasilkan susu secukupnya untuk dimanfaatkan oleh bayi kembar anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Penyusuan bayi kembar comel

    Ketahuilah 5 fakta tentang penyusuan kembar berikut untuk menghilangkan kerisauan anda dan membantu anda bersedia dengan tugasan baru anda.

    1. Anda akan memiliki susu yang mencukupi untuk bayi kembar comel anda

    Disebabkan penghasilan susu bergantung kepada keperluan walaupun anda memiliki tiga bayi yang menyusu, badan anda boleh meningkatkan penghasilan untuk keperluan mereka.

    Anda mungkin  perlu mengambil kalori dan cecair lebih banyak berbanding kebanyakan ibu menyusu.

    bayi kembar comel

    Makan makanan hidangan yang sihat adalah sangat penting. Pastikan terdapat air yang banyak di sebelah anda memandangkan oksitosin yang dibebaskan badan anda ketika menyusu boleh menyebabkan anda sangat haus.

    2. Adalah lebih baik menyusukan bayi anda pada masa yang sama

    Untuk memanfaatkan masa anda dengan berkesan, kebanyakan pakar mencadangkan penyusuan serentak, kerana jika tidak, apabila anda selesai dengan seorang, yang lain pula perlu diberi makan.

    Sekiranya anda mempunyai dua bayi kembar comel, anda boleh memberi makan bersama dengan memegang kedua-dua pada posisi mendakap (football hold) atau mendukung bersilang (cross cradle hold) dengan badan mereka menyilang antara satu sama lain.

    Anda juga boleh memegang satu bayi dalam posisi mendakap dan yang seorang lagi dalam posisi bersilang. Anda juga boleh mendapatkan bantal menyusu yang direka khusus untuk menyusukan anak kembar dan menggunakannya untuk pelbagai posisi penyusuan.

    Baca juga:

    3. Cuba beralih payudara dengan setiap bayi

    Sekiranya salah seorang bayi kembar comel anda lebih kuat menyusu berbanding yang lain, anda perlu beralih payudara setiap kali penyusuan.

    Beralih payudara secara tetap membantu menghasilkan jumlah susu yang sama di kedua-dua belah payudara dan mengurangkan kemungkinan saluran susu tersekat. Beralih payudara juga membantu mata bayi anda mendapat senaman dan rangsangan yang sama.

    4. Tambah susu formula apabila perlu

    Jika anda mempunyai kembar tiga atau lebih, anda mungkin perlu menggabungkan pengambilan susu formula dengan penyusuan susu ibu.

    Penggunaan botol adalah peluang yang baik untuk membina hubungan dengan bayi anda.

    Anda boleh menyusu dua daripada bayi anda dan menyusukan botol kepada bayi yang lain pada masa yang sama; dan menukar giliran supaya semua bayi mendapatkan susu paling banyak melalui payudara dan hanya sedikit daripada botol.

    bayi kembar comel

    5. Dapatkan bantuan

    Anda akan merasa letih atau terkejut apabila menanggung bayi kembar.

    Adalah idea yang baik untuk menghubungi kawan atau ahli keluarga anda untuk mendapatkan bantuan dengan kerja rumah, makanan, dan penjagaan bayi, atau anda boleh menyewa pembantu pasca kelahiran (confinement lady), jururawat bayi, pembantu rumah, atau sebarang khidmat bantuan yang lain.

    Anda juga perlu mencari doktor yang menggalakkan penyusuan susu badan dan menyokong idea anda tentang penjagaan anak dan memberikan anda masa untuk mengetahui cara menjayakan penyusuan susu ibu untuk bayi kembar comel anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan