backup og meta

Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2022

    Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

    Kalau kena chickenpox atau cacar air mesti rasa tak selesa, kan? Jangan risau ada kaedah semula jadi sebagai rawatan cacar air yang boleh dicuba di rumah. 

    Rawatan cacar air

    Merupakan jangkitan biasa yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus varicella.

    Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang individu ke individu lain.

    Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

    Jika mengalaminya, rawatan cacar air melibatkan pengurusan simptom sehingga badan anda mampu melawan jangkitan.

    Kaedah semula jadi sebagai rawatan cacar air

    Walaupun jangkitan ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak, namun tidak dinafikan individu dewasa juga tidak terkecuali untuk mengalaminya. 

    Jadi berikut beberapa tip menggunakan kaedah semula jadi yang boleh dicuba:

    #1. Aloe vera

    Gel lidah buaya membantu menyejukkan dan menenangkan kulit gatal dan meradang. Ia mempunyai sifat antiradang yang boleh mengurangkan rasa gatal dan melembapkan kulit. 

    Jika ingin mencuba cara merawat cacar air ini, anda hanya perlukan tumbuhan aloe vera

    1. Ambil daun aloe vera dan keluarkan isi gel yang terdapat di dalamnya. 
    2. Pindahkan gel tersebut ke dalam bekas kedap udara. 
    3. Sapu dan biarkan gel tersebut pada ruam cacar. 
    4. Ulang sapuan gel sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. 

    #2. Madu 

    Madu adalah antara kaedah semula jadi terbaik untuk merawat luka. Tapi pastikan anda menggunakan madu asli.

    Bahan ini dapat mengurangkan keinginan untuk menggaru kawasan bermasalah dan membantu mengurangkan parut.

    rawatan cacar air

    Caranya:

    1. Sapukan sedikit madu pada kawasan jangkitan. 
    2. Biarkan selama lebih kurang 20 minit. 
    3. Kemudian, lap dengan lembut menggunakan kain atau tisu basah. Boleh juga memilih untuk membilas dengan sedikit air. 
    4. Ulang rawatan cacar air ini 2x sehari. 

    #3. Mandian baking soda

    Baking soda atau serbuk penaik dapat membantu meredakan ruam dan gatal pada kulit. Ia mempunyai sifat antimikrob dan boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan. 

    Anda juga boleh menambah cecair antiseptik ke dalam air mandian. Anda memerlukan:

    Caranya: 

    1. Masukkan serbuk penaik dan air di dalam baldi. 
    2. Siramkan air mandi pada badan. 
    3. Lakukan mandian ini setiap hari sehingga sembuh. 

    Jika menggunakan tab mandi, anda cuma perlu rendamkan diri untuk tempoh kira-kira 10 hingga 20 minit.

    #4. Mandian oat

    Mandian ini sangat baik sebagai  kaedah semula jadi bagi merawat cacar air

    Oat dikatakan dapat membantu menghilang dan menenangkan kulit dijangkiti. Ia mengurangkan rasa gatal dan bertindak sebagai agen pelembap yang hebat.

    Bahan diperlukan:

    • Oat – 2 cawan
    • Air – 4 cawan
    • Beg kain atau kain bersih
    • Air suam
    • Tab mandi atau baldi

    Caranya:

    1. Kisar oat dan rendamkan ia dalam bekas berisi 4 cawan air. Biarkan selama beberapa minit. 
    2. Kemudian, masukkan campuran ke dalam beg kain. Jika tiada, anda boleh masukkan campuran ke dalam kain bersih dan ikat dengan ketat. 
    3. Letakkan campuran ke dalam tab mandi berisi air suam dan rendam selama beberapa minit. 
    4. Jika tiada tab, letakkan campuran ke dalam baldi berisi air suam dan siramkan badan dengan air tersebut. 
    5. Ulang rawatan cacar air ini sekali setiap hari. 

    #5. Rebusan daun jambu

    Daun jambu sering digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Cina bagi merawat kerengsaan dan jangkitan kulit.

    Ini kerana daun tersebut mempunyai sifat antimikroba dan kaya vitamin C. Ia dapat mengurangkan ruam dan mencegah kewujudan parut.

    Bahan diperlukan:

    • Daun jambu batu – 10 hingga 12 helai
    • Air – 2 cawan
    • Madu – bahan pemanis

    Caranya:

    1. Rebuskan daun selama 10 hingga 15 minit. 
    2. Tapiskan airnya dan masukkan madu mengikut citarasa. 
    3. Minum air rebusan ini ketika suam. 
    4. Ulang minum air untuk 2 hingga 3 cawan setiap hari. 

    Individu dengan hipoglikemia tidak boleh meminum air rebusan ini kerana ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. 

    Mereka dengan penyakit jantung juga patut menghindari daripada menggunakan kaedah semula jadi ini.

    #6. Kacang pea

    Dalam Ayurveda, kacang pea digunakan pada luka dan lepuh untuk penyembuhan segera. Ia kaya dengan vitamin C, vitamin B6 dan asid folik.

    Kacang pea berfungsi melawan keradangan dan mengurangkan gatal. Ia juga dapat menenangkan kulit.

    Bahan diperlukan:

    • Kacang pea – 200 gram
    • Air

    Cara rawatan cacar air ini:

    1. Rebus kacang dan kisar untuk dijadikan pes. 
    2. Sapukan pes kacang pada ruam jangkitan. 
    3. Biarkan selamat sejam. 
    4. Kemudian mandi dengan air suam. 
    5. Lakukan sehari sekali. 

    #7. Daun neem

    Neem, kaya sifat antibakteria dan antivirus. Ia membantu melegakan gatal, mengeringkan lepuh dan mempercepatkan proses penyembuhan.

    rawatan cacar air

    Bahan diperlukan:

    • Segenggam daun neem
    • Air 

    Cara menggunakan kaedah semula jadi ini:

    1. Kisarkan daun neem bersama air sehingga menjadi pes. 
    2. Sapukan pada ruam jangkitan dan biarkan selama beberapa jam. 
    3. Juga boleh lakukan mandian neem dengan menambah daun bersama air suam untuk mandian. 
    4. Lakukan mandian ini sebanyak 2x sehari. 

    Komplikasi berbeza

    Komplikasi daripada cacar air ini adalah berbeza pada setiap individu terutama bayi, wanita hamil dan mereka dengan sistem imun yang lemah. 

    Rawatan cacar air menggunakan kaedah semula jadi ini biasanya berkesan tanpa memerlukan rawatan perubatan moden.

    Walau bagaimanapun, jika keadaan semakin teruk, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan