Krim Pelindung Membantu Masalah Ruam Lampin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ruam lampin atau dermatitis perianal adalah sejenis keradangan kulit yang biasa berlaku terhadap bayi. Ia menunjukkan keadaan kemerah-merahan dan keradangan di bahagian kulit yang dilitupi lampin termasuk bahagian punggung, paha dan kemaluan.

Masalah ruam lampin dalam kalangan penduduk umum dianggarkan antara tujuh hingga 35 peratus dengan lebih separuh daripada bayi berumur antara empat hingga 15 bulan mengalami keadaan ini.

Enzim protease terbukti menjadi punca ruam lampin dalam kalangan bayi. Aktiviti enzim protease dalam najis bergantung kepada usia bayi dan sangat tinggi dalam kalangan bayi baru lahir dan anak kecil sehingga berusia satu tahun.

Kerengsaan kulit disebabkan oleh sentuhan air kencing atau najis secara berpanjangan, kulit sensitif, geselan lampin ketat dengan kulit lembut adalah antara sebab lain yang menyebabkan ruam lampin.

Oleh itu, sapuan krim yang mengandungi perencat enzim protease (PEi) dan dexpanthenol berkesan dalam membantu merawat dan mencegah punca ruam lampin.

Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik di Klinik Pakar Kanak-kanak ABC, Dr Leong Kin Fon berkata, ramai ibu bapa dan penjaga berasa bimbang apabila mendapati anak mereka anak mereka mempunyai ruam dan kemerahan pada kulit semasa menukar lampin.

“Bayi akan menunjukkan ketidakselesaan dan kesakitan melalui tangisan dan pada masa sama ibu bapa mungkin tidak berdaya untuk membantu mereka.

“Oleh itu, cara terbaik untuk mencegah dan merawat ruam lampin adalah memastikan kulit bayi sentiasa kering dan bersih dengan menukar lampin yang basah dan kotor secepat mungkin, membersihkan dengan air dan menyapu krim pelindung selepas setiap kali menukar lampin,” katanya pada Pelancaran Diapo-Care di Milleneum Square, Petaling Jaya.

Menurutnya, krim pelindung yang paling sesuai sepatutnya memberikan dua tindakan iaitu mencegah dan merawat, dan juga menangani punca ruam lampin iaitu enzim protease dalam najis.

“Kolon dan usus bayi yang meneutralkan enzim protease masih kurang matang. Keadaan ini mengakbatkan peningkatan aktiviti protease dalam najis mereka dan seterusnya meningkatkan berlakunya ruam lampin,” katanya.

Hasil kajian klinikal melibatkan pesakit dermatitis perianal menunjukkan bahawa PEi hampir menyekat aktiviti protease dalam najis. Dalam satu kajian klinikal berasingan, PEi juga didapati menambah baik keadaan dermatitis, keradangan, kesakitan dan gangguan tidur dalam kalangan bayi.

Pengurus Besar Eurodrug Laboratories (M) Sdn Bhd, Kelvin Tong berkata, krim pelindung Diapo-Care merupakan produk penjagaan lampin yang pertama dan satu-satunya mengandungi PEi dan dexpanthenol bagi mengekalkan kelembapan yang optimum, membolehkan kulit pulih dan mencegah ruam lamping berulang.

“Keadaan ini sekali gus membuatkan bayi berasa lebih selesa dan mengurangkan kebimbangan dalam kalanga ibu bapa kerana bahagian yang dilitupi lampin tidak mengalami sebarang kerengsaan,” katanya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pencuci Muka: Aspek Penting Penjagaan Kulit Muka

    Penjagaan kulit muka yang optimum bermula dengan pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. Andai tersalah pilih, kerosakan kulit boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 14/11/2018 . 3 minit bacaan

    Kulit Asia Dengan Melasma

    Pernahkah anda memikirkan mengapa kulit Asia mempunyai lebih melasma berbanding daripada wanita dari negara lain di dunia? Dan terdapat cara untuk menyembuhkan simptom kulit ini? Keadaan melasma dengan wanita Asia Asia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 06/09/2018 . 2 minit bacaan

    Ruam, Alahan dan Lampin Bayi

    Ruam bayi sering berlaku akibat pelbagai faktor dan setiap ibu bapa mahukan kulit bayi mereka kekal sihat, bersih, dan licin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Penjagaan Kulit Kanak-kanak 20/08/2018 . 8 minit bacaan

    Adakah SPF Yang Tinggi Melindungi Kulit?

    Penggunaan pelindung matahari sangat penting apabila ada berada di luar rumah, terutamanya dibawah sinaran matahari yang terik. Ia bertujuan mengelakkan penuaan kulit pramatang dan kanser kulit. Walau bagaimanapun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    sabun pencuci baju

    Pencuci Pakaian Punca Ruam Pada Kulit Si Manja? Ini Cara Untuk Kenal Pasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    kulit-anak-kering-cara-penjagaannya

    Kulit Anak Kering? Jom Ketahui Cara Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 minit bacaan
    kulit kering

    Ini PUNCA Mengapa Kulit Anda Kering & Merekah, Tukar Tabiat Ini Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/12/2019 . 5 minit bacaan
    ruam pada kulit

    Ruam Pada Kulit, Apakah Puncanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/01/2019 . 3 minit bacaan