Hubungan Antara Emosi dan Selera Makan dalam Kalangan Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Makan adalah aspek penting dalam kehidupan setiap kanak-kanak. Selera makan yang baik bukan hanya menyokong tumbesaran fizikal dan kesihatan tetapi juga menggalakkan perkembangan psikososial dan emosi kanak-kanak. Hubung kait antara makan dan memilih makanan adalah dipengaruhi oleh budaya, taraf kesihatan dan tabiat.

Apa itu pemakanan emosional?

Pemakanan emosional ialah tindakan mengambil makanan disebabkan keperluan untuk menenangkan diri, menghilangkan bosan, atau sebagai reaksi kepada perubahan emosi, berbanding kepada keperluan pemakanan itu sendiri. Kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa mungkin mengalami pemakanan emosional serentak ataupun disebabkan perkara lain.

Bagaimana pemakanan emosi berbeza daripada makan yang disebabkan kelaparan fizikal?

Apabila kanak-kanak terkesan dengan sesetengah peristiwa atau pengalaman meragam (perubahan mood), mereka selalunya cenderung untuk kuat makan. Sebaliknya, kanak-kanak dengan kelaparan fizikal hanya akan rasa mereka perlu makan apabila perut kosong. Kelaparan fizikal boleh dipenuhi dengan pelbagai makanan yang berbeza, sementara rasa ‘teringin’ hanya berlaku untuk hidangan tertentu. Contohnya, sesetengah kanak-kanak sering mencari aiskrim selepas mereka bergaduh dengan rakan, atau sesuatu kejadian buruk berlaku pada mereka.

Mengapa pemakanan emosional tidak sihat?

Makan mengikut emosi boleh menyebabkan pelbagai akibat seperti obesiti (disebabkan terlebih makan), tidak menambah berat yang cukup (disebabkan diet yang tidak sihat) atau masalah kelakuan makan. Dua perkara yang sering dikaitkan adalah obesiti dan malnutrisi, yang mana meninggalkan kesan yang teruk jika dibiarkan atau tidak dirawat.

Apakah kemungkinan punca pemakanan emosional dalam kalangan kanak-kanak dan remaja?

Sesetengah situasi dan emosi yang lazim dikaitkan dengan pemakanan emosional adalah:

  • Kemarahan
  • Kebosanan
  • Perubahan
  • Kekeliruan
  • Kemurungan
  • Kekecewaan
  • Kesunyian
  • Kehilangan
  • Perasaan geram
  • Tekanan

Emosi positif seperti kegembiraan juga kadangkala boleh mengakibatkan pemakanan emosional.

Bagaimana saya boleh membantu anak saya? 

Jika anda nampak beberapa tanda pemakanan emosional pada anak anda, gunakan pendekatan perbincangan positif dengan mereka. Beritahu mereka bahawa anda khuatir dan bimbang. Membantu anak anda bukan hanya memerlukan kasih sayang tetapi juga sikap yang sopan dan lembut.

Bantu anak anda membina reaksi yang sihat kepada masalah pemakanan emosional mereka dengan cara mencari penyelesaian alternatif untuk tabiat pemakanan mereka, seperti:

  • Berbincang tentang perkara yang mencetuskan mereka untuk makan
  • Menangani perkara itu dengan cara lain selain daripada makan

Hubungi rakan mereka atau libatkan anak anda dalam aktiviti luar- merupakan cara yang baik untuk mengelakkan makan mengikut emosi.

Daripada mengharapkan anak anda menangani pemakanan emosional mereka seorang diri, lebih baik jika anda membantu mereka seperti mencadangkan beberapa pilihan terhadap masalah mereka, memuji mereka apabila mereka berjaya menangani situasi ataupun menawarkan mereka beberapa pelekat (sebagai tanda berjaya). Ibu bapa dan penjaga seharusnya sama-sama membantu anak untuk mengelakkan komplikasi teruk yang mungkin berlaku kelak jika masalah ini tidak ditangani dengan baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Tahukah anda bahawa warna lidah boleh menunjukkan tahap kesihatan anda? Cuba periksa lidah anda. Adakah lidah berwarna putih, hitam ataupun merah jambu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    PCOS adalah keadaan yang mengganggu hormon dan kesuburan seseorang wanita. Justeru, pesakit yang inginkan zuriat mungkin sukar untuk mengesan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Namun, kedua-duanya adalah tidak sama. Ini bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah selulit

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    khasiat air lemon

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan