backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Runsing Si Manja Tak Cukup Berat? Bertenang, Ini Carta Berat Normal Bayi Ikut Umur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/03/2023

    Ibu Runsing Si Manja Tak Cukup Berat? Bertenang, Ini Carta Berat Normal Bayi Ikut Umur

    Dalam aspek tumbesaran anak, pastinya ibu ingin mengetahui berat bayi normal baru lahir untuk mengukur sama ada si manja membesar dengan baik atau tidak, kan? Ikuti penjelasan mengenai perkembangan bayi ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Bayi, sila dapatkannya di sini.

    Memahami berat bayi normal

    Bermula hari pertama kelahiran bayi, kakitangan perubatan akan memantau berat badan, ketinggian dan ukuran kepala. 

    Perkembangan bayi merupakan petunjuk kesihatan umum yang baik. 

    Umumnya, bayi yang baru dilahirkan mempunyai saiz sihat yang pelbagai. Kebanyakan bayi yang dilahirkan antara minggu ke-37 dan 40 akan mempunyai berat lahir 2.5 hingga 4.0 kg (kilogram).

    Si kecil yang lebih ringan atau lebih berat daripada purata kebanyakan biasanya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. 

    Tetapi mungkin akan diberikan pemantauan tambahan selepas prosedur bersalin untuk menentukan agar tidak berlaku sebarang masalah. 

    Banyak faktor yang mempengaruhi saiz berat bayi yang normal semasa lahir. Tempoh kehamilan juga memainkan peranan penting. 

    Bayi yang lahir sekitar tarikh jangkaan kelahiran (EDD) atau lambat cenderung lebih besar daripada bayi yang dilahirkan lebih awal. 

    Faktor lain termasuk:

    1. Saiz ibu bapa

    Ibu bapa yang besar dan tinggi mungkin mempunyai anak dengan berat lebih besar daripada purata.

    Manakala ibu bapa rendah dan mungil mungkin mempunyai anak baru lahir yang lebih kecil daripada purata.

    2. Kelahiran berganda

    berat bayi normal

    Sekiranya anda mempunyai anak kembar, kembar tiga, atau lebih, anda boleh mengandaikan bayi dengan saiz yang kecil. 

    Ini kerana mereka perlu berkongsi ruang dalam rahim, dan sering dilahirkan lebih awal.

    3. Susunan kelahiran

    Bayi pertama kadang-kadang lebih kecil daripada adik-beradik yang dilahirkan kemudian.

    4. Jantina

    Bayi perempuan cenderung lebih kecil berbanding bayi lelaki yang lebih besar, tetapi perbezaannya tidak begitu ketara ketika lahir.

    5. Kesihatan ibu semasa mengandung

    Perkara yang boleh menyebabkan berat bayi normal semasa dilahirkan rendah termasuklah tabiat merokok ibu semasa hamil, pengambilan alkohol atau ubatan berbahaya. 

    Sekiranya ibu hamil menghidap diabetes atau obesiti, si kecil mungkin mempunyai berat kelahiran yang lebih tinggi.

    6. Pemakanan semasa mengandung

    Pemakanan yang baik sangat penting untuk perkembangan bayi – sebelum dan selepas kelahiran

    Makanan tidak sihat semasa mengandung boleh mempengaruhi jumlah berat badan bayi yang baru lahir dan bagaimana pertumbuhan bayi. 

    Pertambahan berat secara berlebihan boleh menjadikan si manja lebih besar daripada purata.

    7. Kesihatan bayi

    Masalah perubatan, termasuk beberapa kecacatan kelahiran dan beberapa jangkitan semasa kehamilan, boleh mempengaruhi berat normal bayi dan tahap pertumbuhannya di kemudian hari.

    Baca juga:

    Berat bayi akan berkurangan

    berat bayi normal

    YA, ia keadaan normal untuk berat anak menurun dalam tempoh masa beberapa hari pertama selepas dilahirkan. 

    Situasi demikian terjadi kerana si manja dilahirkan dengan sedikit cecair tambahan, jadi normal untuk berat bayi menurun beberapa auns selepas penyingkiran cairan itu. 

    Berat bayi normal dijangka menurun antara 7% hingga 10% selepas dilahirkan. Tetapi bayi perlu mendapatkan berat itu kembali dalam tempoh 2 minggu pertama selepas kelahiran

    Si manja anda akan ditimbang beratnya selepas 2 minggu pertama untuk memastikan mereka mendapat kembali berat asal. 

    Kebanyakan anak akan berada pada berat yang sama atau lebih daripada itu selepas tempoh 14 hari kelahiran. 

    Carta kiraan berat bayi normal

    berat bayi normal

    Sebagai ibu bapa, pastinya anda akan cuba membandingkan si manja dengan perkembangan bayi lain yang sebaya, kan? 

    Apabila si manja semakin membesar, sebaiknya corak tumbesaran si manja boleh dibandingkan dengan carta pertumbuhan standard.

    Setiap anak perlu mempunyai carta sendiri yang dipantau oleh ibu bapa. Ini adalah kaedah mudah tetapi berkesan untuk kesihatan dan perkembangan bayi. 

    Carta pemantauan kadar tumbesaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesuai digunakan walaupun mungkin wujud pelbagai variasi kaum dan etnik.

    Parents perlu fahami tentang berat bayi normal

    berat bayi normal

    Mempunyai berat atau saiz ketika lahir yang lebih besar atau kecil, tidak bermakna si manja akan kekal dalam keadaan itu sehingga meningkat usia dan menjengah ke alam dewasa.

    Terdapat ramai kanak-kanak yang tinggi bermula dengan berat bayi normal, dan si manja yang dilahirkan besar pula mungkin akan menjadi individu dewasa yang bertubuh kecil.

    Apabila dewasa, kanak-kanak akan cenderung menyerupai ibu bapa mereka. 

    Aspek genetik, pemakanan dan perhatian yang dicurahkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam tumbesaran bayi dari tahun ke tahun.

    Seperkara yang perlu anda tahu, tanpa disedari proses perkembangan si manja akan berlaku begitu pantas. Maka hargailah setiap detik berharga bersama mereka!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan