backup og meta

Jangan Ambil Mudah Penyakit Beguk Pada Anak, Ini Bahaya Yang Menanti!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/11/2021

    Jangan Ambil Mudah Penyakit Beguk Pada Anak, Ini Bahaya Yang Menanti!

    Umum mengetahui bahawa penyakit beguk merupakan satu penyakit berpunca daripada virus yang mengakibatkan bengkak pada bahagian di antara telinga dengan rahang.

    Untuk pengetahuan anda, kondisi ini akan menyerang kelenjar parotid dan boleh berjangkit melalui titisan air liur daripada mulut, hidung atau tekak apabila individu yang dijangkiti beguk itu bersin atau batuk.

    Beguk boleh menjangkiti setiap individu tanpa mengira peringkat umur. Kajian menunjukkan kebanyakan kes beguk ini berlaku kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 14 tahun namun semakin merebak ke golongan individu dewasa kebelakangan ini.

    Bayi juga tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit ini. Disebabkan itu, ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap kondisi anak anda dan terus membawa mereka berjumpa pakar perubatan sekiranya kelihatan simptom-simptom beguk berlaku kepada anak anda.

    Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui simptom dan bahaya penyakit beguk dengan lebih mendalam lagi!

    Simptom penyakit beguk

    beguk

    Kebiasaannya, simptom-simptom penyakit beguk ini akan mula kelihatan selepas 12 hingga 25 hari dan hilang dalam masa 10 hingga 12 hari.

    Namun begitu, sesetengah individu yang dijangkiti penyakit ini tidak akan menunjukkan sebarang simptom sehingga dua atau tiga minggu kemudian.

    Petanda utama anak anda dijangkiti beguk adalah berlakunya pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotidnya iaitu di bahagian antara telinga dengan rahang. Antara simptom yang lain adalah seperti berikut:

    • Sakit di bahagian kelenjar yang membengkak
    • Sakit ketika mengunyah atau menelan
    • Sakit kepala
    • Demam
    • Kelesuan
    • Sakit otot
    • Mulut kering
    • Hilang selera makan

    Bahaya penyakit beguk

    Komplikasi penyakit beguk ini sangat jarang berlaku. Namun penyakit ini jangan dipandang enteng oleh ibu bapa sekiranya anak anda dijangkiti penyakit ini kerana berpotensi menjadi lebih parah.

    Artikel berkaitan:

    Berikut merupakan antara komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku:

    • Pembengkakan pada bahagian testis bagi kanak-kanak lelaki
    • Hilang pendengaran
    • Kegagalan jantung
    • Kerosakan pankreas
    • Encephalitis
    • Meningitis

    Bagaimana merawat beguk?

    bahaya penyakit beguk

    Buat masa kini, tidak terdapat sebarang ubat-ubatan untuk merawat penyakit ini. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya anak anda dijangkiti beguk kerana simptom penyakit ini boleh dilegakan dengan menggunakan tip-tip berikut.

    • Ambil paracetamol untuk mengurangkan sakit dan demam
    • Jangan beri makanan yang masam kepada anak anda
    • Lebihkan minum air tetapi elakkan jus-jus yang berasid
    • Letakkan ais pada bahagian yang membengkak untuk melegakan kesakitan
    • Pastikan anak anda dikuarantin untuk mengelakkan penyakit ini berjangkit

    Cara yang paling efektif untuk merawat penyakit ini adalah mengatasinya dengan lebih awal.

    Oleh itu, pengambilan vaksin yang berbentuk gabungan daripada vaksin-vaksin penyakit iaitu demam campak, beguk dan rubella perlu diambil ketika anak anda berumur 12 hingga 15 bulan dan 4 hingga 6 tahun. Vaksin ini dinamakan sebagai MMR iaitu akronim kepada nama-nama penyakit ini iaitu measles, mumps dan rubella.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan