Mak Ayah Jangan Ajar Anak Sebut Alat Sulit ‘Nenen’ Atau ‘Bebird’, Ini Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Mungkin sebutannya kedengaran ‘comel’ namun ‘nenen’ atau ‘bebird’ bukanlah perkataan yang sesuai digunakan untuk bercakap tentang alat sulit kepada anak anda.

Kelak, mereka perlu mempelajari mengenainya, maka tidak perlulah ‘sorok-sorok’ berkenaan dengan hal tersebut.

Penggunaan perkataan lain untuk menerangkan perihal alat sulit boleh membawa padah kepada perkembangan psikologi dan seksual si kecil. Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, baca artikel ini.

Kenapa perlu ajar anak tentang alat sulit?

ajar

Penderaan kanak-kanak merupakan isu yang sentiasa dipandang serius oleh masyarakat. Tanpa ajaran yang betul tentang alat sulit dan sentuhan selamat, anak anda lebih terdedah untuk menjadi mangsa penderaan seksual.

Kebanyakan pakar perkembangan kanak-kanak bersetuju bahawa topik alat sulit seharusnya diajarkan kepada si kecil ketika berusia 3 tahun atau lebih awal. Lakukannya ketika anda sedang memandikan mereka, ketika memakaikan pakaian atau jika mereka ada mengadukan soalan.

Hakikatnya, ramai ibu bapa yang sering mengelak daripada menjawab persoalan tersebut dan memberikan respons seolah-olah ia perkara yang memalukan. Namun anda harus faham bahawa itu bukan kaedah yang betul. Antara sebab mengapa anda tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu adalah:

  • Anak anda akan mempelajari berkenaan dengan alat sulit dan perkara berkaitan dengan seks pada usia awal. Lebih baik lagi jika maklumat tersebut datang daripada anda dan bukannya, rakan-rakan atau rancangan televisyen
  • Anda bukan sahaja harus membincangkan tentang alat sulit dengan asi kecil, malah batasan perhubungan terhadap kemaluan tersebut. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengetahui nama sebenar alat sulit mempunyai risiko yang rendah untuk menjadi mangsa dera seksual.  Konsepnya mudah, jika anda tidak mengajar anak tentang alat sulit, tiada perbincangan berkenaan dengan batasan akan dilakukan
  • Jika anda melarang anak anda daripada berbicara mengenai alat sulit, secara tidak langsung mereka akan menganggap perkara tersebut sesuatu yang memalukan. Kelak, jika mereka mempunyai masalah seksual, mereka tidak cenderung untuk menceritakannya walaupun kepada doktor
  • Reaksi anda terhadap persoalan yang dikemukakan berkenaan dengan alat sulit akan menentukan tahap kepercayaan si kecil terhadap anda. Anda perlu menunjukkan contoh terbaik kepada anak anda. Beritahu mereka jika terdapat masalah, luahkan kepada anda tidak kiralah apa jua topik sekalipun

Bagaimana cara mudah untuk bercakap dengan si kecil tentang alat sulit

alat sulit

Seperti perkara lain, terdapat teknik yang boleh anda amalkan bagi memudahkan komunikasi di antara anda dan si kecil berkenaan dengan topik seksual. 

1. Elakkan daripada menggunakan gelaran pelik ketika bercakap tentang alat sulit

‘Bebird’, ‘burung’, ‘nenen’ atau ‘telur’ bukanlah gelaran yang elok digunakan apabila bercakap mengenai alat sulit.

Anda perlu memupuk rasa selesa dalam kalangan anak apabila membicarakan tentang alat sulit dengan cara menggunakan perkataan yang betul seperti ‘zakar’, ‘buah zakar’, ‘payudara’ atau ‘faraj’.

Jika gelaran ‘comel’ digunakan, ia boleh menjejaskan tahap kefahaman anak anda apabila mereka mula membincangkan berkenaan dengan sentuhan selamat yang telah diterapkan dalam kurikulum prasekolah.

Pastikan mereka menggunakan perkataan yang betul. Jika berlaku sebarang komplikasi (sakit atau didera) kelak, mereka boleh menerangkan dengan lebih jelas kepada doktor atau pihak terlibat.

2. Beri si kecil kebebasan untuk memilih apa yang mereka mahu untuk tubuh mereka

Jangan paksa anak anda untuk lakukan perkara yang mereka tidak suka. Pastikan mereka tahu  bahawa mereka mempunyai pilihan terhadap sesuatu. Bagaimana cara untuk anda lakukan perkara tersebut?

Daripada anda cakap “peluk papa/mama” yang berbentuk arahan, minta izin mereka “Papa/mama nak peluk, boleh?”. Anda merupakan pelindung kepada anak anda. Jika balik beraya, di saat berjumpa dengan saudara mara, pastikan tiada yang memaksa untuk peluk atau cium anak anda

Pada tahap umur tertentu, pastikan mereka menjaga batasan lelaki dan perempuan dan jika berlaku pergaduhan atau gurau senda melampau, hentikannya dengan kadar segera.

3. Pastikan mereka memahami konsep sentuhan selamat

sentuhan selamat

Mungkin ada di antara kita yang tidak memberitahu berkenaan dengan sentuhan selamat kepada anak-anak. Namun, di tadika, kebiasaannya mereka akan didedahkan dengan konsep tersebut. Bagaimana caranya untuk anda memastikan bahawa mereka faham akan konsep yang diajar?

Tanya kepada mereka setelah pulang dan pastikan apa yang mereka jelaskan betul. Jika tidak, anda perlu membetulkan konsep tersebut. Sentuhan selamat merupakan perisai kepada anak-anak untuk mengetahui jika sesuatu interaksi fizikal itu normal atau tidak.

Ia boleh membantu mengurangkan risiko si kecil mengalami penderaan seksual.

4. Gunakan buku teks jika anda ragu

Jika anak anda bertanyakan soalan berkenaan dengan seks dan anda tidak pasti, gunakan buku teks sebagai panduan. Mungkin ramai yang berasa anak mereka terlalu muda untuk memahami berkenaan dengan topik seks dan alat sulit, namun berita mengenai kes rogol dan isu gangguan seksual yang semakin meningkat amat membimbangkan.

Perkara yang boleh anda lakukan adalah untuk menerangkan perihal seks kepada si kecil anda apabila mula timbul rasa ingin tahu dalam diri mereka.

5. Tukarkan teknik nasihat ‘tidak boleh’ kepada perkara yang boleh dilakukan oleh mereka

Apa yang sukar diterima oleh anak adalah apabila ibu bapa menggunakan nasihat berkenaan dengan perkara yang tidak boleh dibuat oleh mereka. Ia merupakan teknik yang salah dan ia boleh meningkatkan rasa ingin tahu dalam kalangan anak untuk cuba melakukan perkara yang menjadi larangan.

Daripada anda cakap “Tidak boleh buat hubungan seks”, tukarkan kepada “Boleh buat hubungan seks selepas kahwin”.

Konklusi

Kanak-kanak perlu diberitahu berkenaan dengan alat sulit dan perkara berkaitan dengan seks pada usia muda. Ia bukan sahaja dapat memberikan gambaran awal malah melindungi mereka daripada jenayah penderaan atau rogol kanak-kanak.

Jika anda tidak pasti berkenaan dengan bagaimana cara terbaik untuk menerangkan perihal ini kepada anak, rujuk pakar kesihatan. Pendidikan awal terhadap kanak-kanak dapat membentuk kesihatan psikologi dan seksual yang sihat kelak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. 

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Muncul Ulser Pada Alat Sulit Itu Tanda Awal Sifilis, Apa Pula Simptom Sifilis Tahap Akhir?

    Rasanya ramai sudah tahu gejala awal penyakit STD yang satu ini. Persoalannya, apa pula tanda sifilis tahap akhir? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 13/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

    Sekiranya kalian ada masalah ereksi zakar seperti mati pucuk, sila lakukan 5 ujian ini bersama doktor secepat mungkin agar ia dapat diatasi segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Tahukah anda, bahawa diabetes yang dialami boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah ejakulasi lelaki iaitu ejakulasi retrogred?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    warna zakar

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    libido wanita hamil

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    haid dua kali sebulan

    “Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan