5 Fakta tentang Penyusuan Kembar

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jika anda baru sahaja menjadi ibu kepada kembar dua atau lebih, anda pasti risau tentang penyusuan badan. Ini disebabkan penyusuan kembar memerlukan lebih banyak tenaga, tanggungjawab dan dedikasi berbanding menyusu seorang bayi. Anda mungkin risau yang anda tidak akan menghasilkan susu secukupnya untuk dimanfaatkan oleh bayi kembar anda. Ketahuilah 5 fakta tentang penyusuan kembar berikut untuk menghilangkan kerisauan anda dan membantu anda bersedia dengan tugasan baru anda.

Anda akan memiliki susu yang mencukupi untuk bayi anda

Disebabkan penghasilan susu bergantung kepada keperluan walaupun anda memiliki tiga bayi yang menyusu, badan anda boleh meningkatkan penghasilan untuk keperluan mereka. Anda mungkin  perlu mengambil kalori dan cecair lebih banyak berbanding kebanyakan ibu menyusu. Makan makanan hidangan yang sihat adalah sangat penting. Pastikan terdapat air yang banyak di sebelah anda memandangkan oksitosin yang dibebaskan badan anda ketika menyusu boleh menyebabkan anda sangat haus.

Adalah lebih baik menyusukan bayi anda pada masa yang sama

Untuk memanfaatkan masa anda dengan berkesan, kebanyakan pakar mencadangkan penyusuan serentak, kerana jika tidak, apabila anda selesai dengan seorang, yang lain pula perlu diberi makan. Sekiranya anda mempunyai anak kembar dua, anda boleh memberi makan bersama dengan memegang kedua-dua pada posisi mendakap (football hold) atau mendukung bersilang (cross cradle hold) dengan badan mereka menyilang antara satu sama lain. Anda juga boleh memegang satu bayi dalam posisi mendakap dan yang seorang lagi dalam posisi bersilang. Anda juga boleh mendapatkan bantal menyusu yang direka khusus untuk menyusukan anak kembar dan menggunakannya untuk pelbagai posisi penyusuan.

Cuba beralih payudara dengan setiap bayi

Sekiranya seorang bayi anda lebih kuat menyusu berbanding yang lain, anda perlu beralih payu dara setiap kali penyusuan. Beralih payudara secara tetap membantu menghasilkan jumlah susu yang sama di kedua-dua belah payudara dan mengurangkan kemungkinan saluran susu tersekat. Beralih payudara juga membantu mata bayi anda mendapat senaman dan rangsangan yang sama.

Tambah susu formula apabila perlu

Jika anda mempunyai kembar tiga atau lebih, anda mungkin perlu menggabungkan pengambilan susu formula dengan penyusuan susu ibu. Penggunaan botol adalah peluang yang baik untuk membina hubungan dengan bayi anda. Anda boleh menyusu dua daripada bayi anda dan menyusukan botol kepada bayi yang lain pada masa yang sama; dan menukar giliran supaya semua bayi mendapatkan susu paling banyak melalui payudara dan hanya sedikit daripada botol.

Dapatkan bantuan

Anda akan merasa letih atau terkejut apabila menanggung bayi kembar. Adalah idea yang baik untuk menghubungi kawan atau ahli keluarga anda untuk mendapatkan bantuan dengan kerja rumah, makanan, dan penjagaan bayi, atau anda boleh menyewa pembantu pasca kelahiran (confinement lady), jururawat bayi, pembantu rumah, atau sebarang khidmat bantuan yang lain.

Anda juga perlu mencari doktor yang menggalakkan penyusuan susu badan dan menyokong idea anda tentang penjagaan anak dan memberikan anda masa untuk mengetahui cara menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    mengandung anak kembar

    Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada Tip Boleh Dicuba, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    bersalin normal anak kembar

    Boleh Atau Tidak Bersalin NORMAL Bayi Kembar? Ibu, Ini Jawapan Soalan Anda Itu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/12/2018 . 2 minit bacaan
    cara mendapatkan anak kembar tanpa ada keturunan

    Benarkah Asid Folik Tingkat Peluang Hamil Anak Kembar? Jika Tidak Pun, Ia Masih Penting!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 03/09/2018 . 2 minit bacaan
    bayi kembar

    Adakah Bayi Kembar Anda Serupa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 15/08/2018 . 2 minit bacaan