
Cara paling mudah untuk memujuk kanak-kanak jika dia ‘membuat perangai’ adalah dengan menawarkan coklat. Cara ini boleh berhasil kerana hampir setiap kanak-kanak menggemari coklat. Menurut Lembaga Koko Malaysia, satu bar yang bersamaan dengan 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalsium – 9%; Riboflavin – 9%; Protein – 6%; Zat Besi – 3%; Vitamin A – 2.4%; Thiamine – 2%. Justeru, tidak benarlah jika ada yang mengatakan coklat tidak baik untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh terlalu kerap memberi anak makan coklat kerana apa jenis makanan sekali pun perlu ada hadnya. Begitu juga dengan pengambilan coklat.
Secara amnya, setiap individu hanya boleh makan coklat tidak lebih daripada 6.7g sehari. Pengambilan coklat yang lebih daripada had akan menimbulkan masalah kesihatan, tidak kira kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Jadi, bagi mengurangkan risiko kepada kesihatan anak akibat makan coklat, ketahui perkara yang boleh anda lakukan jika ingin menawarkan anak coklat.
- Pilih coklat gelap yang mengandungi flavanoids, yang ada antioksidan, yang berfungsi membantu untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Kandungan antioksidan dalam coklat juga boleh membaiki dan menguatkan sistem imun tubuh kanak-kanak.
- Sebelum membeli atau memberikan coklat kepada kanak-kanak, perhatikan dahulu label pada coklat. Lihat kandungan gula dan lemak yang ada dalam coklat tersebut.
- Biasakan anak anda untuk terus menggosok gigi selepas habis makan coklat.
Pemberian coklat kepada kanak-kanak ada manfaatnya, namun ibu bapa perlu mengehadkan pengambilan coklat untuk anak dan memantau diet yang diambil oleh si manja.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.