Manfaat Vitamin E untuk Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Antara semua jenis vitamin, vitamin E adalah salah satu nutrien penting yang baik untuk melindungi membran sel, melawan radikal bebas, dan mencegah pengoksidaan daripada kolesterol jahat. Menerusi artikel ini, ibu bapa akan mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan vitamin E terhadap perkembangan kanak-kanak dan juga sumber baik vitamin E.

Mengapa anak saya perlukan vitamin E?

Sama seperti vitamin yang lain, vitamin E mempunyai banyak fungsi yang menyumbang kepada kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan, seperti memelihara dan membina rangka, jantung dan melancarkan sel. Malahan, kanak-kanak yang mendapat cukup vitamin E mempunyai sistem ketahanan tubuh yang lebih kuat, aliran darah yang lebih lancar dan prestasi sel yang lebih baik. Vitamin E juga menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan memelihara simpanan nutrien lain seperti zat besi, selenium, vitamin A dan K. Selain dapat melindungi tubuh daripada kerosakan persekitaran yang boleh membawa kepada masalah jantung, vitamin E juga membantu mencegah komplikasi diabetes dan kanser, serta membantu meringankan simptom penyakit Alzheimer.

Berapa banyak vitamin E yang perlu diberikan kepada anak saya?

Kanak-kanak tidak perlu mengambil banyak vitamin E setiap hari. Malahan, mereka boleh mendapat vitamin ini daripada makanan, minuman atau suplemen. Bagaimanapun, selalunya kanak-kanak tidak mendapat cukup vitamin E hanya daripada makanan harian mereka. Berikut merupakan dos vitamin E yang disarankan untuk anak anda (bermula daripada bayi):

  • Bayi dan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga 3 tahun memerlukan 6 milligrams (mg) vitamin E setiap hari, atau 9 unit antarabangsa (IU)
  • Kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun perlu mengambil 7 mg vitamin E setiap hari, atau 10.5 IU
  • Kanak-kanak berusia 9-13 tahun memerlukan 11 mg atau 16.5 IU vitamin E setiap hari

Bagaimana untuk mendapatkan vitamin E?

Vitamin E boleh ditemui dalam pelbagai sumber makanan seperti kekacang, bijian (seperti kacang soya, kanola, jagung), minyak sayuran dan bijirin. Anda perlu mengambil kira umur anak anda dan selera makannya sebelum memilih makanan yang terbaik untuk mereka. Berikut merupakan anggaran jumlah vitamin E yang ada dalam setiap jenis makanan:

  • 1 auns kacang badam panggang kering: 7 mg
  • 1 sudu teh minyak germa gandum: 6 mg
  • 1 auns biji bunga matahari panggang kering: 6 mg
  • 1 sudu besar mentega kacang badam: 4 mg
  • 1 sudu besar mentega biji bunga matahari: 4 mg
  • 1 sudu besar mentega kacang: 2 mg
  • 1 auns kacang tanah panggang kering: 2 mg
  • 1 sudu teh minyak bunga matahari: 1.8 mg
  • 1 sudu teh minyak safflower: 1.5 mg
  • 1/2 biji kiwi sederhana (dibuang kulitnya): 1 mg
  • 1 sudu teh minyak jagung: 0.6 mg
  • 1/4 cawan bayam beku yang dimasak: 0.8 mg
  • 1/4 cawan brokoli beku yang dimasak: 0.6 mg
  • 1 sudu teh minyak kacang soya: 0.4 mg
  • 1/4 cawan mangga: 0.9 mg

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan