Fakta Alahan Makanan dan Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/05/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Fakta Alahan Makanan

Alahan makanan berlaku apabila badan menganggap sesuatu makanan tertentu sebagai agen berbahaya dengan memberi isyarat kepada sistem imun bagi menghasilkan antibodi untuk melawan. Sebarang bentuk perhubungan, termasuk menyentuh, makan atau menghirup zarahnya, dengan makanan yang mencetuskan pelepasan bahan kimia tertentu, salah satunya histamin yang digunakan badan untuk mempertahankan diri. Reaksi ini akhirnya menyebabkan simptom alahan yang menjejaskan sistem pernafasan, saluran gastrousus, kulit atau sistem kardiovaskular. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih fakta alahan makanan.

Mengenal pasti sama ada anak anda mempunyai alahan makanan?

Simptom umum alahan makanan segera adalah seperti:

  • Kulit kemerahan
  • Gatal-gatal
  • Ruam merah yang gatal
  • Bibir, mata dan muka bengkak
  • Hidung berair atau tersumbat, bersin dan mata berair
  • Loya, muntah, kesakitan pada bahagian perut dan cirit-birit
  • Kegatalan pada bahagian mulut atau tekak

Jika alahan menjadi kronik, anafilaksis mungkin boleh berlaku. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anak anda mengalami:

  • Berdehit
  • Sesak dada
  • Bengkak lidah dan tekak
  • Saluran pernafasan tersekat
  • Tekanan darah rendah diikuti kejutan
  • Pening kepala, kekeliruan dan tidak sedarkan diri

Dalam sesetengah kes, alahan makanan mungkin sukar untuk dikesan kerana ia kelihatan terlalu halus. Ia dirujuk sebagai alahan tertunda yang sering menyebabkan masalah semasa bayi. Tidak seperti alahan makanan segera yang melibatkan pelepasan histamin, alahan makanan tertunda berhubung kait dengan bahagian sistem imun tertentu yang mengambil masa yang lebih lama untuk bertindak balas terhadap alergen. Tindak balas yang lambat ini menyukar untuk mengenal pasti makanan yang mencetuskan alahan, yang menyebabkan ibu bapa memberikan bayi makan makanan yang mengandungi alergen berulang-kali. Alahan makanan tertunda mungkin menyebabkan masalah kesihatan seperti ekzema, refluks, kolik, pertumbuhan terbantut, cirit-birit dan sembelit. Keadaan ini hanya akan bertambah baik jika alergen dikeluarkan daripada pemakanan bayi. Makanan biasa yang mencetuskan alahan adalah seperti susu, soya, telur dan gandum.

Alahan makanan VS intoleransi makanan

Sering kali, ramai individu tersalah faham mengenai kedua-dua keadaan ini. Intoleransi makanan mungkin menyebabkan simptom yang hampir sama, tetapi ia tidak melibatkan sistem imun malah tiada sebarang pelepasan histamin. Intoleransi makanan boleh dirujuk sebagai ketidakupayaan sistem pencernaan untuk memproses makanan tertentu. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau gangguan tetapi tidak bahaya.

Apa yang perlu dilakukan jika anak anda mempunyai alahan makanan?

Adalah mudah untuk mengesan alahan makanan segera kerana tindak balas yang pantas. Jika anda mengesyaki sebarang alahan makanan, elakkan bayi anda dari bersentuhan dengan makanan tersebut sehingga anda membawa mereka berjumpa dengan doktor. Jika anda merasakan masalah kesihatan anak anda seperti cirit-birit atau refluks, sebagai contohnya, disebabkan oleh alahan makanan tertunta, catatkan apa yang anak anda makan atau apa yang anda makan jika anda masih menyusukan bayi anda untuk melihat sebarang simptom yang boleh dikaitkan dengan sebarang makanan. Diari pemakanan ini juga membantu apabila anda membawa anak anda berjumpa doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Badan Selalu Letih & Tidak Larat? Mungkin 5 Faktor Ini Puncanya

    Letih adalah 1 keadaan normal untuk dialami. Namun jika kerap keletihan, mungkin ada faktor menjadi punca kelesuan badan yang hadapi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 03/04/2019 . 3 minit bacaan

    Bahaya Alahan Makanan

    Alahan Makanan ini berlaku kerana badan menganggap sesuatu makanan itu sebagai ancaman yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/03/2019 . 3 minit bacaan

    Alergen Tersembunyi dalam Makanan

    Membaca label makanan untuk mengenal pasti risiko alergen tersembunyi mungkin sangat sukar bagi anda. Tetapi mengetahui bahan dalam label makanan yang mungkin bertindak sebagai alergen adalah kunci untuk mengelakkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan, Pemakanan 25/03/2019 . 3 minit bacaan

    Alahan Debunga: Adakah Ia Berbahaya?

    Berbeza dengan alahan makanan mahupun alahan haiwan, alahan debunga merupakan alahan yang jarang berlaku di Malaysia berbanding dengan negara yang mengalami perubahan 4 musim setahun. Walaupun ia jarang berlaku ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bakteria dalam perut

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    12-simptom-alahan-telur-pada-si-manja

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan
    perkara-mengenai-tindak-balas-alahan

    Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tindak Balas Alahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/12/2019 . 3 minit bacaan
    rinitis-alahan

    Alahan Rinitis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/12/2019 . 2 minit bacaan