backup og meta

Bukan Parents Sahaja, Anak Pun Perlu Privasi! Ini 5 Sebab Si Kecil Perlu Ada Bilik Sendiri

Bukan Parents Sahaja, Anak Pun Perlu Privasi! Ini 5 Sebab Si Kecil Perlu Ada Bilik Sendiri

Setiap anak mempunyai personaliti tersendiri. Anak sulung mungkin lebih sukakan privasi. Anak nombor dua pula lebih ramah dan happy-go-lucky. Sama seperti personaliti mereka yang berlainan, susun atur bilik tidur anak juga mungkin berbeza. Cuba bandingkan susun atur bilik tidur utama dengan bilik anak anda, sudah pasti ia tidak sama, bukan?

Mungkin ramai ibu bapa yang tidak menyedari kepentingan menghias bilik anak. Di samping dapat memastikan anak tidur lena setiap malam, bilik yang cantik dan selesa juga dapat mencetuskan kreativiti dan menghidupkan imaginasi anak.

Di sinilah mereka berehat setiap hari selepas habis bersekolah. Malah, jika ada sebarang kerja, pasti anak akan lakukannya di dalam bilik tidur sendiri.

Ada banyak manfaat yang dapat diperoleh jika anak mempunyai bilik tidur sendiri dengan susun atur tertentu. Malah, kanak-kanak atau remaja yang mempunyai bilik tidur sendiri selalunya lebih berdikari dan matang dengan lebih cepat.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai kepentingan susun atur bilik tidur anak dan mengapa mereka perlukan bilik sendiri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kepentingan susun atur bilik tidur anak

Kepada ibu bapa di luar sana, jangan hanya pentingkan susun atur bilik tidur utama sahaja ya. Bilik anak-anak juga perlukan perhatian yang sama.

Jika ibu ayah sanggup berhabis ribuan ringgit untuk pastikan bilik utama lengkap pelbagai kemudahan, apa salahnya jika anda tetapkan bajet tertentu untuk susun atur bilik tidur kecil untuk anak.

Tetapi, apakah kepentingan susun atur bilik tidur anak? Sama seperti ibu bapa, anak juga perlukan ruang mereka yang tersendiri. Ruang ini dapat memberikan privasi yang penting untuk tumbesaran serta perkembangan anak.

Antara kepentingan bilik sendiri dan susun atur yang baik dalam bilik tidur anak ialah:

1. Mengajar mereka erti tanggungjawab dan memupuk kreativiti

susun atur bilik tidur
Anak yang berdisiplin mengemas bilik tidur sendiri.

Mungkin ibu bapa masih belum yakin untuk membiarkan anak mempunyai bilik mereka sendiri. Manakan tidak, kadang-kadang mereka masih terlalu muda. Pada penghujung hari, ibu juga yang perlu kemas dan bersihkan bilik anak.

Namun, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai bilik sendiri didapati lebih cepat belajar berdikari. Ibu bapa juga boleh ajar anak cara mengemas katil dan menyapu lantai supaya mereka tahu lakukannya sendiri pada masa hadapan.

Malah, bilik yang mempunyai susun atur yang menarik juga didapati dapat membuatkan anak lebih kreatif dan tidak takut untuk mengekspresikan diri masing-masing.

Ibu bapa boleh ambil peluang ini untuk luangkan masa menghias bilik dengan anak. Tanya anak mengenai keperluan mereka.

Selain itu, ibu juga boleh membuat susun atur bilik tidur kecil dengan membelikan perabot mengikut spesifikasi anak. Jika mereka suka kartun Upin Ipin, tidak salah jika anda ingin hias bilik anak dengan karakter tersebut.

Tambah lagi, ini merupakan satu cara yang baik untuk memupuk keyakinan diri dalam kalangan anak-anak – satu skil yang sangat penting dalam tahun-tahun pertama kehidupan mereka.

2. Ruang sendiri berikan mereka privasi

susun atur bilik tidur
Anak bermain permainan gajet.

Apabila anak meningkat remaja, privasi menjadi sesuatu yang amat penting. Secara semula jadinya, anak yang meningkat remaja inginkan lebih masa bersendirian dan mungkin menjadi lebih perahsia.

Untuk menyokong anak, ibu bapa perlulah mencari jalan tengah dan pastikan pengawasan serta privasi yang diberikan seimbang.

Anak pada usia ini juga mempunyai barang-barang kesayangan mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak mahu berkongsi baju, atau barang-barang berkaitan hobi mereka seperti alatan sukan, mainan atau buku bersama adik-beradik mereka yang lebih muda.

Ibu bapa perlulah hormat keputusan anak dan berikan mereka ruang serta privasi yang secukupnya. Ini akan menjadi penting apabila anak bertambah dewasa.

3. Ruang untuk mereka bertenang dan bersendiri

susun atur bilik tidur
Cara mengatasi anak yang pemalu dengan orang sekeliling.

Anak kita juga perlukan masa bersendiri, terutamanya jika mereka bersifat pemalu atau introvert yang sukakan ketenangan dan persekitaran yang senyap.

Bukan itu sahaja, remaja juga perlukan ruang khas untuk mereka membaca atau mengulang kaji pelajaran. Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat mereka perolehi jika terpaksa membaca di ruang tamu atau berkongsi bilik dengan adik-beradik yang lain.

4. Mengajar anak berdisiplin dalam menjaga susun atur bilik tidur

Anak yang mempunyai bilik tidur sendiri lebih mudah belajar berdikari. Manakan tidak, bukan mudah untuk menjaga susun atur bilik tidur dan pastikan ia kemas sepanjang masa.

Anak juga mempunyai ruang sendiri untuk mereka jaga dan kemas bilik sendiri. Jika anak baru belajar tidur sendiri, ibu ayah juga boleh ajar mereka cara mengemas bilik secara perlahan-lahan. Ajak mereka mengemas pada hujung minggu sebagai aktiviti keluarga.

Malah, skil ini juga merupakan antara habit baik dan perlu dipupuk sejak kecil. Jika tidak, sampai ke tualah mereka tidak tahu cara untuk menjaga diri masing-masing.

Ingin mencari idea dekorasi bilik anak? Jangan risau, sertai Komuniti Keibubapaan Hello Doktor dan bertukar-tukar pendapat bersama ibu lain. Mana tahu, anda mungkin dapat ilmu baharu melalui perkongsian ini!

5. Ruang untuk anak bersosial

Apabila anak semakin meningkat usia, mereka pasti akan membawa rakan-rakan pulang ke rumah. Sebagai ibu bapa yang baik, gunakan masa ini untuk mengenali siapakah kawan anak di sekolah.

Sediakan tempat yang selamat dan selesa untuk mereka bersembang dan bersosial. Lagipun, anak pasti bangga jika mereka mempunyai bilik sendiri.

Malah, dengan adanya ruang privasi ini, anak akan lebih selesa untuk berbincang dengan rakan mereka mengenai hal-hal peribadi.

Tambah lagi, jika ada bilik sendiri, sudah pasti anak akan pastikan bilik sentiasa kemas dan tersusun sebelum kawan-kawan mereka datang!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Children’s Need for Privacy. https://www.gracepointwellness.org/1262-child-development-parenting-middle-8-11/article/38377-childrens-need-for-privacy. Accessed on May 19, 2022.
  2. Privacy, monitoring and trust: pre-teens and teenagers. https://raisingchildren.net.au/pre-teens/communicating-relationships/family-relationships/privacy-trust-teen-years. Accessed on May 19, 2022.
  3. Socialization impacts children and teens. https://rogersbh.org/about-us/newsroom/blog/socialization-impacts-children-and-teens. Accessed on May 19, 2022.
  4. Supporting Your Teens: Socialization in the Time of Social Distancing. https://behavioralhealth.llu.edu/blog/supporting-your-teens-socialization-time-social-distancing. Accessed on May 19, 2022.
  5. The Importance of a Child’s Bedroom Sanctuary. https://www.roomtogrow.co.uk/blog/the-importance-of-a-childs-bedroom-sanctuary/. Accessed on May 19, 2022.

Versi Terbaru

22/12/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Usah Paksa Anak Peluk Salam Orang, Tapi Cuba Tukar Kepada 5 Cara Ini!

Ini 7 Mitos Tentang Vaksin Kanak-kanak, No. 3 Paling Ramai Orang Percaya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada Semalam

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan