backup og meta

Kulit Anak Naik Ekzema? Cuba 5 Produk Popular Baik Untuk Kulit Baby Eczema

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Kulit Anak Naik Ekzema? Cuba 5 Produk Popular Baik Untuk Kulit Baby Eczema

Kulit si manja gatal, mengelupas dan diselaputi ruam kulit? Jika itu keadaannya, ia bermakna bayi ekzema. Tetapi anda tidak perlu susah hati, terdapat banyak produk untuk baby eczema di pasaran.

Apa produknya? Itu soalan yang agak sukar untuk dijawab. Ini kerana kulit setiap bayi adalah berbeza. Anda mungkin perlu mencuba beberapa pilihan sebelum dapat menentukan apa yang terbaik untuk bayi.

Untuk membantu memudahkan pencarian anda, kami di Hello Doktor telah memilih beberapa pilihan produk terbaik untuk bayi yang mengalami ekzema.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi ekzema, ini yang perlu difahami

Ekzema ialah ruam pada kulit yang tampak seperti kulit kering, menebal, bersisik atau seperti benjolan merah kecil yang boleh melepuh, mempunyai lelehan atau boleh dijangkiti. Ruam ini selalunya gatal.

Bayi terdedah kepada masalah ini kerana penghalang kulit mereka lebih rapuh berbanding orang dewasa. Ia meningkatkan risiko untuk kulit kering akibat kehilangan air yang tinggi dan penembusan perengsa serta alergen ke dalam kulit.

Bagi menghilangkan ketidakselesaan ini, bayi biasanya akan menggosok kulit. Tindakan tersebut memburukkan kondisi kulit dan mewujudkan ruam.

produk untuk baby eczema

Walaupun ekzema biasanya muncul pada dahi, pipi atau kulit kepala bayi, namun ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada atau bahagian belakang badan. 

Ia boleh muncul dalam 2 cara:

  • Bayi tampak cerewet atau mudah meragam tanpa sebab atau sentiasa menggosok pipi atau badan bagi menghilangkan rasa gatal
  • Bayi mungkin mempunyai kulit kering dan mengelupas – sama ada berwarna tona kulit atau kelihatan merah jambu mahupun merah

Merawat masalah ekzema

Keadaan bayi ekzema umumnya tidak boleh disembuhkan. Namun ia boleh dikawal dan biasanya akan hilang sendiri setelah beberapa bulan atau tahun.

  • Bayi perlu dimandikan dengan air suam selama 10-15 minit setiap sesi dan harus dilapkan badan dengan segera. Dalam tempoh masa 3 minit, mereka harus disapukan krim pelembap tebal pada bahagian leher ke kaki, termasuklah tempat terjejas 
  • Kawasan yang bertona kulit tetapi kering dan mengelupas perlu disapukan krim pelembap sekurang-kurangnya 2x sehari – mungkin lebih kerap
  • Pakaian bayi haruslah daripada material kapas yang longgar
  • Jika ruam berterusan dan bayi menjadi tidak selesa, preskripsi ubat mungkin diberikan doktor

produk untuk baby eczema

Tip memilih produk untuk baby eczema yang terbaik

Produk berkesan dan terbaik adalah yang tidak merengsakan kulit bayi.

Ia juga perlu dapat mengunci lembapan bagi merawat kerengsaan semasa dan dalam masa sama menyediakan penghalang untuk mengelakkan kulit bayi meradang pada masa hadapan.

Apabila memilih produk untuk baby eczema, pertimbangkan:

  • Keseimbangan pH – pilih yang neutral atau pH7, tidak berasid atau beralkali
  • Bebas pewangi
  • Hipoalergenik – tidak menimbulkan alahan 

Baca juga:

5 produk untuk baby eczema

Jom ketahui antara produk yang dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash, antara produk untuk baby eczema yang terbaik

Sabun ini telah diuji pakar dermatologi dan terbukti secara klinikal dalam membersih serta melembapkan kulit kering dan sensitif dengan lembut dan menjadikan kulit bayi halus dan licin.

Dirumuskan bersama campuran 1/3 losyen dengan aloe vera untuk menenangkan kulit halus bayi dan membantu mengekalkan kelembapan. Ia direka untuk bayi dengan kulit sensitif dan sesuai untuk bayi baru lahir.

Cetaphil Baby Daily Lotion

Losyen bayi yang telah diuji secara dermatologi dan terbukti secara klinikal ia lembut pada kulit halus bayi.

Daily Lotion yang dirumus mentega shea ini berfungsi untuk melembap dan melindungi kulit sensitif bayi daripada kekeringan selama 24 jam.

Ia memberikan kelegaan, melembutkan serta memperbaiki tekstur kulit si manja. Sudah tentu ia bebas paraben, minyak mineral, pewarna dan paling penting hipoalergenik yang menjadikan ia sesuai untuk si manja dengan ekzema.

Aveeno Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream

Mengandungi ramuan rahsia – mil oat koloid (Colloidal oatmeal) bersama vitamin B5 yang diuji pakar dermatologi dan dapat membantu melindungi dan menguatkan fungsi penghalang kulit serta membantu mencegah kekeringan.

Ia semula jadi kerana tidak mengandungi pewangi sintetik, paraben, phthalates atau pewarna tiruan. Juga, ia terbukti secara klinikal untuk mengurangkan kegatalan dan kerengsaan disebabkan ekzema.

Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme 

produk untuk baby eczema

Antara produk untuk baby eczema yang boleh dijadikan pilihan. Terbukti secara klinikal dapat melegakan kegatalan, kerengsaan kecil dan kekeringan yang disebabkan oleh ekzema. 

Krim ini diperkaya dengan mil oat koloid, seramida-3 dan ekstrak akar licorice yang dapat meredakan kerengsaan kecil dan membantu menguatkan fungsi penghalang kulit bagi mengekalkan kelembapan.

Ia juga bebas steroid, pewangi dan pewarna serta dapat menjadikan kulit kekal terhidrat untuk tempoh 24 jam.

Produk untuk baby eczema yang terbaik #Cetaphil Baby Advanced Protection Cream

Losyen hipoalergenik diformulasikan dengan shea butter, calendula organik dan allantoin yang dapat memulihkan pelindung kelembapan dan menguatkan ketahanan kulit.

Krim untuk eczema baby ini juga membantu mengurangkan ketidakselesaan disebabkan kulit sangat kering, iritasi dan mengelupas. Losyen ini telah diuji pakar dermatologi dan terbukti secara klinikal lembut pada kulit sensitif.

Paling penting ia bebas paraben, minyak mineral, bahan pewarna dan memberikan 5 lapisan pelindungan kulit bayi. 

Elakkan pencetus ekzema

Selain harus memilih produk untuk baby eczema yang terbaik, anda juga harus menghindari perkara berikut bagi mencegah kemunculan ekzema atau menyebabkannya menjadi semakin teruk:

  • Wangian
  • Detergen
  • Pakaian material kasar – pastikan juga pakaian anda tidak kasar sebelum memeluk bayi
  • Air liur bayi yang meleleh ketika makan atau tidur boleh menyebabkan ruam pada muka dan merengsakan kulit sensitif

Semoga tip dan cadangan produk yang dikongsikan di atas dapat membantu menguruskan keadaan si manja dengan ekzema.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Newborn Skin 101. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/newborn-skin-101, Accessed on Feb 20, 2022
  2. Newborn Skin: Part I. Common Rashes. https://www.aafp.org/afp/2008/0101/p47.html, Accessed on Feb 20, 2022
  3. Your baby’s skin. https://caringforkids.cps.ca/handouts/pregnancy-and-babies/your-babys-skin, Accessed on Feb 20, 2022 
  4. Pediatrician breaks down infant eczema and how best to combat it. https://news.llu.edu/health-wellness/pediatrician-breaks-down-infant-eczema-and-how-best-combat-it, Accessed on Feb 20, 2022
  5. How Can I Find Eczema Friendly Products? https://www.aad.org/public/diseases/eczema/childhood/triggers/friendly-products, Accessed on Feb 20, 2022 
  6. How to treat baby eczema. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/atopic-dermatitis-eczema/expert-answers/baby-eczema/faq-20450999#, Accessed on Feb 20, 2022 

 

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kulit Anak Kering? Jom Ketahui Cara Penjagaannya

HFMD Dan 5 Penyakit Kulit Biasa, Namun BAHAYA Jika Terjadi Pada Kanak-kanak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan