backup og meta

Anak Kena Cacar Air? Ini Cara Rawat Chicken Pox Di Rumah Dengan Selamat!

Cacar air atau lebih dikenali sebagai chicken pox adalah jangkitan yang muncul disebabkan virus varicella-zoster, salah satu virus herpes. Kebanyakan kanak-kanak akan mengalami chicken pox sebelum berusia 10 tahun. Semasa jangkitan, sistem imun badan akan menghasilkan protein sebagai antibodi yang akan melawan virus. Oleh kerana itu, individu yang mengalami chicken pox, sama ada kanak-kanak atau dewasa hanya memerlukan rawatan di rumah. Ikuti artikel ini untuk mengetahui tip rawat cacar air di rumah.

Anak Kena Cacar Air? Ini Cara Rawat Chicken Pox Di Rumah Dengan Selamat!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Bila cacar air berjangkit?

Cacar air biasanya mula berjangkit sehari atau dua hari sebelum ruam muncul, dan kekal berjangkit sehingga semua lepuh menjadi kering dan berkeruping.

Ini bermakna, individu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain walaupun sebelum mereka tahu mereka menghidap cacar air.

Oleh itu, penting untuk elakkan dari berkongsi barang peribadi atau terlalu dekat dengan orang lain dalam tempoh ini.

Kenapa boleh kena chicken pox?

Ramai tertanya-tanya kenapa boleh kena chicken pox, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Penyakit ini disebabkan oleh virus varicella-zoster yang sangat mudah merebak melalui udara apabila seseorang batuk atau bersin, atau melalui sentuhan langsung dengan lepuh.

Individu yang belum pernah dijangkiti atau belum menerima vaksin berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Bila chicken pox sembuh?

Tempoh bila chicken pox sembuh bergantung pada tahap jangkitan, tetapi secara umumnya, pesakit akan pulih dalam masa 7 hingga 10 hari.

Apa tanda chicken pox sudah sembuh ya?

Simptom seperti demam dan keletihan biasanya berkurang dalam beberapa hari, manakala ruam akan mengambil masa sedikit lebih lama untuk kering dan sembuh sepenuhnya.

Dalam kes yang ringan, proses penyembuhan mungkin lebih cepat.

Tip rawat cacar air

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu untuk menguruskan simptom jangkitan cacar air di rumah:

#1. Mengurangkan gatal, antara tip rawat cacar air

Chicken pox akan menyebabkan munculnya ruam yang gatal, tetapi anda tidak boleh menggarunya kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kulit atau parut selepas lepuh sembuh.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengawal rasa gatal seperti mengamalkan mandian oat, memberikan tekanan sejuk, atau mengambil antihistamin.

Ibu bapa perlu berbincang dengan pakar pediatrik sebelum memberi apa-apa ubatan kepada anak.

#2. Mengurangkan suhu badan

Demam adalah tindak balas badan yang biasa kepada jangkitan, yang berperanan membunuh bakteria dan virus penyebab penyakit.

Pesakit hanya patut menggunakan ubatan yang boleh dibeli di farmasi dan menggunakan ia seperti yang diarahkan untuk mengurangkan suhu badan jika ia membuatkan rasa ketidakselesaan.

Sebelum memberikan sebarang ubatan bagi tip rawat cacar air kepada anak, ibu bapa perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

#3. Mencegah penyebaran jangkitan

Cacar air merupakan satu penyakit yang paling berjangkit. Kebanyakan kes berlaku apabila wujud perhubungan dengan individu yang dijangkiti.

Jika anak anda terkena jangkitan ini, sebaiknya elakkan dari membenarkan anak anda untuk bersekolah sehingga semua lepuhnya sembuh.

Pesakit yang terkena jangkitan ini biasanya akan pulih dalam tempoh 10 hari selepas simptom pertama berlaku.

#4. Mengurangkan ketidakselesaan jangkitan, juga tip rawat cacar air

Sesetengah ubatan boleh membantu pesakit mengurangkan tahap keparahan jangkitan, seperti:

  • Vaksin chicken pox. Jika anak anda terdedah kepada virus chicken pox dan mendapatkan vaksin dalam tempoh 3 hari, risiko untuk anak anda sakit mungkin dapat dielakkan atau kesakitan yang dialami adalah ringan.
  • Immunoglobulin. Suntikan ini dapat membantu mencegah jangkitan yang kronik. Ada masanya, ia diberikan kepada wanita hamil, individu dengan sistem imun yang lemah, dan bayi baru lahir yang terdedah kepada jangkitan dan belum dijangkiti. 

#5. Ubat melegakan kesakitan

Setelah mengalami simptom cacar air, anda boleh mendapatkan ubatan untuk melegakan ketidakselesaan seperti Acetaminophen, antihistamin atau antibiotik yang boleh dibeli di farmasi.

Sebelum memberikan sebarang ubatan kepada anak, ibu bapa perlu berbincang dengan doktor untuk menentukan jumlah yang bersesuaian dengan anak.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Chickenpox (Varicella) – Home treatment. http://www.webmd.com/vaccines/tc/chickenpox-varicella-home-treatment / Accessed January 18, 2017.
  2. Treatment for chickenpox. http://www.nhs.uk/Conditions/Chickenpox/Pages/Treatment.aspx / Accessed January 18, 2017.
  3. Chickenpox (Varicella) – Prevention and Treatment. https://www.cdc.gov/chickenpox/about/prevention-treatment.html / Accessed January 18, 2017.
  4. Chickenpox. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/diagnosis-treatment/drc-20351287. Accessed on Sept 30, 2025.
  5. Chickenpox. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4017-chickenpox. Accessed on Sept 30, 2025.

Versi Terbaru

30/09/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Chicken Pox, Kenapa Cacar Air Hanya Kerap Berlaku Kepada Golongan Kanak-Kanak?

Anak Kena Cacar Air? Ini Cara Rawat Chicken Pox Di Rumah Dengan Selamat!


Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 30/09/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan