Negara kita pernah digemparkan dengan kes penularan wabak HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut. Tetapi benarkah spray mulut HFMD berkesan untuk merawat penyakit ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Spray mulut HFMD
Persoalannya, adakah spray anti HFMD ini berkesan sepertimana yang digembar-gemburkan? Jawapannya adalah tidak. Dalam erti kata yang lain, spray ini adalah tidak berasas sama sekali.
Penularan wabak HFMD menyebabkan kebanyakan pengeluar produk penyahjangkitan atau pembunuh kuman mula mempromosikan produk masing-masing sebagai salah satu alternatif pencegahan.
Info dari KKM tentang spray mulut HFMD
Setakat 6 Ogos 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan peningkatan kes HFMD di setiap negeri seluruh Malaysia yang diumumkan melalui laman sosial Facebook mereka.
Selain itu juga, pihak KKM telah menerima aduan mengenai produk Anti HFMD/Flu Spray Thymos yang mendakwa kononnya dapat memberi pertahanan sepenuhnya daripada penyakit tangan, kaki dan mulut.
Menurut kenyataan itu lagi, produk untuk kegunaan luaran itu dengan kaedah penggunaan semburan pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng (mask) adalah diperbuat daripada mineral yang diaktifkan.
Apa kata pakar?
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkata, syarikat pengeluar telah melabelkannya dengan jelas bahawa ia boleh membunuh 99.99% virus-virus HFMD dengan serta merta.
“Buat masa ini, pihak syarikat didapati membuat tuntutan anti HFMD yang tidak berasas kerana tiada bukti yang kukuh menunjukkan tuntutan tersebut adalah berkesan seperti dilabelkan.
“Namun begitu, memandangkan produk ini tidak digunakan secara langsung pada manusia, maka produk ini bukan di bawah kawalan KKM dan tiada keperluan untuk pendaftaran di bawah agensi berkaitan di bawah KKM,” ujarnya dalam kenyataan akhbar.
Baca juga:
Dr. Noor Hisham berkata, syarikat itu dinasihatkan untuk mengeluarkan tuntutan Anti HFMD/Flu untuk pasaran Malaysia dan menggantikannya dengan tuntutan yang lebih umum bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang awam.
Akhir sekali, KKM juga mengingatkan orang awam supaya tidak mudah percaya dengan tuntutan perubatan pada produk berkenaan. Orang awam disarankan untuk mengamalkan lima perkara dalam pencegahan kawalan HFMD, iaitu:
- Penjagaan kebersihan diri
- Penjagaan kebersihan persekitaran
- Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska/tabika/tadika/pra-sekolah
- Amalan cuci tangan yang betul
- Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar
Jadi, anda masih mahu percaya dengan produk yang sudah terang sekali tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?
Sebagai ibu bapa yang bijak dan prihatin, jangan sesekali mempercayainya sebelum selidik terlebih dahulu.
Berita baiknya, selain daripada spray mulut HFMD kanak kanak ini, terdapat rawatan semula jadi yang lebih selamat untuk dicuba.
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut
Dalam kebanyakan kes, jangkitan akan hilang tanpa rawatan dalam tempoh 7 hingga 10 hari.
Walau bagaimanapun, doktor anda boleh mengesyorkan rawatan tertentu untuk membantu meringankan simptom sehingga penyakit itu hilang. Ini termasuk:
- Salap (ointments) untuk melegakan lepuh dan ruam
- Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen, untuk melegakan sakit kepala
- Ubat sirap atau lozenges untuk meredakan sakit tekak yang menyakitkan
Selain itu juga, terdapat beberapa petua semula jadi yang mungkin boleh kita guna untuk memerangi jangkitan HFMD ini. Berikut merupakan antara petua-petua tersebut:
#1. Sup ayam, pilihan terbaik selain spray mulut HFMD
Sup ayam adalah antara makanan yang paling biasa menjadi makanan ‘orang sakit’. Ini kerana ia sangat mudah diterima dan ditelan oleh anak-anak jika mereka tidak sihat.
Semasa membuat sup ini pula, pastikan anda melebihkan sedikit bahan-bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan lobak merah.
#2. Air kelapa muda
Air kelapa muda yang mengandungi antioksidan sebenarnya boleh diberikan kepada kanak-kanak. Ia sangat terkenal dapat menyejuk, menyegar dan mencuci badan kita daripada toksin yang tidak diperlukan.
Pun begitu, anda perlu ingat untuk tidak menambah gula ke dalamnya. Selain itu, anda juga boleh memberikan anak anda air barli sebagai alternatif.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
#3. Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara merupakan bahan semula jadi yang boleh digunakan sebagai ubat sapuan untuk merawat penyakit tangan, kaki dan mulut.
Caranya mudah sahaja, hanya sapukan ia pada tempat yang mengalami ulser, lepuh atau ruam.
#4. Minyak zaitun, pilihan lain selain spray mulut HFMD
Minyak zaitun juga sama fungsinya seperti minyak kelapa dara dan turut boleh dijadikan ubat sapuan merawat HFMD.
Caranya juga sama sahaja iaitu sapukannya pada ulser, lepuh atau ruam. Cuma, anda perlu tahu bahawa ia mungkin agak memedihkan bila disapu.
#5. Aiskrim dan makanan sejuk
Aiskrim, puding, agar-agar dan pelbagai lagi makanan dan minuman sejuk yang lain mampu untuk memberi kelegaan kepada ulser di dalam mulut.
Selain itu, anda juga boleh membuat aiskrim sendiri tanpa gula dengan menggunakan buah-buahan yang dicampur dengan susu badan atau susu segar.
Jika anak anda masih tidak mahu untuk makan, anda boleh cuba cara yang lain iaitu sejukkan susu formula atau susu badan yang diperah di dalam peti sejuk dan kemudian berikan kepada mereka apabila telah sejuk.
#6. Buah-buahan dan jus
Buah-buahan dan jus juga sama fungsinya seperti air kelapa iaitu menyejuk dan menyegarkan badan.
Antara buah-buahan yang anda boleh ambil adalah epal atau oren yang sangat kaya dengan vitamin C. Lebih bagus lagi jika anda sejukkannya terlebih dahulu sebelum minum.
#7. Gel aloe vera juga rawatan terbaik selain spray mulut HFMD
Gel aloe vera terutamanya yang semula jadi boleh digunakan sebagai ubat sapuan pada bahagian badan yang mengalami gatal-gatal.
Ini kerana gel ini sangat sejuk dan mampu memberi kelegaan pada kerengsaan yang dialami. Namun begitu, anda diingatkan untuk menggunakan produk yang organik dan anti-alergenik agar ia tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan yang lain.
Pun begitu, anda perlu tahu bahawa ini semua adalah kaedah atau tip tradisional sahaja tanpa peratusan keberkesanan yang tinggi. Jadi, berjumpa dengan doktor adalah pilihan yang lebih baik jika anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut.