Virus Kawasaki punca kemerahan pada badan anak. Tetapi bagaimana ia berlaku? Adakah kerana bakteria atau virus? Teruskan pembacaan untuk mengetahui lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Virus Kawasaki punca bakteria?
Penyakit Kawasaki boleh menjejaskan kanak-kanak tanpa mengira sebarang umur. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi keadaan yang serius pada anak di bawah usia setahun. Penyakit ini juga lebih kerap dialami kanak-kanak lelaki.
Simptom bagi penyakit Kawasaki ini adalah sama seperti jangkitan, maka berkemungkinan besar bakteria atau virus boleh menjadi faktor penyumbangnya. Namun, setakat ini puncanya masih belum dapat dikenal pasti.
Pastinya anda akan bertanya, apakah penyakit kawasaki berjangkit?
Memandangkan penyakit ini tidak berjangkit, maka ia tidak boleh disebarkan daripada seorang individu kepada yang lain. Ia sekali gus menjadikan penyakit ini tidak mungkin disebabkan oleh virus semata-mata.
Ada yang berpendapat bahawa penyakit ini boleh dikaitkan dengan faktor persekitaran lain.
Genetik
Kanak-kanak yang menghidap penyakit Kawasaki mungkin terdedah kepada penyakit ini secara genetik.
Ini bermakna gen yang mereka warisi daripada ibu bapa mungkin menjadikan mereka lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit tersebut.
Satu teori berkemungkinan penyebab penyakit Kawasaki adalah ia bukan disebabkan satu gen. Tetapi ia mungkin terjadi daripada banyak gen yang meningkatkan kecenderungan si kecil mendapat penyakit tersebut.
Umumnya, penyakit ini lebih biasa dialami kanak-kanak dari Asia Timur seperti Jepun dan Korea.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Virus Kawasaki punca dan faktor risiko
Tiga perkara diketahui meningkatkan risiko si kecil menghidap penyakit Kawasaki ini adalah:
- Umur. kanak-kanak di bawah usia 5 tahun lebih berisiko mendapat penyakit Kawasaki
- Jantina. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami penyakit ini daripada perempuan
- Etnik. Kanak-kanak berketurunan Asia atau Pulau Pasifik seperti Jepun atau Korea – mempunyai kadar penyakit Kawasaki lebih tinggi
Penyakit Kawasaki cenderung berlaku secara bermusim. Di Amerika Utara, ia biasanya berlaku pada musim sejuk dan awal musim bunga.
Tanda & gejala penyakit Kawasaki
Simptom dan gejala bagi penyakit ini akan muncul secara berfasa. Pada fasa pertama, ia boleh berlanjutan selama 2 minggu – biasanya melibatkan demam berterusan selama 5 hari.
Gejala lain termasuk:
- Mata kemerahan
- Ruam merah jambu pada bahagian belakang badan, perut, lengan, kaki dan kawasan kemaluan
- Bibir kering, merekah dan kemerahan
- Lidah berbintik – seakan buah strawberi
- Sakit tekak
- Tapak tangan dan kaki membengkak dengan warna merah-keunguan
- Bengkak kelenjar limfa pada leher
Fasa kedua biasanya bermula selepas 2 minggu mengalami demam. Antara simptomnya seperti:
- Mengelupas kulit pada tangan dan kaki
- Sakit sendi
- Cirit-birit
- Muntah-muntah
- Sakit perut
Virus Kawasaki punca dan bahaya komplikasinya
Gejala penyakit Kawasaki ini selalunya akan hilang dengan sendirinya dan anak akan sembuh seperti biasa.
Pun begitu, tanpa pemantauan dan rawatan perubatan sewajarnya, wujud risiko untuk berlakunya komplikasi serius yang mungkin tidak dapat dikesan pada awalnya.
Penyakit Kawasaki adalah punca utama penyakit jantung yang dialami dalam kalangan kanak-kanak di negara membangun.
Antara komplikasi jantung yang boleh terjadi:
- Keradangan saluran darah, biasanya arteri koronari, yang membekalkan darah ke jantung
- Keradangan otot jantung
- Masalah injap jantung
Baca juga: