backup og meta

Artikel Tajaan 

Sibuk Dengan Persiapan Raya Sampai Luka? Ini Cara Betul Guna Ubat Luka Kuning!

Apabila berlaku luka kecil seperti luka terhiris, calar atau melecet, ramai orang akan terus mencapai ubat kuning luka. Situasi ini pula sering berlaku ketika bulan Ramadan, apabila rutin harian menjadi lebih sibuk — daripada urusan di dapur hinggalah persiapan menyambut Hari Raya. Tidak hairanlah ubat kuning luka sudah lama menjadi keperluan asas dalam peti pertolongan cemas di rumah. 

Sibuk Dengan Persiapan Raya Sampai Luka? Ini Cara Betul Guna Ubat Luka Kuning!

Walaupun nampak mudah, namun masih ramai yang tidak benar-benar memahami fungsi sebenar ubat kuning luka serta cara penggunaannya yang betul.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan ringkas dan mudah difahami tentang cara penggunaan ubat kuning luka yang betul. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.

Bagaimana luka boleh berlaku?

Pernah tak anda terluka disebabkan sedang memotong sayur, terjatuh ketika bermain basikal, memegang kertas dan sebagainya?

Luka, tercucuk dan calar adalah sesuatu yang biasa terjadi di rumah. Sebab itulah, anda perlukan kit kecemasan yang lengkap bagi merawat luka yang dialami dengan pantas. 

Hal ini kerana, luka yang anda alami jika tidak dirawat mungkin akan membuatkan anda berasa sakit, semakin membengkak dan kemerahan.

Luka terbuka ialah kecederaan yang melibatkan kerosakan luaran atau dalaman pada tisu badan, yang biasanya melibatkan kulit. Hampir semua orang akan mengalami luka terbuka pada satu ketika dalam hidup mereka. Kebanyakan luka terbuka adalah kecil dan boleh dirawat di rumah.

Jenis luka terbuka yang sering terjadi

Berikut ialah jenis luka terbuka:

  1. Melecet
  2. Calar
  3. Tusukan/ tercucuk
  4. Koyakan kulit

Bagaimana cara yang betul untuk mencuci luka?

ubat kuning luka
Kenali dan gunakan peralatan perubatan dengan betul apabila diperlukan.

Berikut ialah cara untuk bersihkan luka yang anda alami:

  1. Pertama, anda perlu cuci untuk membuang semua kotoran dan serpihan untuk mengelakkan jangkitan kuman. 
  2. Kemudian, gunakan tekanan dan letakkan anggota yang luka di bahagian yang tinggi untuk mengawal pendarahan dan bengkak. Bersihkan kawasan tersebut sehingga pendarahan berhenti.
  3. Bersihkan luka dengan air. Tetapi, jangan gunakan sabun atau alkohol pada luka.  
  4. Keluarkan serpihan yang berada di kawasan luka dengan menggunakan penyepit yang bersih. Jika serpihan itu besar dan anda tidak boleh lakukan, minta pertolongan dengan doktor atau pakar perubatan. 
  5. Gunakan antiseptik bagi mencegah jangkitan dan pertumbuhan mikroorganisma pada luka.
  6. Semasa membalut luka, sentiasa gunakan pembalut steril atau pembalut. Luka yang sangat kecil boleh sembuh tanpa pembalut. Anda perlu memastikan luka itu bersih dan kering selama lima hari. 
  7. Pastikan anda mencuci luka sekurang-kurangnya sekali sehari dan gunakan pembalut yang baharu. 

Anda perlu segera berjumpa dengan doktor jika anda alami perkara di bawah: 

  1. Luka terbuka lebih dalam daripada 1/2 inci
  2. Pendarahan tidak berhenti dengan tekanan langsung
  3. Pendarahan berlangsung lebih lama daripada 20 minit
  4. Pendarahan akibat daripada kemalangan yang serius
  5. Luka berada pada kelopak mata anda atau berhampiran mata anda
  6. Luka dalam keadaan kotor atau berlaku dalam air kotor
  7. Sangat menyakitkan
  8. Luka berlaku di kawasan sendi, seperti lutut atau buku jari anda
  9. Berlaku disebabkan gigitan, sama ada oleh haiwan atau manusia lain
  10. Anda tidak pasti sama ada anda mendapat telah mendapatkan suntikan tetanus.  

Bila anda boleh gunakan ubat cuci luka

Tahukah anda, Betadine® mempunyai 3 jenis ubat kuning luka yang anda boleh gunakan yang mempunyai berbeza tujuan? Berikut fungsi ubat kuning luka yang anda perlu tahu:

1. BETADINE® PVP-I Antiseptic Liquid 10% w/v MAL17085001XCZ

Larutan antiseptik ini anda boleh gunakan untuk pembersihan awal luka, terutamanya jika luka itu kotor atau tercemar. Hal ini kerana, ia mampu membunuh dan mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat. Selalunya, ia sering kali digunakan untuk luka kecil, calar dan tertusuk. 

2. BETADINE® Dry Powder Spray 2.5% w/w (PVP-I 2.5%)  MAL14055180XCZ

Untuk perlindungan tanpa sentuhan dan cepat kering, anda boleh gunakan semburan serbuk kering Betadine®. Ia menawarkan pembasmian yang berkesan untuk membersihkan luka, membasmi kuman, melindungi kawasan tercedera serta menyokong proses penyembuhan.

Ubat cuci luka ini membantu jika keluarga anda mengalami luka kecil.  Anda hanya perlu bersihkan luka dengan air atau air saline, sembur ubat luka kuning dan siap!

3. BETADINE® Antiseptic Cream 5% w/w MAL14035052XCZ

Krim antiseptik ini boleh didapati dengan mudah di farmasi dan sesuai untuk kebanyakan jenis luka. Ia amat berguna untuk pembersihan kulit serta memberikan perlindungan selepas luka dibersihkan, sama ada anda ingin menggunakan bersama pembalut atau tidak, bergantung pada jenis dan tahap luka yang dihadapi.

Cara guna ubat kuning luka

1. BETADINE® PVP-I Antiseptic Liquid 10% w/v (PVP-I 10%)

ubat kuning luka
Luka perlu dalam keadaan bersih untuk pemulihan yang segera.

Cara guna ubat kuning luka jenis larutan ini mudah saja. Anda hanya perlu basahkan kain kasa atau kapas bersih dan gunakan ia untuk bersihkan luka anda. Kemudian, anda boleh gunakan pembalut untuk menutup luka yang anda alami. 

2. BETADINE® Dry Powder Spray 2.5% w/w (PVP-I 2.5%)

Berbeza dengan ubat kuning luka lain, versi semburan ini perlu digoncang terlebih dahulu dan disembur secara sekata pada kawasan luka dari jarak yang sesuai.

Ubat cuci luka ini sesuai apabila pesakit tidak inginkan sentuhan kulit atau mengutamakan tiada sentuhan pada kawasan luka. Dalam masa yang singkat, luka kecil dapat dibersihkan. 

3. BETADINE® Antiseptic Cream 5% w/w (PVP-I 5%)

Krim topikal berfungsi untuk membunuh kuman dan mencegah jangkitan pada kawasan melecur, luka dan calar. 

Pastikan luka dalam keadaan kering dan bersih sebelum anda sapukan krim ini. Ubat kuning luka ini hanya perlu disapu nipis sahaja. Kemudian, pakai pembalut jika anda memerlukannya. 

Jika luka yang anda alami luka yang dalam atau sakit yang berlarutan, anda boleh segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Betadine® menawarkan penjagaan luka yang dipercayai. Menariknya, ubat cuci luka ini sesuai digunakan untuk kebanyakkan luka kecil dan penjagaan luka harian. 

Ia menawarkan rangkaian “semua-dalam-satu”, yang direka untuk membersihkan, membasmi kuman, melindungi daripada jangkitan dan menyokong penyembuhan dari awal hingga akhir! 

Kesimpulan

Ubat kuning luka merupakan antara langkah rawatan awal yang penting untuk mencegah jangkitan dan memastikan luka kecil sembuh dengan baik. Walaupun kelihatan ringkas, penggunaan yang betul memainkan peranan besar dalam keberkesanan rawatan seisi keluarga.

Sebagai ibu bapa, penting untuk anda memahami fungsi dan cara penggunaan. Dengan pengetahuan yang tepat, luka kecil tidak lagi menjadi masalah besar, dan risiko jangkitan yang berlaku terhadap anak atau diri sendiri dapat dielakkan. 

Untuk rawat luka si kecil hingga dewasa, Betadine® menjadi pilihan untuk semua. Dapatkan segera!

BETADINE® adalah Cap Dagangan Berdaftar

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

15/03/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

5 Mitos Popular Tentang Penjagaan Luka, Adakah Semuanya Anda Boleh Percaya?

Ibu-ibu C-section, Susu Tumbesaran Ini Yang Si Manja Anda Perlukan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan