
Cuaca hari ini di Malaysia yang semakin tidak menentu, kadang panas kadang hujan. Apabila cuaca panas melampau di Malaysia ia boleh beri kesan besar kepada kesihatan dan keselesaan harian. Suhu yang tinggi bukan sahaja membuatkan kita cepat berpeluh, malah boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan dan dalam kes yang lebih serius, strok haba.
Suhu hari ini di Malaysia telah mencatatkan rekod tertinggi dengan 35-37 darjah Celsius untuk 3 hari berturut-turut di negeri-negeri Utara di Malaysia dan sesetengah tempat di Sarawak pada 28 Mac 2026.
Artikel ini akan membantu anda mengenal pasti barang atau perkara penting yang perlu dilakukan sebelum keluar rumah ketika berdepan cuaca hari ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Anak, sila dapatkannya di sini.
5 Cara mudah lindungi anak anda ketika cuaca panas melanda
Cuaca panas melampau di Malaysia membuatkan ibu bapa perlu memberikan perhatian yang lebih kepada si manja bagi mengelakkan dehidrasi atau keletihan.
1. Botol air
Ketika ini juga, anda tidak boleh menghalang mereka ke sekolah atau bermain diluar. Jadi, perkara paling penting yang anda boleh sediakan untuk anak anda ialah membawa botol air. Dalam keadaan cuaca panas melampau di Malaysia, badan akan kehilangan banyak cecair melalui peluh.
Pastikan anda:
- Membawa botol air yang boleh diisi semula
- Minum air secara berkala walaupun tidak haus
2. Pastikan anak-anak anda memakai pakaian yang nipis dan longgar

Usah pakaikan pakaian yang tebal pada anak anda. Ketika ini, pakaikan mereka dengan pakaian yang longgar, berwarna cerah dan menggunakkan material kapas bagi membantu anak anda kekal selesa dan menyerap peluh.
Jika tidak, mereka akan merasa tidak selesa dan kepanasan semasa berada di rumah mahupun di luar rumah.
3.Pakai pelindung matahari dengan kerap
Untuk kanak-kanak lebih enam bulan, gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 dan perlindungan UVA empat atau lima bintang.
NHS menyarankan supaya ibu bapa menyapu pelindung matahari pada anak sekurang-kurangnya 30 minit sebelum keluar. Ulang sapuan setiap dua jam, atau segera selepas mereka berenang ataupun berpeluh. Pastikan juga kawasan sering terlepas pandang seperti telinga, kaki, belakang lutut dan tangan turut dilindungi.
Hal ini kerana, sinar UV yang kuat boleh merosakkan kulit dan meningkatkan risiko masalah kulit seperti sunburn dan penuaan pramatang. Sunscreen adalah “penyelamat kulit” ketika cuaca panas.
Pilih sunscreen yang mempunyai:
- SPF 30 ke atas
- Perlindungan UVA dan UVB
- Jenis ringan dan tidak melekit
4. Hadkan aktiviti luar semasa cuaca panas
Rancang aktiviti luar pada waktu yang lebih sejuk seperti awal pagi atau lewat petang, terutama ketika cuaca panas melampau di Malaysia. Elakkan waktu puncak haba antara 10 pagi hingga 4 petang.
Pastikan anak sentiasa terhidrat, kerap berehat dan mempunyai ruang untuk menyejukkan badan — sama ada bermain dengan air atau berehat di dalam rumah.
5. Sejukkan kanak-kanak dengan aktiviti air
Parent, jangan lupa untuk sejukkan badan anda anak yang sedang bermain.
Sesekali, tanyakan keadaan mereka kerana kanak-kanak mudah terlupa apabila terlalu seronok. Anda juga boleh sediakan penyembur air dan kipas mudah alih untuk membantu menurunkan suhu badan sambil menjadikan permainan lebih menyeronokkan.
Selain itu, galakkan anak mandi sebelum tidur. Mandi air suam atau air biasa dapat membantu menyejukkan badan dan menjadikan mereka lebih selesa untuk tidur pada malam yang panas.
Kenali 7 tanda anak anda alami strok haba
Kanak-kanak yang terdedah dengan panas secara berlebihan atau berterusan, ia boleh menyebabkan mereka alami tanda-tanda seperti berikut:
- Pening
- Hilang selera makan
- Loya
- Berpeluh berlebihan diikuti dengan kulit pucat
- Kekejangan
- Bernafas dengan cepat
- Dahaga yang teruk
Apa yang parent boleh lakukan ketika cuaca panas melanda?
- Bawa anak ke kawasan yang lebih sejuk — sama ada di dalam rumah, kereta berhawa dingin atau ruang yang teduh.
- Tanggalkan pakaian berlebihan untuk membantu badan mereka menyejuk dengan lebih cepat.
- Galakkan anak minum air atau cecair sejuk yang mengandungi garam dan gula bagi menggantikan kehilangan bendalir.
- Letakkan kain sejuk, tuala basah atau percikkan air sejuk pada kulit mereka untuk membantu menurunkan suhu badan.
- Jika keadaan tidak bertambah baik dalam masa 30 minit, dapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi 999.
Parent, jom hadapi cuaca panas melanda dengan bijak
Menghadapi cuaca panas melampau di Malaysia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Persediaan yang rapi dengan membawa barang-barang penting dalam beg bukan sahaja membantu anda kekal selesa, malah melindungi kesihatan daripada risiko seperti dehidrasi dan strok haba.
[embed-health-tool-child-growth-chart]














