backup og meta

Tingkah Laku Berbeza, Ini 5 Tanda Anak Autisme Umur 3 Tahun, Parents Mohon Alert!

Tingkah Laku Berbeza, Ini 5 Tanda Anak Autisme Umur 3 Tahun, Parents Mohon Alert!

Bagi ibu bapa yang melihat perubahan tertentu pada si kecil, mungkin akan bertanya adakah itu tanda anak autisme umur 3 tahun? Baca selanjutnya untuk jawapan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu autisme?

Autisme adalah antara gangguan perkembangan saraf yang biasa berlaku. Ia dicirikan dengan cabaran interaksi sosial, komunikasi dan fleksibiliti dalam pemikiran dan tingkah laku.

Individu autistik mungkin mengalami kesukaran berhubung dengan sekelilingnya, membina persahabatan dan memahami perasaan pihak lain.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Mereka juga mungkin mempunyai pemikiran berulang dan melakukan pengulangan tingkah laku.

Mereka juga selalu mempunyai co-occurring atau komorbid dalam keadaan berikut:

Simptom dan tanda anak autisme umur 3 tahun

Apa tanda anak autisme? Berikut adalah jawapannya: 

Pengasingan sosial

Anak autistik tidak bermain dengan individu lain. Mereka mungkin:

  • Bermain sendirian
  • Tidak mempunyai minat untuk bersosial
  • Elak berkongsi mainan
  • Tidak memahami permainan mengambil giliran
  • Tidak menyahut panggilan nama mereka
  • Tidak faham permainan pretend play

Beza ekspresi emosi salah satu tanda anak autisme umur 3 tahun 

tanda anak autisme umur 3 tahun
Kanak-kanak autistik yang kuat beremosi.

Individu autistik mengalami pelbagai emosi tetapi mereka menyatakannya secara berbeza.

Ciri anak autisme 1 tahun hingga 3 tahun mungkin:

  • Mengalami kesukaran berbincang atau meluahkan perasaan mereka
  • Menghadapi masalah memahami perasaan pihak lain
  • Sukar untuk ditenangkan atau dihiburkan
  • Ekspresi muka tidak mengikut dengan emosi dalaman
  • Elakkan sentuhan fizikal dengan individu lain
  • Kaku apabila dipeluk
  • Tidak menunjukkan emosi apabila ditinggalkan ibu bapa

Tanda anak autisme umur 3 tahun #Kesukaran komunikasi

Autisme dicirikan oleh kesukaran berkomunikasi. Pada usia 3 tahun, kanak-kanak autistik boleh:

  • Menunjukkan kelewatan pertuturan dan kemahiran bahasa
  • Bercakap secara mendatar atau berlagu
  • Langsung tidak bercakap
  • Hindari hubungan mata
  • Kurang mengekspresi perasaan
  • Tidak menjawab soalan dengan betul
  • Mengulangi kata-kata individu lain
  • Menggunakan perkataan, frasa atau bunyi berulang – dikenali sebagai echolalia
  • Gunakan kata ganti nama salah, contohnya “kamu” dan bukannya “saya”
  • Tiada gerak badan seperti menunjuk atau melambai
  • Tidak bertindak balas apabila ditunjukkan sesuatu
  • Tidak memahami gurauan yang bersesuaian dengan usia
tanda anak autisme umur 3 tahun
Cabaran membesarkan anak autisme.

Tingkah laku

Ciri anak autisme 1 tahun juga adalah:

  • Mengepak tangan berulang kali
  • Berpusing
  • Goyang ke depan dan ke belakang
  • Tertarik dengan mainan atau aktiviti tertentu
  • Mempunyai tingkah laku obsesif
  • Menyusun mainan dengan tertib
  • Hiperaktif pada situasi tertentu
  • Tempoh fokus singkat
  • Mempunyai rutin harian tertentu
  • Menunjukkan kegelisahan, kemarahan atau kekecewaan apabila rutin terganggu

Tanda anak autisme umur 3 tahun lain

Simptom lain yang kemungkinan boleh dialami anak autistik:

  • Agresif
  • Impulsif
  • Mencederakan diri sendiri
  • Tindak balas mendalam terhadap bunyi, bau, tekstur, warna atau rasa
  • Panas baran
  • Tabiat makan luar biasa

Tidak semua ciri anak autisme 1 tahun hingga 3 tahun menunjukkan gejala yang dikongsikan di atas. Atas sebab itu diagnosis dengan profesional amat penting.

Ciri ciri autism 6 tahun atau lebih berusia

Anak autistik yang mula bersekolah atau remaja, mungkin akan mengalami lebih banyak cabaran berbeza berkaitan komunikasi, sosialisasi dan tingkah laku.

tanda anak autisme umur 3 tahun
Kanak-kanak autisme yang agresif.
  • Keperluan untuk rutin
  • Keutamaan untuk bersendirian
  • Kekurangan persahabatan
  • Agresif
  • Kekecewaan apabila rutin harian terganggu
  • Kegelisahan
  • Kesukaran untuk berbual
  • Meningkatkan atau menurunkan deria bau, rasa, sentuhan, penglihatan dan pendengaran
  • Obses dengan topik atau aktiviti tertentu
  • Masalah mentafsir isyarat bukan lisan dan sosial
  • Sukar mengikut peraturan sekolah atau sukan
  • Postur atau pergerakan luar biasa seperti menggigit atau menjentik jari
  • Corak dan nada pertuturan luar biasa

Kesimpulan

Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai keadaan si kecil, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Main Signs of Autism in a 3 Year Old? https://fdna.health/knowledge-base/what-are-the-main-signs-of-autism-in-a-3-year-old/, Accessed on Jan 11, 2023
  2. Signs of autism in children. https://www.nhs.uk/conditions/autism/signs/children/,  Accessed on Jan 11, 2023
  3. Autism: early signs in young children. https://raisingchildren.net.au/autism/learning-about-autism/assessment-diagnosis/early-signs-of-asd,  Accessed on Jan 11, 2023
  4. Supekar, K., Menon, V. Sex differences in structural organization of motor systems and their dissociable links with repetitive/restricted behaviors in children with autism. Molecular Autism 6, 50 (2015). https://doi.org/10.1186/s13229-015-0042-z, Accessed on Jan 11, 2023
  5. Autism Spectrum Disorder (ASD). https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/data.html, Accessed on Jan 11, 2023 
  6. Boorse, J., et al. (2018). Linguistic markers of autism in girls: Evidence of a “blended phenotype” during storytelling. https://www.researchgate.net/publication/332053605_Linguistic_markers_of_autism_in_girls_Evidence_of_a_blended_phenotype_during_storytelling,  Accessed on Jan 11, 2023
  7. Finale Doshi-Velez, Yaorong Ge, and Isaac Kohane. 2014, January. Comorbidity Clusters in Autism Spectrum Disorders: An Electronic Health Record Time-Series Analysis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3876178/, Accessed on Jan 11, 2023
  8. Ujjwal P. Ramtekkar. 2017, August. DSM-5 Changes in Attention Deficit Hyperactivity Disorder and Autism Spectrum Disorder: Implications for Comorbid Sleep Issues, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5575584/, Accessed on Jan 11, 2023

Versi Terbaru

06/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Anak Disahkan Moderate Autisme Di Usia 3 tahun, Mummy Ini Kongsi Tip Jaga Anak Istimewa

Anak Autisme Tak Boleh Bercakap Langsung? Mak Ayah Ambil Tahu Punca & Rawatan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan