backup og meta

Apa Nak Buat Dengan Anak Yang Suka Menghisap Jari? Perlukah Anda Untuk Menegur?

Apa Nak Buat Dengan Anak Yang Suka Menghisap Jari? Perlukah Anda Untuk Menegur?

Pernahkah anda mendengar kata-kata yang mengatakan, bayi yang ada tabiat menghisap jari menandakan bahawa dia akan mendapat adik baharu?

Ketepikan dahulu kesahihan hal tersebut, kerana kita akan meneliti satu lagi perkara yang jauh lebih penting.

Adakah tabiat ini memberikan kesan yang baik atau buruk kepada bayi dan anak-anak anda? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Adakah tabiat menghisap jari perkara normal?

Hisapan jari oleh bayi atau kanak-kanak adalah satu perkara yang normal bagi mereka.

Malah, kebanyakan hasil ujian ultrasound turut menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan menghisap jari mereka sebelum mereka dilahirkan. Ia adalah satu tabiat yang telah terbentuk sejak di dalam janin.

Keinginan mereka untuk melakukan tabiat ini adalah berpandukan naluri semula jadi dan mereka akan berhenti menghisapnya apabila mereka berumur sekitar 2 hingga 4 tahun.

tabiat menghisap jari

Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang terus menghisap jari sehingga melepasi umur 5 tahun, mereka berisiko untuk mendapat masalah berkaitan pergigian. Apakah lagi keburukan bayi hisap jari yang lain?

Risiko kesihatan akibat daripada tabiat menghisap jari

Bagi kanak-kanak yang suka menghisap jari, ia akan berpotensi merosakkan kuku jari. Ini akan menyebabkan jangkitan pada kuku.

Bagi yang terus melakukannya walaupun telah berumur 5 tahun keatas, ia akan menyebabkan masalah pada gigi dan lelangit mulut.

Masalah artikulasi serta komunikasi mungkin berlaku

Kanak-kanak yang banyak menghisap jari akan mempunyai masalah halangan percakapan, dan percakapan tertangguh (speech delay).

Selain itu, kanak-kanak yang ada tabiat ini berpotensi menjadi mangsa ejekan kanak-kanak lain akibat daripada sosial stigma yang wujud. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak kehilangan sikap yakin diri

Apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan anak saya menghentikan hisapan jari?

Anda boleh mencuba beberapa teknik mudah seperti di bawah yang boleh membantu anak anda menghentikan tabiat tersebut. 

tabiat menghisap jari

  • Beri galakan & ganjaran

Puji anak anda dan berikan sedikit ganjaran kepada mereka jika mereka menghentikan hisapan jari. 

  • Kenal pasti punca

Sekiranya anak anda melakukannya sebagai respon kepada stres, bertindaklah dengan mengenal pasti isu sebenar dan wujudkan ketenangan kepada mereka.

Anda boleh menenangkan mereka dengan cara pelukan atau kata-kata semangat. 

  • Menegur secara lemah lembut

Sekiranya anak anda mula ada tabiat menghisap jari tanpa sengaja dan tidak bertujuan untuk menarik perhatian, berikan teguran secara sopan dan lembut untuk dia menghentikannya.

Jangan sesekali memarahi, mengkritik atau menghukum anak anda. Jangan terus memarahi anak anda sekiranya mereka suka melakukannya.

Ini kerana kanak-kanak masih dalam proses pembelajaran dan tidak mengetahui apakah perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan.

Siapa tahu, mungkin juga anda pernah ada tabiat ini sendiri semasa kecil, malah mungkin lebih lama dan teruk berbanding anak anda. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Thumb sucking: Help your child break the habit, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/thumb-sucking/art-20047038, Accessed Oct 9 2023.
  2. The Truth About Thumb-Sucking, https://www.rileychildrens.org/connections/the-truth-about-thumb-sucking, Accessed Oct 9 2023.
  3. Thumbsucking, https://www.mouthhealthy.org/all-topics-a-z/thumbsucking, Accessed Oct 9 2023.
  4. Thumb Sucking, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=thumb-sucking-90-P01875, Accessed Oct 9 2023.
  5. Thumb-Sucking: Helping Your Child Stop, https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/tp23120, Accessed Oct 9 2023.

 

Versi Terbaru

11/10/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan