backup og meta

6 Cara Mudah Bagi Anak 1-3 Tahun Makan Ubat, Tak Perlu ‘Berperang’ Lagi!

6 Cara Mudah Bagi Anak 1-3 Tahun Makan Ubat, Tak Perlu ‘Berperang’ Lagi!

Sedang mencari cara bagi anak makan ubat? Menyakinkan anak untuk makan ubat adalah perkara yang boleh menduga kesabaran anda sebagai ibu bapa, betul tak? 

Ini kerana sememangnya pada hakikat kebanyakan budak takut makan ubat. Tetapi sebagai seorang ibu, anda tetap perlu melakukan apa yang harus dilakukan – memberi si kecil makan ubat.

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui beberapa teknik atau petua yang boleh membantu proses pemberian ubat kepada si kecil berusia antara satu hingga tiga tahun.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara bagi anak makan ubat

Apabila anak tidak sihat atau jatuh sakit, sudah tentu anda akan melakukan apa sahaja agar keadaan mereka bertambah baik, seperti memberikan pelukan dan ciuman tambahan, sentiasa menemaninya di atas katil atau membiarkan mereka menonton rancangan kartun kegemaran.

Namun sudah tentu ada kalanya cara terbaik untuk membantu anak pulih adalah dengan memberikan mereka ubat yang diperlukan. Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak semudah yang disangka. 

Anak mungkin akan memberontak dan tantrum setiap kali anda cuba memberikan mereka ubat. Lama-kelamaan, anda sendiri boleh hilang sabar, betul tak?

Bagi mengatasi situasi seperti itu, berikut dikongsikan beberapa taktik yang boleh dicuba bagi memujuk si kecil:

Pelbagai cara yang boleh digunakan bagi memastikan anak makan ubat ketika sakit.
Pelbagai cara yang boleh digunakan bagi memastikan anak makan ubat ketika sakit.

Keadah yang berbeza, elak budak takut makan ubat

Cara pemberian ubat boleh mendatangkan perbezaan. Jika si kecil menutup hidung apabila sudu berisi ubat disuakan kepadanya, mungkin anda boleh mencuba cara bagi anak makan ubat menggunakan picagari plastik (syringe) yang banyak dijual di farmasi.

Selain itu, kaedah lain yang boleh dicuba adalah menggunakan penitis ubat (medicine dropper), cawan kecil atau sebarang peranti pengukur lain yang dirasakan sesuai dan dapat memudahkan proses pemberian ubat kepada si kecil.

Tetapi paling penting adalah untuk memastikan alat tersebut menawarkan ukuran tepat untuk dos yang betul.

Cara bagi anak makan ubat #Bahagikan kepada dos kecil

Bahagikan ubat kepada beberapa dos kecil yang boleh diberikan dalam tempoh beberapa minit – bukannya sekali gus. Pendekatan ini dianggap sebagai cara mudah makan ubat untuk si kecil.

Namun sekiranya anak tampak lebih meragam dan tidak menyukai strategi ini, ia bermakna anda harus mencuba sesuatu yang lain.

Baca juga:

Sembunyikan dalam makanan

Berunding dengan doktor untuk mengetahui sama ada anda boleh memasukkan ubat si kecil ke dalam makanan atau minuman mereka.

Jika doktor mengizinkan, ia pastinya teknik yang dapat membantu mengatasi budak takut makan ubat kerana anda boleh memasukkan ubat ke dalam aiskrim, applesauce, jus buah atau sebarang makanan kegemaran si kecil.

Namun suka untuk diingatkan, sekiranya anda mencuba teknik ini, pastikan si kecil menghabiskan semua makanan yang telah dicampurkan dengan ubat bagi mendapatkan dos penuh.

Teknik yang betul dalam cara bagi anak makan ubat

Tunas rasa tertumpu pada bahagian depan dan tengah lidah, jadi langkaui zon rasa tersebut dengan meletakkan ubat hampir dengan belakang lidahnya.

Sebelum menyuruh si manja anda makan ubat, pastikan mereka berada dalam keadaan yang bersedia.
Sebelum menyuruh si manja anda makan ubat, pastikan mereka berada dalam keadaan yang bersedia.

Anda juga boleh meletakkan ubat antara gusi belakang dan bahagian dalam pipinya – di mana ia akan mudah meluncur masuk ke tekak si kecil dengan sentuhan minimum tunas rasa.

Sesuatu yang menyeronokkan

Apa lagi cara bagi bayi makan ubat ya?

Biasanya ubat akan dikaitkan dengan rasa pahit dan sesuatu yang negatif, betul? Jadi apa kata anda berikan sedikit sentuhan kreatif dengan menjadikan proses makan ubat sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Sebagai contoh, anda boleh membuat muka lucu atau melakukan pergerakan kelakar supaya si kecil ketawa, mahupun memberikan pujian mengenai keberanian mereka memakan ubat.

Dengan menggabungkan perkara yang menyeronokkan semasa proses makan ubat, anak tidak akan memberikan tumpuan kepada ubat itu.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Cara bagi anak makan ubat #Sediakan ganjaran 

Sekiranya cara yang dikongsikan di atas tidak berjalan lancar, anda boleh mencuba petua terakhir ini.

Anda boleh memberikan ganjaran untuk memujuk si kecil supaya mengambil ubat mereka, contohnya “Mama akan bawa Husna bermain di playground kalau awak makan ubat ini dan sihat.”

Melakukan sesuatu aktiviti yang positif dan menyeronokkan selepas anak mengambil ubat turut boleh dijadikan ganjaran kepada mereka. Ini boleh memberikan mereka motivasi untuk mengambilnya lagi selepas itu.

Ketahui senarai bahaya ubat batuk dan selsema untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.
Ketahui senarai bahaya ubat batuk dan selsema untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.

Dalam masa yang sama, sentiasa berikan pujian kepada anak kerana mengambil ubat seperti arahan doktor.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali membuat janji yang tidak boleh anda penuhi. Ini kerana anak mungkin tidak akan mempercayai taktik ini lagi.

Akhir kata

Kadangkala, tidak ada satu cara bagi anak makan ubat yang berkesan untuk anda. Jika ia berlaku, ambil masa untuk berehat dan cubanya sekali lagi nanti.

Sekiranya keadaan ini berlanjutan, anda boleh melakukan rundingan dengan doktor atau ahli farmasi. Mereka mungkin boleh memberikan jenis ubat lain yang mempunyai rasa, tekstur berbeza atau memberi ubat cecair berbanding tablet.

Sentiasa ingatkan anak secara baik tentang kepentingan pengambilan ubat dan betapa gembiranya anda jika mereka memakannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tips to help your child to take medicine. https://www.ouh.nhs.uk/patient-guide/leaflets/files/11990Pmedicine.pdf, Accessed on Nov 1, 2022
  2. Medicine: How to Give by Mouth. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/medicine-how-to-give-by-mouth, Accessed on Nov 1, 2022
  3. Top Tricks to Get Your Child to Take Medicine.Top Tricks to Get Your Child to Take Medicine. https://health.clevelandclinic.org/top-tricks-to-get-your-child-to-take-medicine/, Accessed on Nov 1, 2022
  4. Medicine – Refusal to Take. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/medicine-refusal-to-take/, Accessed on Nov 1, 2022
  5. Teaching Children to Take Medicine. https://www.poison.org/articles/teaching-children-to-take-medicine,  Accessed on Nov 1, 2022

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Mainan Anak Punca Penyakit! Mama, Pernah Cuci Tak Trak Mainan & 'Teddy Bear' Si Kecil?

Parents Wajib Buat 5 Perkara Penting Ini Kalau Tak Nak Si Manja Jatuh Sakit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan