backup og meta

Kanak-kanak Sering Mengalami Kekurangan 5 Jenis NUTRIEN Ini, Ibu Ayah Kena Alert!

Kanak-kanak Sering Mengalami Kekurangan 5 Jenis NUTRIEN Ini, Ibu Ayah Kena Alert!

Kanak-kanak boleh terdedah kepada masalah kekurangan nutrisi disebabkan pelbagai punca. Antaranya adalah seperti kurang zat besi, kalsium dan juga vitamin-vitamin penting yang lain.

Apakah tanda-tanda atau simptom anak kekurangan nutrisi dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Jenis-jenis nutrien yang sering tidak cukup pada kanak-kanak

kurang zat besi
Anak cepat letih tanda kurang nutrisi.

Kekurangan zat makanan atau nutrien bukan sahaja boleh memberi kesan kepada tubuh fizikal si manja anda, bahkan boleh menjejaskan perkembangan emosi dan kemahiran kognitif (berfikir) mereka.

Terdapat beberapa jenis masalah kekurangan zat dalam kanak-kanak yang biasa berlaku.

Berikut adalah 5 kekurangan zat makanan yang mungkin berlaku kepada si manja serta kaedah untuk mengatasinya.

#1. Kurang zat besi

Zat besi adalah komponen penting dalam hemoglobin, iaitu protein dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.

Ia juga penting untuk perkembangan otak dan sistem imun manusia.

Kurang zat besi biasanya disebabkan oleh diet yang rendah kandungan zat besi, penyerapan zat besi yang buruk, atau kehilangan darah yang berlebihan.

Kanak-kanak yang tidak mengambil makanan kaya zat besi dengan cukup  seperti daging, ikan dan sayur-sayuran berdaun hijau berisiko tinggi mengalami kekurangan zat besi.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan penyakit anemia. Antara tanda kekurangan zat besi adalah seperti keletihan dan muka yang pucat.

Penurunan prestasi akademik anak juga boleh menjadi tanda kekurangan zat besi.

Masalah kurang zat besi yang kronik juga boleh mengganggu perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.

Antara cara mengatasi kekurangan zat besi adalah dengan memastikan anak anda makan makanan yang kaya dengan zat besi setiap hari.

Pengambilan vitamin C bersama makanan kaya zat besi boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber makanan sekali gus mengelakkan isu kurang zat besi.

Anak juga boleh mengambil suplemen zat besi sebagai cara mengatasi kekurangan zat besi berdasarkan nasihat doktor.

#2. Kalsium

Selain kurang zat besi, kanak-kanak juga boleh mengalami kekurangan kalsium.

Kalsium merupakan mineral penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Ia juga memainkan peranan dalam fungsi otot, pembekuan darah dan transmisi saraf.

Antara penyebab kekurangan kalsium adalah disebabkan oleh pengambilan produk tenusu yang tidak mencukupi, yang merupakan sumber utama kalsium.

Kanak-kanak yang mempunyai intoleransi laktosa atau alahan terhadap susu juga menjadi penyebab kekurangan kalsium.

Jika hal ini berlaku, ia boleh menyebabkan perkembangan tulang yang lemah, meningkatkan risiko penyakit riket selain penyakit osteoporosis pada masa akan datang.

Ia juga boleh menyebabkan kekejangan otot dan masalah pembekuan darah.

Untuk memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, berikan anak anda produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai intoleransi laktosa pula, pilihlah produk bukan tenusu seperti susu soya atau susu badam yang diperkaya dengan kalsium.

#3. Vitamin D

kurang zat besi
Galakkan anak berada di luar rumah sebentar untuk mendapatkan vitamin D.

Vitamin D juga adalah antara vitamin yang penting untuk tubuh anak.

Vitamin ini berfungsi membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus, yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi.

Ia juga memainkan peranan dalam fungsi imun dan pengawalan keradangan.

Kekurangan vitamin D boleh disebabkan oleh kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari, diet yang rendah vitamin D, atau masalah penyerapan.

Kanak-kanak yang tinggal di kawasan dengan pendedahan cahaya matahari yang sedikit, atau yang tidak bermain di luar rumah berisiko tinggi mengalami kekurangan vitamin D.

Kekurangan vitamin penting ini boleh menyebabkan penyakit riket pada kanak-kanak,

Ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang menjadi lembut dan lemah. Ini antara tanda kurang vitamin D.

Kekurangan vitamin ini juga boleh melemahkan sistem imun dan meningkatkan risiko jangkitan.

Oleh itu, pastikan anak anda mendapat pendedahan cahaya matahari yang mencukupi bagi mengelakkan tanda kurang vitamin D.

Selain itu, berikan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan berlemak (salmon, sardin), kuning telur dan produk tenusu yang diperkaya dengan vitamin D.

Suplemen vitamin D juga boleh dipertimbangkan atas nasihat doktor.

#4. Selain kurang zat besi, anak juga boleh kekurangan zink

Zink pula adalah mineral penting yang menyokong sistem imun, penyembuhan luka dan sintesis DNA.

Ia juga diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan zink disebabkan oleh diet rendah zink atau masalah penyerapan.

Kekurangan zink boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, sistem imun yang lemah dan peningkatan risiko jangkitan.

Ia juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti dermatitis dan penyembuhan luka yang lambat.

Untuk memastikan pengambilan zink yang mencukupi, berikan anak anda makanan yang kaya dengan mineral ini seperti:

  • daging
  • ayam
  • makanan laut
  • bijirin penuh
  • kekacang
  • produk tenusu

Suplemen zink juga boleh dipertimbangkan jika diperlukan.

#5. Kurang DHA juga boleh berlaku selain kurang zat besi

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah sejenis asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan mata.

DHA juga menyokong fungsi kognitif dan sistem saraf anak anda.

Punca kekurangan DHA biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan laut yang rendah.

Kanak-kanak yang tidak makan ikan berlemak seperti salmon, tuna dan sardin, atau yang tidak mengambil suplemen omega-3 mungkin berisiko mengalami kekurangan DHA.

kurang zat besi
Antara khasiat ikan tuna dalam tin.

Kekurangan DHA boleh menjejaskan perkembangan otak dan fungsi kognitif, lalu menyebabkan masalah pembelajaran dan gangguan tingkah laku.

Ia juga boleh menjejaskan perkembangan visual dan fungsi sistem saraf si manja.

Tip

Bagi mengatasi masalah ini, pastikan anak anda makan ikan berlemak seperti salmon, tuna dan sardin sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Jika anak anda tidak suka makan ikan, pertimbangkan suplemen minyak ikan yang kaya dengan DHA.

Kesimpulan

Kekurangan mana-mana nutrien seperti di atas boleh membawa kesan negatif yang serius dalam jangka masa panjang terhadap si manja.

Oleh itu, pastikan anak-anak mendapat diet yang seimbang dan mencukupi untuk membantu mereka berkembang dengan sihat dan kuat.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Is Your Body Trying to Tell You Something? Common Nutrient Inadequacies and Deficiencies. https://www.eatright.org/health/health-conditions/malnutrition-and-deficiencies/is-your-body-trying-to-tell-you-something-common-nutrient-inadequacies-and-deficiencies. Diakses pada Jun 10, 2024.

4 Common Nutritional Deficiencies in Children. https://seewhatgrows.org/common-nutrient-deficiencies-childhood/. Diakses pada Jun 10, 2024.

Early childhood nutrition. https://www.unicef.org/nutrition/early-childhood-nutrition. Diakses pada Jun 10, 2024.

Micronutrient deficiency. https://www.rch.org.au/clinicalguide/guideline_index/Micronutrient_deficiency/. Diakses pada Jun 10, 2024.

Nutritional Deficiencies in Adolescents. http://www.myhealth.gov.my/en/nutritional-deficiencies-in-adolescents/. Diakses pada Jun 10, 2024.

Versi Terbaru

10/06/2024

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Si Manja Dah Masuk 3 Tahun? Semak 9 Perkara Di Bawah, Sepatutnya Anak Sudah Pandai Buat Yang Ini

Nampak Saja Garang, Tapi Sebenarnya Hati Tisu! Ibu Ayah, Jom Kenali 12 Sifat Anak Sulung Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan