Jika anda perasan, kebanyakan posisi duduk bayi adalah W-sitting. Ia adalah keadaan di mana mereka duduk di pinggul, membengkokkan lutut dan kaki menghala ke luar.
Sekiranya diperhatikan dari atas, tampak seperti anak duduk bentuk W seperti namanya W-sitting. Tetapi benarkah cara duduk ini berbahaya?
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini. Semoga bermanfaat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Bahayakah anak duduk bentuk W?
Secara amnya, posisi duduk berbentuk W ini bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan kerana ia tidak berbahaya.
Ini kerana ia merupakan satu kedudukan yang sering menjadi pilihan si kecil sekitar usia 3 tahun dan biasanya akan hilang daripada rutin apabila mereka semakin membesar.
Sekiranya posisi duduk bayi bentuk W ini dilakukan sekali-sekala, itu mungkin kedudukan yang selesa buat diri anak ketika bermain atau berehat.
Walau bagaimanapun, jika anda secara konsisten melihat anak duduk dalam keadaan ini, lakukan pemeriksaan doktor jika wujud gejala lain seperti otot lemah, kesukaran bergerak, tidak seimbang atau kaki tidak simetri.
Kelemahan pada bahagian kaki kesan anak duduk bentuk W
Posisi duduk W mungkin menjadi pilihan anak kerana kaki mereka masih belum cukup kuat untuk memastikan diri stabil semasa bermain.
Dalam kedudukan W, kaki mengambil beban kerja otot dan mencipta pusat graviti lebih rendah dengan tapak yang lebih luas bagi menyokong pergerakan mereka. Bahkan, posisi ini turut memberikan keseimbangan diri.
Perhatikan gejala lain otot lemah seperti kerap jatuh, kelewatan dalam kemahiran motor kasar dan postur yang lemah secara keseluruhan.
Kesan posisi duduk bayi bentuk W #Hip dysplasia
Adakah anak didiagnosis dengan masalah kongenital atau perkembangan pada pinggul? Jika si kecil mengalami hip dysplasia, posisi duduk W adalah kedudukan yang tidak digalakkan. Ini kerana cara duduk ini boleh meningkatkan risiko terkehel pinggul.
Perhatikan tanda untuk gejala ini walaupun anak tidak didiagnosis dengan penyakit ini. Keadaan ini ada kalanya sukar untuk dikesan sehingga mereka sudah besar dan mengadu ketidakselesaan atau rasa sakit.
Mengembangkan isu ortopedik
Duduk dalam posisi W terlalu kerap boleh menyebabkan otot tegang pada kaki dan pinggul, sekali gus menghalang pergerakan normal, menjejaskan koordinasi dan keseimbangan anak.
Perhatikan perubahan dalam gaya berjalan anak seperti pigeon-toed – kaki menghala ke dalam atau kaki terbalik (feet turned in).
Isu koordinasi bilateral dalam posisi duduk bayi
Posisi duduk ini menandakan anak mengelak koordinasi dan/atau pergerakan bebas sebelah kanan dan kiri badan.
Anak anda mungkin hanya akan mencapai benda di sebelah kanan dengan tangan kanan dan benda di sebelah kiri dengan tangan kirinya.
Perhatikan kelewatan perkembangan dalam penguasaan tangan atau ketangkasan pergerakan, kelewatan motor halus seperti memotong kertas dengan gunting dan kelewatan motor kasar, contohnya berlari dan melompat, serta isu lain berkaitan koordinasi kanan kiri badan.
Baca juga: