backup og meta

Ibu Bapa Lebih Suka Paksa Anak Semasa Mengajar? Ini 5 Teknik Berkesan Didik Si Manja

Ibu Bapa Lebih Suka Paksa Anak Semasa Mengajar? Ini 5 Teknik Berkesan Didik Si Manja

Semua orang tahu, otak kanak kanak bukan seperti versi mini otak orang dewasa. 

Ia boleh dibentuk mengikut didikan yang diberikan oleh ibu bapa. Maka, perwatakan, pergaulan dan personaliti mereka boleh berbeza mengikut cara mereka dibesarkan.

Kajian dalam bidang psikologi dan sains neurologi kanak-kanak telah merungkaikan beberapa teknik yang boleh membantu memberikan fleksibiliti dalam tumbesaran otak si manja.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

#1 Teknik paksaan hanya menyeksa jiwa dan otak kanak kanak

Kita boleh menggunakan perumpamaan tukang kayu dan tukang kebun dalam menerangkan fenomena ini.

Tukang kayu membuat ukiran dan memotong kayu bagi membentuk peralatan yang mereka mahukan.

Sementara tukang kebun pula menyediakan lapangan yang subur untuk tanaman tumbuh dibantu dengan elemen seperti air dan matahari.

Apabila berbicara mengenai cara mendidik yang efektif, persekitaran kanak-kanak memberikan impak yang besar terhadap tumbesaran mereka.

Orang dewasa kebiasaannya terdorong untuk membentuk anak-anak menjadi seseorang yang berjaya.

Namun perlaksanaan didikan mereka kebiasaannya bersifat memaksa dan perkara ini boleh membunuh minat anak-anak.

Jika anda inginkan seorang anak yang cekap bermain alat muzik, anda harus mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang memberi ruang kepada mereka untuk menerokai keindahan dunia muzik.

Mungkin anda boleh memasang muzik klasik, menyediakan peralatan dan bermain alat muzik bersama dengan anak.

#2 Ajar atau bacakan buku kepada anak

orang dewasa

Walaupun secara logiknya kita tahu kanak-kanak, terutamanya yang baru berusia beberapa bulan, tidak memahami buku, sesi bacaan bersama mereka boleh memberi kelebihan kepada proses perkembangan otak kanak kanak.

Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian yang diterbitkan pada tahun 2018 oleh sebuah universiti di Illinois.

Antara perkataan yang elok diajar kepada mereka berkait dengan perkataan yang mempunyai unsur emosi.

Sebagai contoh, sedih, gembira, kecewa dan sebagainya.

Semakin banyak perkataan yang didaftarkan di dalam asas pembentukan neural mereka, semakin fleksibel tingkah laku emosi mereka.

Gunakan persekitaran anda untuk menerangkan aspek emosi kepada anak-anak yang baru belajar supaya mereka lebih peka dan empati kelak.

#3 Beri penerangan dan jangan pernah putus asa menerangkan sesuatu kepada anak

Kadangkala kita berasa penat hendak menerangkan sesuatu konsep kepada anak terutamanya jika ia membabitkan persoalan yang sukar diterangkan seperti konsep sains dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anak anda bertanyakan soalan “Kenapa bila kita lepaskan barang, barang jatuh? Kenapa tak terbang macam belon?”.

Adakah anda akan menggunakan perkataan graviti dalam penerangan. Jika ya, ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Sifat ingin tahu dalam diri kanak-kanak boleh menguatkan kawalan tingkah laku mereka.

Sebagai contoh, jika anda melarang mereka daripada melakukan sesuatu dan ia disusuli dengan penerangan, kelak, mereka lebih cenderung untuk tidak mengulanginya.

Jika anda hanya melarang tanpa memberikan sebarang penerangan, mereka tidak faham akan kesan dan akibat kepada perbuatan mereka.

Ini membuatkan mereka lebih suka untuk mengulangi kesilapan yang sama.

#4 Jika ada salah laku, fokus kepada kesalahan, jangan fokus kepada individu

otak kanak kanak

Kalau anak lelaki anda memukul anak perempuan, jangan panggil mereka ‘budak jahat’, ‘budak nakal’ dan sebagainya.

Teguran anda harus bersifat spesifik dan ia tidak sepatutnya berfokus kepada individu.

Sebagai contoh, “Jangan pukul kakak. Kesian kakak sakit. Minta maaf cepat”.

Perkara ini tidak hanya spesifik kepada salah laku sahaja. Pujian juga perlu berfokus kepada tingkah laku dan bukannya individu.

Sebagai contoh, jika mereka berbuat baik, usah gelar mereka ‘budak baik’ dan sebagainya sahaja.

Puji perbuatan mereka supaya mereka memahami dengan lebih jelas akan konsep baik buruk sesuatu tindakan.

#5 Nak otak kanak kanak berkembang, bawa anak berjumpa dengan orang dewasa lain 

Selain daripada ahli keluarga yang lain, perkembangan otak kanak kanak boleh menjadi lebih baik jika mereka bertembung dengan individu daripada segenap bangsa.

Kajian menunjukkan, anak yang berinteraksi dengan individu yang bercakap dengan bahasa berlainan akan membentuk satu hubungan neuron kritikal yang bakal membantu mereka untuk menguasai bahasa tersebut kelak.

Begitu juga dengan bayi yang didedahkan dengan muka individu daripada pelbagai bangsa.

Anak anda akan lebih cekap untuk mengenal pasti dan membezakan wajah kelak.

Ini mungkin langkah yang paling mudah untuk diimplementasikan dalam usaha untuk membentuk anak yang anti rasis.

Konklusi

Cara didikan anak boleh mempengaruhi tingkah laku dan otak kanak kanak apabila usia mereka meningkat kelak.

Perkembangan otak si manja sewaktu kecil sememangnya penting memandangkan tempoh masa tersebut mereka mudah ‘dilentur’.

5 tip yang diberikan di atas boleh membantu ibu bapa untuk mendidik anak bagi memastikan tingkah laku mereka baik.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Linking Language and Cognition in Infancy. (https://www.annualreviews.org/doi/10.1146/annurev-psych-122216-011701). Diakses pada 29 Januari 2021.
  2. Children’s emotion understanding: A meta-analysis of training studies. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4576850/). Diakses pada 29 Januari 2021.
  3. The Other-Race Effect Develops During Infancy. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2566514/). Diakses pada 29 Januari 2021.
  4. How to teach kids. https://bridge.edu/tefl/blog/how-to-teach-kids-english/. Diakses pada 29 Januari 2021
  5. How to teach your kid anything easily. http://bpremier.net/blog/How-To-Teach-Your-Kid-Anything-Easily. Diakses pada 29 Januari 2021.

 

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh vki yong

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Cubit, Pukul & Rotan Antara Hukuman Yang Sering Anak Dapat, AWAS Ini 5 Kesan Buruknya!

10 Cara Mendidik Anak yang Berkelakuan Buruk


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh vki yong · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan