backup og meta

Hanya Dengan 5 Langkah, Ibu Muda Ini Berjaya Buat Anak 2 Tahun Minat Buku!

Hanya Dengan 5 Langkah, Ibu Muda Ini Berjaya Buat Anak 2 Tahun Minat Buku!

Tabiat baca buku perlulah diterap dalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Namun, tidak ramai ibu bapa yang tahu teknik paling berkesan untuk galakkan anak minat membaca. Usah gusar kerana Puan Fathin Suhaila Azman sudi berkongsi lima teknik yang diamalkannya di rumah sehingga si kecilnya itu mendapat kebaikan membaca buku.

Mari ikuti kisah ibu muda ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Perkenalkan anak bahan bacaan visual di umur 3 bulan

Muhammad Imaan Faa’iq merupakan kelahiran sulung buat ibu muda ini yang mesra disapa Fathin, dan suaminya, Muhammad Firdaus Haji Ahmad.

Menurut Fathin, anaknya yang kini berusia dua tahun ini merupakan seorang kanak-kanak yang agak hiperaktif dan juga ceria.

baca buku
Si kecil, Muhammad Imaan Faa’iq ini sudah didedahkan kepada buku sejak usianya 3 bulan lagi.

Berkongsi cerita mengenai didikan membaca yang diamalkan untuk Muhammad Imaan Faa’iq, Fathin mula memperkenalkan bahan bacaan visual seawal usia anaknya itu tiga bulan.

Namun ia bukanlah bahan bacaan biasa yang dipenuhi dengan huruf dan perkataan.

Sedar anaknya masih kecil, jadi dia hanya memperkenalkan bahan bacaan seperti flash card dan juga soft book yang mengandungi pelbagai gambar dan visual untuk merangsang deria penglihatan bayi.

Selepas Muhammad Imaan Faa’iq berumur enam bulan, barulah ibu ini perkenalkan sensory board book agar anaknya boleh baca buku sambil merangsang motor halusnya.

Ketika si anak sudah mencecah umur dua tahun, dia mula mengajak anaknya untuk ke kedai buku bagi memilih sendiri buku-buku cerita yang ingin dibaca.

Teknik pendedahan secara berfasa ini sememangnya berkesan dalam memupuk minat Muhammad Imaan Faa’iq untuk baca buku sejak kecil. 

5 tip ini berkesan untuk pupuk minat anak baca buku

baca buku

Mendidik anak kecil untuk suka atau minat baca buku bukanlah satu perkara yang mudah.

Namun, jika kita tahu teknik yang tepat, segalanya boleh dipupuk dengan berkesan.

Ini 5 kaedah yang Fathin terapkan untuk menggalakkan anaknya minat baca buku:

#1. Ibu dan ayah mesti menjadi role model untuk anak

Bak kata peribahasa Melayu, bapa borek anak rintik. Peribahasa ini menerangkan bagaimana sifat seseorang anak akan menuruti kelakuan ibu dan ayahnya sendiri.

Ini bermaksud, ibu dan ayah perlu menunjukkan minat dan gaya hidup membaca di hadapan anak-anak.

Tambah Fathin,

“Ibu ayah perlu memulakan tabiat membaca bermula daripada diri mereka sendiri sejak awal lagi. Ibu dan ayah juga boleh memberikan hadiah buku kepada anak supaya minat membaca buku itu boleh dipupuk sejak anak masih kecil.”

#2. Baca buku bersama anak

Apabila membaca buku bersama-sama, ia bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan antara anak dengan ibu bapa, tetapi anak juga boleh membiasakan diri dengan tabiat membaca buku.

Bonding time seperti ini boleh dilakukan pada waktu malam sebelum waktu tidur anak. Ini merupakan antara kebaikan membaca buku yang mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang. 

#3. Ibu bapa boleh lakonkan watak dan gunakan bunyi yang sesuai ketika bercerita

Menurut Fathin lagi, ibu bapa juga perlu menjadi contoh pembaca buku yang terbaik untuk anak mereka.

“Ibu ayah perlu menggunakan intonasi suara yang menarik dan melakonkan aksi ketika bercerita. Contohnya apabila ada gambar kucing, ibu ayah boleh membuat bunyi kucing, dan anak akan menjadi teruja setiap kali melihat gambar kucing pada buku tersebut.”

#4. Pilih buku yang menarik untuk anak

Tidak perlu membeli buku yang tebal dan mahal, Fathin berkata, pemilihan buku kanak-kanak cukup sekadar buku yang mudah dibaca dan banyak pengisian berwarna yang menarik minat si kecil.

Untuk bayi, buku seperti soft book adalah pilihan yang paling sesuai kerana ia lebih selamat untuk si manja.

Manakala untuk kanak-kanak berumur satu hingga dua tahun, belikan mereka board book kerana ia lebih sesuai dengan peringkat umur mereka.

Untuk kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas, berikan peluang untuk mereka memilih sendiri buku kegemaran mereka.

Namun sebagai ibu bapa, pastikan pilihan anak itu benar-benar berkualiti dan bersesuaian dengan mereka. 

#5. Sediakan perpustakaan mini di rumah

baca buku

Dengan kewujudan ruang bacaan atau perpustakaan mini di rumah, ia juga boleh membantu mewujudkan budaya membaca dalam diri anak kita dan juga keluarga.

Menurut Suhaila, ibu bapa boleh bermula dengan pemilihan ruang atau bilik khas yang sesuai dijadikan ruangan membaca.

Seterusnya, beli rak buku yang menarik dan sediakan juga kelengkapan lain seperti meja dan kerusi untuk anak membaca dengan selesa.

Muhammad Imaan Faa’iq kini banyak tahu kosa kata baharu!

Disebabkan kaedah yang Fathin terapkan di atas, anaknya kini amat gemar membelek buku kegemarannya iaitu kamus bergambar.

Muhammad Imaan Faa’iq telah banyak belajar kosa kata baharu daripada kamus bergambar. Malah, sehingga waktu makan pun anaknya itu sempat membelek kamus tersebut.

Disebabkan minat anaknya terhadap buku, Fathin melihat anaknya itu agak kurang menonton televisyen dan menggunakan gajet, dan ini merupakan antara manfaat dan kebaikan membaca buku yang semestinya membuatkan ibu bapa gembira. 

Kekangan masa jadi cabaran untuk baca buku bersama

Fathin akui, disebabkan kesibukan dirinya dan suami, pastinya terdapat kekangan masa yang agak terhad untuk memupuk tabiat membaca ini bersama anaknya.

Dia dan suami hanya berpeluang untuk membaca bersama-sama anak pada waktu malam atau hujung minggu sahaja.

Namun, walaupun hanya sebentar, dia dan suaminya tetap memanfaatkan waktu yang ada untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama-sama anaknya itu terutamanya membaca buku.

Selain itu, ada kalanya Muhammad Imaan Faa’iq akan meragam sehingga boleh mengoyakkan buku.

Namun dia dan suaminya tetap sabar melayan dan berusaha menarik semula minat anaknya itu agar tetap berminat untuk terus membaca buku. 

Anda ada tip lain untuk dikongsikan bersama kami? Mari sertai komuniti kami di bawah ini:

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Temubual bersama Puan Fathin Suhaila Azman pada 14 Jun 2022. 

Encouraging Your Child to Read. https://www.readingrockets.org/article/encouraging-your-child-read. Accessed on June 14, 2022. 

14 ways to encourage your grade-schooler to read. https://www.understood.org/en/articles/14-ways-to-encourage-your-grade-schooler-to-read. Accessed on June 14, 2022.

10 Ways for Parents to Encourage Their Child to Read. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-ways-for-parents-encourage-their-child-read.html. Accessed on June 14, 2022.

10 Ways to Cultivate a Love of Reading in Students. https://www.edutopia.org/blog/cultivating-love-reading-students-elena-aguilar. Accessed on June 14, 2022.

How to teach your child to love reading. https://www.unicef.org/parenting/child-care/teach-your-child-to-love-reading. Accessed on June 14, 2022.

Versi Terbaru

18/01/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

Betul Ke Ibu Rajin Baca Buku Masa Hamil, Anak Jadi Bijak? Ini Jawapannya...


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan