backup og meta

Makanan yang Tidak Selamat untuk Anak Anda

Semakin anak membesar, mereka akan semakin ingin mencuba makanan yang anda makan dan anda sendiri ingin untuk mempelbagaikan diet mereka. Namun ada makanan selamat dan tidak selamat untuk diberikan kepada anak anda tanpa mengira umurnya. Sesetengahnya masih berisiko untuk tercekik. Jom ketahui apa makanan tidak selamat untuk si kecil.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Makanan tidak selamat perlu dielakkan

Berikut antara jenis makanan perlu dielakkan:

Susu rendah lemak

Kebanyakan kanak-kanak memerlukan lemak dan kalori dari susu untuk tumbesaran dan perkembangan. Apabila anak anda mencecah umur 2 tahun dan tidak mempunyai apa-apa masalah tumbesaran, anda boleh mula memberikan dia susu penuh lemak.

Sekiranya anak berisiko untuk obesiti dan masalah jantung, doktor mungkin menasihatkan anak anda mengambil susu rendah lemak sebelum umur 2 tahun.

Makanan yang berketulan besar

Ketulan makanan yang lebih besar daripada kacang boleh tersekat di kerongkong anak anda. Sayur-sayuran seperti lobak, saderi, dan kacang hijau seharusnya dipotong dadu atau dikisar.

makanan tidak selamat
Pastikan potongan sayuran selamat untuk dimakan anak.

Buah-buahan seperti anggur, ceri, tomato atau buah tembikai pula haruslah dipotong dahulu sebelum dihidangkan serta kisar atau potong juga daging dan keju kepada bahagian yang kecil.

Makanan kecil dan keras

Gula-gula yang keras, kacang dan bertih jagung merupakan makanan yang berpotensi menyebabkan anak anda tercekik. Biji-biji yang terlalu kecil bukan sahaja boleh menyebabkan tercekik tetapi juga boleh tersangkut di saluran udara anak anda dan menyebabkan jangkitan.

Makanan lembut dan melekat

Elakkan makanan tidak sihat seperti gula-gula getah dan makanan lembut seperti marshmallow dan jeli atau gula-gula kenyal yang boleh mungkin boleh tersekat di kerongkong anak anda.

Mentega kacang

Jangan beri anak anda mentega kacang atau apa-apa kekacang dalam kandungan yang banyak kerana boleh menyebabkan mereka tertelah kekacang tersebut. Sebaiknya, sapukan mentega senipisnya pada roti atau biskut.

Elak anak tercekik makanan tidak selamat ini

Tegah anak anda makan di dalam kereta kerana sukar memantaunya. Jika anda menggunakan ubat-ubatan pergigian yang disapu, perhatikan anak anda kerana ubat-ubatan ini boleh menyaluti tekak anda anda sekaligus menghalang anak anda dari menelan makanan.

makanan tidak selamat
Risiko anak tercekik boleh terjadi pada bila-bila masa.

Berikut merupakan contoh makanan yang tidak selamat untuk anak anda.

  • Sosej (kecuali dipotong atau dihiris)
  • Gula-gula yang keras atau jeli
  • Kekacang
  • Ketulan dari mentega kacang (mentega kacang perlu disapu senipisnya pada roti atau biskut)
  • Bertih jagung
  • Lobak, daun saderi dan kacang hijau
  • Biji (seperti biji bunga matahari atau biji labu)
  • Anggur, tomato, ceri (kecuali dipotong setengah)
  • Ketulan makanan yang besar dari apa-apa makanan seperti daging, kentang atau sayur-sayuran dan buah-buahan.
Memahami makanan selamat dan tidak selamat adalah penting kerana keselamatan anak adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa. Pastikan anda tidak memberikan anak jenis-jenis makanan tidak selamat serta makanan tidak sihat, lebih-lebih lagi tanpa pemantauan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Foods and Drinks to Avoid or Limit. https://www.cdc.gov/infant-toddler-nutrition/foods-and-drinks/foods-and-drinks-to-avoid-or-limit.html#. Accessed on April 22, 2025.
  2. Foods to avoid giving babies and young children. https://www.nhs.uk/conditions/baby/weaning-and-feeding/foods-to-avoid-giving-babies-and-young-children/. Accessed on April 22, 2025.
  3. Choking Hazards. https://www.cdc.gov/infant-toddler-nutrition/foods-and-drinks/choking-hazards.html. Accessed on April 22, 2025.
  4. People at Risk: Children Under Five. https://www.foodsafety.gov/people-at-risk/children-under-five. Accessed on April 22, 2025.
  5. Tips to Lower Toddlers’ Choking Risks. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=tips-to-lower-toddlers-choking-risks-1-24081. Accessed on April 22, 2025.

Versi Terbaru

22/04/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Parents, Jangan Bagi Anak Makan 1 Jam Lepas Dia Muntah! Ini Tip Hilangkan Mual

Tercekik Konjac Jelly! Sebelum Bagi Anak Makan, Ibu Ayah 'Alert' Dengan Bahaya Ini


Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Ahmad Farid · Dikemas kini 22/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan