backup og meta

8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai, Mama Papa Jangan Tersilap Langkah!

8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai, Mama Papa Jangan Tersilap Langkah!

Tidak dinafikan, ada kalanya si kecil sering membuat perangai, sampai pening parents nak menghadapnya. Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Menangani anak tantrum

Anak tantrum, buat perangai, merengek, meragam, tidak mendengar kata, bahkan mengamuk boleh dikatakan perkara biasa untuk terjadi.

Namun dalam keadaan anda sebagai ibu bapa yang mungkin letih dan penat bekerja, apa yang dilakukan anak itu boleh menyebabkan hilangnya rasa sabar.

Tetapi mengapa anak berkelakuan sebegitu? Apakah sebabnya?

Untuk menjawab persoalan itu memerlukan anda untuk menyiasat, mencari punca yang mencetuskan perangai si kecil yang menjengkelkan itu.

Apakah ia disebabkan oleh sikap dan kesilapan anda sendiri?

Cara mengatasi anak tantrum

Jangan terkejut ya jika sikap anak yang suka memberontak itu hakikatnya berpunca daripada diri anda sendiri sebagai parents mereka.

Berikut antara beberapa kesalahan ibu bapa dan cara mengatasi anak tantrum:

1. Ibu bapa jauh

Ibu bapa dalam kategori ini kewujudannya ada secara fizikal tetapi lebih sibuk menghadap telefon, tugasan kerja atau hobi.

Mereka hanya memenuhi keperluan fizikal anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal serta tidak mengendahkan keinginan emosi anak untuk berasa dikasihi dan dilindungi.

cara mengatasi anak tantrum

Anak-anak kerap berasa tidak selamat, kurang keyakinan diri dan cenderung bersikap agresif.

Cara mengatasi anak tantrum: Berikan mereka kasih sayang secara fizikal dan emosi.

2. Terlalu mengawal

Anda mungkin berasa sikap terlalu mengawal ini adalah untuk melindungi anak.

Tetapi anak yang dibesarkan dengan cara ini dipercayai lebih kerap memberontak terhadap ibu bapa mereka, selain sering mengalami kegelisahan dan ketakutan untuk membuat kesilapan.

Untuk menangani anak tantrum ini adalah dengan elakkan daripada terlalu mengawal pergerakan anak. 

Biarkan anak bebas beraktiviti tetapi masih tetapkan had untuk mereka ikuti.

3. Kurangkan menjerit sebagai cara mengatasi anak tantrum

Kesalahan paling biasa dilakukan ibu bapa adalah menengking anak.

Sebagai ibu bapa, kita mungkin berasa jeritan sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan anak. 

Tetapi hakikatnya kanak-kanak yang sering ditengking sering berasa tidak selamat serta lebih agresif secara fizikal dan lisan.

cara mengatasi anak tantrum

4. Ganjaran

Setiap ibu bapa pasti mempunyai pengalaman anak mengamuk ketika berada di mall

Antara cara menangani anak tantrum yang sering digunakan adalah ‘merasuah’ mereka dengan sesuatu agar rengekan atau amukan berhenti, betul tak?

Tetapi ia cumalah penyelesaian sementara sahaja.

Apa kata anda fokus untuk lebih mendengar anak secara aktif dan memahami keperluan mereka.

Hadkan pemberian ganjaran sebagai balasan untuk kelakuan baik mereka. Berikan lebih pujian untuk tingkah laku positif dan baik.

5. Tiada batasan

Mungkin kedengaran idea yang baik untuk membiarkan anak bebas meneroka tanpa batasan. 

Tetapi kesannya boleh mengakibatkan mereka ralat dalam memikul tanggungjawab, sukar mengawal dan mendisiplinkan diri.

Cara mengatasi anak tantrum: Wujudkan batasan tetapi bukan mengawal. Ia mengajar anak untuk menguruskan kehidupan berdasarkan peraturan di sekeliling mereka.

Baca juga:

6. Menjadi sahabat anak? Ini bukan cara mengatasi anak tantrum

Apabila cuba menjadi sahabat dan bukannya ibu bapa, secara tidak langsung tiada lagi keperluan untuk anak menganggap anda sebagai contoh teladan untuk diikuti.

Ia juga meletakkan anda setara dalam hubungan dengan anak-anak daripada mempunyai hubungan ibu bapa-anak.

Sebaiknya, walaupun akan ada masanya timbul perselisihan faham dengan anak, teruskan untuk menjadi ibu bapa dan bukannya rakan mereka.

7. Memalukan anak

Berkongsi gambar anak dengan momen yang kurang menyenangkan boleh menjadi perkara yang memalukan buat mereka.

Ia bukan sahaja merosakkan harga diri anak, tetapi menyebabkan mereka cenderung memberontak. Bahkan ini boleh menjejaskan hubungan anda dengan anak.

Anda juga harus mengelak daripada menuturkan ayat seperti “Mama penat melayan kerenah awak” atau “Awak budak yang nakal”.

cara mengatasi anak tantrum

Anda mungkin tidak sengaja memalukan anak apabila berada dalam kekecewaan. 

Apabila itu berlaku, cara mengatasi anak tantrum disebabkan kesilapan tersebut adalah meminta maaf dengan segera. 

8. Sentiasa melayani bukan cara mengatasi anak tantrum

Anda mungkin berasa ia adalah tugasan ibu bapa untuk sentiasa melayan anak setiap masa agar mereka tidak meragam atau tantrum.

Hakikatnya, anak perlu dibiarkan untuk berasa bosan.

Kebosanan yang melanda anak akan membuatkan mereka mencipta permainan baru melibatkan kreativiti mereka dan belajar untuk menghiburkan diri sendiri.

Anak juga dapat berinteraksi dengan lebih baik bersama adik-beradik atau rakan mereka apabila perlu bekerjasama untuk mengurangkan kebosanan.

Kesimpulannya 

Tiada ibu bapa yang sempurna. Normal untuk anda melakukan kesilapan, berasa menyesal dan mungkin mengulanginya berulang kali kerana kita semua manusia biasa.

Namun cara mengatasi anak tantrum yang terbaik adalah untuk belajar daripada kesilapan dan mengubah tabiat anda sebelum ia boleh menjejaskan kehidupan mereka.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. Guilt and shame in children. https://mypositiveparenting.org/2018/05/27/guilt-and-shame-in-children/ Accessed 11 June 2021. 
  2. Disciplining your children. https://www.healthychildren.org/English/family-life/family-dynamics/communication-discipline/Pages/Disciplining-Your-Child.aspx. Accessed 11 June 2021. 
  3. Parenting secrets. https://www.goodtherapy.org/blog/5-parenting-secrets-for-improving-your-childs-behavior-1012154. Accessed 11 June 2021.  
  4. Nine steps.https://kidshealth.org/en/parents/nine-steps.html. Accessed 11 June 2021. 
  5. Problem behavior. https://childmind.org/guide/parents-guide-to-problem-behavior/Accessed 11 June 2021. 

 

Versi Terbaru

15/04/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ibu Bapa Lebih Suka Paksa Anak Semasa Mengajar? Ini 5 Teknik Berkesan Didik Si Manja

5 Sikap Anak Yang Membawa Kebimbangan Ibu Bapa


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan